Bab 43😔PERGI

3.6K 300 32
                                    

SUDAH seharian Iman rasa macam nak murung sebab esok Firash sudah mahu pergi. Firash sengaja ke sana awal seminggu. Lagipun, ada kawan papanya di sana. Jadi, Firash bolehlah kenal-kenal tempat dulu. Lagipun, Firash anak orang kaya taklah risau sangat soal kewangan.

Iman pula dalam masa seminggu selepas Firash pergi, baru dia perlu lapor diri. Kepala dia pula sejak dua tiga hari ni asyik pening saja. Tekaknya juga terasa mual. Mungkin perutnya masuk angin barangkali.

"Kau tak sihat ke Iman? "Soal Firash apabila melihat Iman yang asyik memicit bahagian dahinya.

Iman menggeleng kecil. "Tak de apalah, "dia tak naklah Firash risau pula apabila mahu ke England esok.

"Betul ke ni? "Tanya Firash lagi mahukan kepastian daripada Iman. Iman sekali lagi mengangguk mengiyakan apa yang dia cakap adalah benar.

"Kau sedih ke aku nak pergi esok? "Soal Firash secara tiba-tiba buat Iman rasa seperti tercekik tulang. Perlu ke soalan macam tu? Jelas Iman memang sedihlah. Firash nak tinggalkan dia bukan sekejap lama tau.

"Soalan apa yang awak tanya saya ni? "Iman pandang Firash. Firash balas pandangan Iman.

"Lah...soalan apa pulak, soalanlah kan? Aku tanya kau sedih ke sebab aku nak tinggalkan kau esok? "Jelas Firash lagi tentang soalannya.

"Buat apa nak sedih? Awak pergi bukannya tak balik pun kan? "Balas Iman. Padahal dalam hati tuhan je yang tau betapa beratnya hati dia mahu lepaskan Firash pergi. Tapi itu impian Firash. Takkan dia mahu menghalang kan?

"Memanglah. Tapi nanti kau sunyilah tidur tak de bantal peluk kan, "usik Firash sambil ketawa halus. Iman hanya juihkan bibirnya kecil.

Iman bangun berdiri sebelum badannya direbahkan di atas katil. Kepala dia tengah pening sekarang ni. Iman mengiringkan badannya membelakangi badannya. Firash pandang Iman pelik. Peha Iman dicuit sikit.

"Hey, Iman? "Panggil Firash sambil goyangkan sedikit peha Iman.

"Ash...jangan kacau saya boleh tak? "Ujar Iman dengan nada lemah. Dia tak larat sungguh sekarang ni.

Terus Firash diam. Iman sakit ke? Ke.. Iman tak suka dia pergi England?

"Kau rehatlah dulu. Aku nak pergi jumpa mama kejap, "ujar Firash sebelum dia bangun meninggalkan Iman. Dengar sahaja pintu bilik ditutup Firash, air mata Iman menitis menuruni pipi.

Iman tarik gebar bagi mengelap air matanya yang galak menuruni pipi. Hati ni pun.. Sensitif sangat. Iman sedut hingusnya dalam-dalam.

'Kau kena kuat Iman! Ash pergi sana untuk belajar, Iman... 'Gumam Iman sendirian. Iman cuba untuk berfikiran positif. Walaupun Firash tak pernah ucapkan kata-kata cintanya kepada Iman, Iman harap sangat yang Firash takkan tinggalkan dia.

BAGASI Firash bawa sehingga di hadapan lapangan terbang. Bibir Iman pucat sedikit dan bibir pucat itu Firash dapat lihat dengan jelas. Faiq yang turut serta asyik dengan telefon bimbitnya.

"Sampai sana nanti jangan lupa kirim salam dekat Tan Sri, Ash, "pesan Dato' Muhammad. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Tan Sri Osman. Anak Tan Sri Osman juga akan melanjutkan pelajaran di tempat yang sama dengan Firash.

"Ye pa. Mama jangan rindu Ash tau? "Usik Firash kepada Datin Saniyyah. Datin Saniyyah jegilkan mata bulatnya kepada Firash. Firash pula sudah pecah ketawa melihat Datin Saniyyah.

Iman pula sedari tadi diam tidak bersuara. Datin Saniyyah buat gaya bibir kepada Firash menunjukkan Iman yang diam berpeluk tubuh di belakang mereka. Firash angguk kecil.

Firash tinggal dulu bagasi yang dipegangnya sebelum melangkah mendekati Iman. Kedua bahu Iman disentuh. Mata Iman ditatap bagai hanya mereka berdua di situ.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now