RAYA SPECIAL:CST III

2.2K 128 6
                                    

SEMUA baju yang diperlukan dimasukkan ke dalam bagasi. Barang-barang Ariana sudah awal lagi disiapkan. Senang sikit nak uruskan barang dia dan Firash pula.

"Baju Melayu abang dah kemas ke? Kang lupa seksi abang hari raya pertama nanti, "sempat lagi Firash berseloroh.

"Dah. Jangan risaulah.. Isteri abang ni akan check satu satu tau. Ada ke selama abang outstation saya tinggal baju abang? Hmm? "

"Ye lah... Isteri abang ni kan memang cerdik. Setiap barang nak guna dia list semua tau, "hidung Iman dipicit Firash. Iman tepis lembut.

"Abangg.. Orang tengah buat kerja ni, "

"Ya.. Tapi hidung awak tu mengancam sangat, "bidas Firash sebelum badannya direbahkan ke atas katil. Ariana yang tidur pulas di atas katil mengeliat sedikit apabila terasa gerakan di sebelahnya.

"Hidung pun boleh mengancam ke? "Yang pelik-pelik je suami dia ni. Mana pergilah suami dia yang troublemaker tu. Rasa rindu pula Firash yang versi itu.

Tangan kanan Firash tongkat kepalanya sambil matanya tunak memandang Iman.

"Everything about you like a drug for me you know? Awak buat abang terus nak dan nakkan awak lagi,"sungguh sensual kata-kata Firash ketika itu. Sangat romantic pada pendengaran telinga Iman. Fuh!Boleh sakit jantung dia dengan Firash macam ni.

"Ish abang ni,seramlah saya. Bulan puasa ni tau. Abang jangan nak macam-macam eh?"kata Iman lagak memberi amaran kepada suaminya itu. Merona merah pipi Iman ketika itu.

"Abang taulah...awak fikir apa? Abang tak fikir apa-apa pun,"Firash sengih kemudian ketawa halus lihat muka geram Iman. Malulah tu!

"Abang!"Geram betul Iman tengok muka Firash. Ye lah beria lelaki itu tersengih sekarang ni. Sah mood menyakat Firash sudah muncul. Tak kena waktu betul nak bergurau.

"Ye lah, ye lah abang tak kacau dah... Settle la dulu kerja awak tu ye, "pada akhirnya Firash hanya berbaring di atas katil sambil memerhati gerak geri Iman mengemas semua baju-baju mereka sebelum pulang ke kampung Aminah.

Satu persatu Iman masukkan ke dalam bagasi. Selama beberapa hari juga ni nak balik sana sebab nak berbuka sekali. Walaupun Iman sudah memaafkan mereka semua, masih ada rasa takut mahu berhadapan dengan mereka. Paling dia berdebar mahu berhadapan dengan Amin.

"Abang... "

"Ye? Ada apa-apa yang tak cukup ke? "

"Balik sana nanti... Abang jangan jauh dari saya eh? "Pinta Iman. Nafas dihela perlahan.

Firash tersengih. Ternyata Iman masih lagi takut-takut nak balik sana. Walaupun senang untuk memaafkan, bukan senang nak melupakan apa yang berlaku dulu. Dia faham perasaan Iman.

"Ye.. Abang janji tak jauh dari awak, "Firash tayang senyum nipis kepada isterinya itu. Sedikit sebanyak hal itu buat hati Iman lebih tenang.

"Tapi... Kalau Amin tu still tak berubah and cuba buat yang bukan-bukan dekat awak.. You know me well, sayang. I'm your troublemaker, "mata kanannya sekali dikenyit kepada Iman. Iman terjongket senyum. Alahai Firash!

SETIBANYA Firash, Iman dan Ariana, Aminah menyambut baik keluarga kecil itu. Senyumannya makin melebar apabila Firash mash sanggup bawa Iman balik ke sini. Itu pun dia dah bersyukur sangat dah. Elok Iman dan Firash balik hari ni, sempat juga dua hari mereka berbuka puasa bersama.

"Dah sampai pun... Mari masuk Iman, Firash, "pelawa Aminah. Boleh nampak Aminah senyum sampai ke telinganya ketika ini. Iman menunduk sedikit sambil Ariana yang tertidur berada dalam dukungannya sebelum masuk ke dalam rumah. Firash pula mengeluarkan dulu bagasi mereka dari dalam bonet kereta.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now