Bab 12😵DEMAM

3.9K 322 17
                                    

FIRASH memboloskan badan ke dalam kereta sebaik sahaja selesai memakai kasut sekolah. Iman tak ke sekolah hari ni sebab barang sekolah semua tiada tambah pula Iman demam teruk sekarang ni.

Awalnya, Firash juga tidak mahu ke sekolah namun, dipaksa Datin Saniyyah. Sah, pergi sekolah hari ni pun Firash tiada mood. Ponteng kelas gamaknya dia hari ni.

"Dah tak de barang yang tertinggal, Ash? "Tanya Pak Akob. Mana tahu, ada barang yang masih belum lengkap. Kang kena berpatah balik semula.

Firash menggeleng sambil senyum pada Pak Akob yang memandangnya. "Tak de Pak Akob, semua lengkap, "

"Okeylah kalau macam tu. Bismillah.. "Dengan bacaan bismillah kereta mula membelah jalan raya. Hari ni, Firash lebih diam. Dekat sekolah nanti tiada orang yang dia nak ganggu lagi. Tiada orang yang nak kacau. Iman demam teruk macam ni buat hati Firash rasa tak senang.

Dah kenapa, dia perlu ada rasa macam ni? Ergh.. Abaikan je, Ash!

"Ash, balik pukul berapa hari ni? "Tanya Pak Akob kepada Firash. Kalau lewat kang susah pula.

Pak Akob berkerut kening pandang Firash yang asyik termenung di belakang melalui cermin pandang belakang. Sekali lagi dia memanggil Firash sebelum Firash tersentak.

"Apa dia Pak Akob? "

"Pak Akob tanya.. Kamu balik pukul berapa hari ni? "Ulang Pak Akob semula.

"Err.. Pukul 3:30 petang macam tulah, "Pak Akob mengangguk faham tanpa banyak soal. Namun,mata tuanya masih tak lari dari memandang Firash melalui cermin pandang belakang. Firash nampak lain pagi ini. Ada masalah ke?

"Kamu, ada masalah ke, Ash? "

Sekali lagi Firash tersentak dengan soalan Pak Akob. Entah, Firash pun tak tau kenapa. Yang dia tahu dia rasa lain macam bila tengok Iman yang macam mulut murai bergaduh dengannya menangis macam tu dekat mama.

"Tak delah, Pak Akob.. Just, fikir pasal exam je, "Firash mula mencari akal mahu elak dari soalan maut Pak Akob.

Pak Akob hanya mengangguk tanda soal lagi. Firash mula berasa lega dengan itu. Malas nak bersoal jawab lagi. Yang ada dalam otaknya sekarang adalah Iman. Cuba ditutup perasaan yang menghimpit dirinya dengan perangai yang menjengkelkan hanya kepada Iman.

Dengan langkah bersahaja, Firash melangkah ke dalam kawasan sekolah dengan kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Matanya meliar ke sekitar kawasan sekolah. Kus semangatnya apabila Amelia dengan lagak gedik menyapanya. Ergh, menyampah!

"Ash, awak dah sarapan ke? "Tanya Amelia dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Firash menjeling menyampah. Langkahnya dilajukan.

Amelia memuncung bibir ke hadapan. Sakit tau hati dia bila Firash tak endahkan dia macam ni. Apa yang susah sangat nak pandang dia? Apa beza dia dan Iman? Iman tu tak delah cantik mana yang Firash harus kejar-kejar si Iman tu.

"Ash... "

Langkah Firash terhenti sebelum badannya dipusing menghadap Amelia. Gigi diketap rapat. Dia tak suka perempuan yang terhegeh-hegeh macam ni.

"Stop kejar akulah. Aku tak suka kau, "pergh! Sedas Firash bagi. Itupun masih tak faham. Masih lagi terhegeh-hegeh.

Terpempan Amelia untuk seketika tapi itu langsung tidak memberi kesan padanya. Ingat dia kisah?

"Jujurnya awak Ash, "ujar Amelia seakan berjauh hati. Mungkin itu boleh menarik perhatian Firash ketika ini.

Firash mendengus kasar. "Apa yang susah sangat nak faham? Kau memang tak tau malu kan? Blah lah, "Firash langsung meninggalkan Amelia yang nyata menghentak kaki geram. Susah betul dia nak tackle si Firash ni.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now