Bab 55😬PADAH

4.1K 279 54
                                    

AMINAH memicit dahinya dengan jari. Kepala yang terasa pening perlu direhatkan kejap. Pening dengan sikap anak-anaknya yang sudah menginjak dewasa tapi perangai macam langsuir.

"Eh Amin, kau nak ke mana pulak tu? "Tegur Aminah apabila Amin tergesa-gesa mahu keluar dari rumah.

"Lepak kejap, "

"Lepak aje kerja kau kan? Tu anak bini kau tu kau nak letak mana? "Pening Aminah apabila keluarga kecil si Amin pun dia perlu sara lagi. Adakah ini kifarah dari perbuatannya kepada Iman dulu?

"Kan orang dah letak dalam rumah ni mak. Nak bising apa lagi? "Jawab Amin buat Aminah rasa bengang sekali.

"Masalahnya sekarang ni... Aku yang kena sara korang semua tau tak?! Mana nak cukup duit aku ni. Tolonglah Amin, kau tak kesiankan mak ke? Aku ni dah tua Amin.... "Aminah rasa lemah dengan perangai anak-anaknya ini.

"Alaa mak ni.. Nanti-nantilah orang fikir. Orang dah janji nak keluar ni. Tengokkan si Ros tu ya mak?"belum sempat Aminah menjawab berdesup Amin hilang ke luar rumah.

Aminah mengucap panjang. Baru sekarang ke nak ingat tuhan?

Baru sahaja mahu tenangkan diri, Amelia pula keluar dari bilik. Dengan masih tidak mandi lagi keadaannya pasti saja mahu mencari makanan. Malam pula hilang entah ke mana. Bila ditegur di tengkingnya Aminah.

"Mana kau pergi semalam Amelia? "

"Orang dah cakap kan hal orang mak jangan nak sibuk? Kenapa nak tanya jugak?! "

Aminah mengetap gigi geram. Dia bangun berdiri dan menuju ke arah si anaknya.

"Mak dah cakap jangan keluar malam, jangan keluar malam tapi kau masih berdegil juga kan? "

Amelia buat pekak telinga sahaja.

"Dahlah mak. Orang tak nak dengar mak membebellah. Sakit telinga ni! "Amelia pegang telinganya tanda tak suka dengar Aminah membebel.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Amelia apabila Aminah terlampau lama menahan rasa di dada.

Amelia pandang muka Aminah dengan rasa tidak puas hati.

"Puaslah dapat tampar muka aku ni?! Kau puas ke orang tua?! "Jerkah Amelia seperti dirasuk.

"Aku takkan puas selagi kau tak dengar cakap aku! "

"Apa aku hairanlah perempuan tua! "

"Aku ni mak kau, Melia! "Rasa nak jatuh air mata Aminah saat anaknya sendiri tidak lagi menghormati dirinya sebagai ibu.

Dia mengaku ini balasan dia kerana terlalu kejam dengan Iman dulu. Mana Iman sekarang ni?

"Aku tak kisah pun lah siapa kau pada aku, "terus Amelia kembali masuk ke dalam bilik. Niatnya mahu makan tadi terus hilang begitu saja.

Dengar sahaja hempasan pintu dalam rumahnya, terus Aminah melurut jatuh ke lantai. Air matanya bercucuran menuruni pipi.

Allah.. Allah... Kalimat itu tidak henti meniti di bibirnya. Dia berdosa ya Allah... Dia sudah mendapat balasan yng setimpal. Dia sudah menganiayai Iman. Dia tak jaga Iman dengan baik.

Aminah pejam mata rapat menginsafi dirinya yang banyak dosa pada Iman.

"ARE you ready to sleep, sayang? "Ujar Firash kepada Aariz yang masih ralit menyusun puzzle di atas lantai.

"Tapi Aariz tak habis main lagi... "

"Esok boleh continue kan? Sini tidur dulu, "ujar Firash sambil mendepakan tangannya pada Aariz.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now