Bab 49😱MELAHIRKAN

4.2K 272 43
                                    

DUA BULAN BERLALU, kini sudah sembilan bulan Iman mengandung. Hanya tunggu masa mahu melahirkan. Untuk ibu muda macam dia mestilah rasa gugup tu ada dengan tiada suami di sisi lagi.

Iman labuhkan punggungnya di atas katil bagi menghilangkan rasa mengahnya. Kakinya yang membengkak dipandang. Rasa lucu pula apabila tengok kakinya yang tembam sedikit.

Baju semua Iman sudah sediakan di dalam beg untuk persediaan segera ketika dia mahu melahirkan nanti. Betisnya dipicit sedikit kerana selalu saja dia rasa lenguh-lenguh di situ.

"Iman.. "

Terus Iman angkat kepala memandang gerangan yang memanggilnya.

"Mama, tak tidur lagi ke? "Tanya Iman.

"Sepatutnya soalan tu mama tanya kamu. Kenapa tak tidur lagi? Kaki lenguh lagi? "Soal Datin Saniyyah penuh prihatin buat Iman rasa terharu sangat.

"Biasalah ma kaki ni setiap malam rasanya nak je dia lenguh. Mama jangan risaulah, "balas Iman.

"Macam mana mama tak risau.. Kalau ada Ash kat sini lainlah, "sebut sahaja nama Firash, wajah Iman terus berubah muram.

Mananya tak muram kalau dekat sana entah sejak bila Firash pergi jadi model majalah remaja pula dengan perempuan yang Iman tengok di instagram hari tu.

"Iman rindu Ash eh? "Soal Datin Saniyyah bagi memastikan lagi walaupun dia sudah tahu jawapan si menantu. Lihat saja wajah muram Iman terus Datin Saniyyah tarik Iman ke dalam pelukannya.

Terus air mata Iman merembes keluar. Dia jadi sensitif bila nama Firash disebut. Lelaki itu seperti sudah melupakan dirinya. Iman tak mampu kalau nanti Firash tinggalkan dia. Macam mana dengan anak mereka yng Firash belum tahu kehadirannya.

"Kalau kita bagitau Firash soal baby ni nak tak? "Cadang Datin Saniyyah buat Iman geleng kepala. Kalau cakap soal baby ni mesti Firash terganggu. Biarlah lelaki itu kejar cita-cita di dulu.

"Bukan Iman tak nak bagitau Ash. Cumanya, Iman nak bagi dia capai cita-cita dia dulu. Iman tak nak sebab Iman dan baby Ash tak dapat nak capai apa yang dia nak. Iman... "

"Kenapa Iman ni baik sangat? Mama rasa.. Mama tak salah pilih menantu cuma mama gagal nak ajar Ash supaya jadi lelaki yang bertanggungjawab, "potong Datin Saniyyah. Jarinya naik menyeka pipi basah Iman.

"Tak ma.. Iman yang tak nak bagitau dia yang Iman mengandung. Mama tak salah apa pun, "

"Kuat ya sayang? Ingat mama sayang Iman macam anak mama sendiri, "ujar Datin Saniyyah. Iman rasa bersyukur sangat jumpa dengan keluarga ini langsung tak sombong walaupun mereka kaya.

"Terima kasih mama sebab selalu ada dengan Iman.. "

"Sama-sama sayang. Dah, tidur ye. Nanti badan penat pula, "Datin Saniyyah bangun menepuk-nepuk bantal di atas katil Iman.

"Eh ma, biar Iman jelah yang buat, "tegah Iman.

Datin Saniyyah senyum. "It's okay. Meh sini tidur, "

Iman menggeleng kepala kecil sebelum baringkan juga tubuhnya di situ. Bantal kecil satu lagi dia ambil untuk lapik perutnya yang membulat sihat.

Datin Saniyyah cium dahi Iman dahulu sebelum keluar dari bilik. Iman rasa terharu sangat. Kenapa baik sangat Datin Saniyyah ni?

Iman mengaduh kecil apabila perutnya terasa ditendang. Eh, waktu macam nilah awak nak bangun anak.. Gumam Iman sendirian.

Buk!

Aduh, Iman terasa mengah sendiri dengan tendangan si anak. Pinggangnya pula tiba-tiba terasa sakit. Sudahlah tiada sesiapa yang mahu menolongnya ketika ini.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now