Bab 45😌RINDU

3.4K 261 64
                                    

"ANAK uncle tu... Ha tu dia pun dah sampai, "tunjuk Tan Sri Osman sebaik sahaja anak gadisnya muncul dari belakang Firash.

Firash terus toleh ke belakang memandang gerangan itu. Sangkaan meleset kerana meneka yang anak Tan Sri Osman itu lelaki tetapi... Sebaliknya.

"I'm so sorry daddy cause i'm late, "ujar gadis itu dengan penuh rasa bersalah. Kerusi di sebelah Firash ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan di situ.

Firash hanya diam memerhati dua beranak itu.

"So yeah Firash this is my only lovely daughter that I have, Dhiya' Aulia. And Dhiya' this is Firash my friend's son, "ujar Tan Sri Osman memperkenalkan Dhiya' kepada Firash.

Firash angguk sedikit kepala dia kepada gadis itu. Dhiya' pula melorek senyuman manis di bibirnya.

"Hye, Firash, "tegur Dhiya' dulu buat Firash membalas sapaannya. Orang dah tegur takkan nak buat sombong kan? Lagipun dia tegur je bukannya buat apa pun.

"Hye, Dhiya', "Firash hanya sekadar maniskan mukanya kepada gadis berambut perang itu. Cantik... Tapi cantik lagi Iman dia!

Tiba-tiba Firash tersengih sendirian apabila teringatkan Iman. Baru je datang sini dah mula rindukan Iman. Nak call Iman tapi... Dia tak nak itu menghalang dia untuk belajar. Dia tak nak disebabkan rindunya pada Iman, buat dia rasa nak balik. Jadi, lebih baik selama empat tahun ni dia tak hubungi Iman.

"Firash kenapa tersengih-sengih tu? Cantik sangat ke anak uncle tu? "Usik Tan Sri Osman apabila Firash tersengih-sengih kepada Dhiya'.

Terus mati sengihan Firash. "Err.. Cantik eh tak.. "

"Mana satu ni Firash,cantik ke tak? "Tanya Tan Sri Osman lagi.

Firash angguk kepala. "Cantik.. "Balas Firash. Kata tak cantik kang kecil hati pula. Tapi memang cantik pun cuma... Baginya Iman tetap nombor satu.

"Kalau cantik... Nanti bolehlah kenal-kenal dengan Dhiya'. Mana tau sangkut after this... "Kata Tan Sri Osman dengan ilaian halus dari suaranya. Lagi seronok kalau dapat bermenantukan Firash anak kawannya ini. Boleh la hubungan mereka bertambah akrab lepas ni.

Firash hanya ketawa kecil. Sangkut? Memang taklah.. Iman nak dia nak campak mana? Walaupun lelaki boleh kahwin empat tapi dia tak mampu nak bahagikan kasih sayangnya yang sememangnya utuh sayangkan Iman.

"Daddy cukuplah tu usik Firash. Sebabkan Dhiya' lambat tadi, daddy dengan Firash boleh je order apa korang nak makan. My treat, "campur Dhiya'. Hati dia rasa berbunga-bunga apabila nampak Firash tersengih pandang dia tadi. Kenapa handsome sangat ni?

"Eh, it's okay I tak rasa lagi nak makan, "ujar Firash. Awal-awal dia menolak tambah pula selepas tengok Dhiya' yang macam berminat dengan dia buat Firash rasa nak jauhkan dirinya awal-awal dari gadis itu.

"Nanti perut you masuk angin macam mana? "Soal Dhiya' prihatin buat Firash tersengih serba salah. Err...

"Tak pe.. I dah biasa, "

IMAN terlantar lelah di atas katil. Alah yang dia alami semakin menjadi-jadi. Terasa kering bibirnya. Macam ni ke ibunya kandungkan dia dulu? Betapa hebatnya ujian ibu mengandung.

"Anak ibu... Maaf rahsiakan kehadiran awak dekat baba..ibu tak nak baba risau, "omel Iman sendirian. Bila fikirkan Firash.. Iman dah rasa rindu, rasa nak menangis.

Telefon di meja sisi Iman capai. Ditekan butang lock. Tiada langsung mesej dari Firash yang menyatakan dia sudah sampai ke belum. Iman fikir nak call ke tak? Nak call ke tak?

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now