Bab 17😯TAK ELOK

3.4K 307 20
                                    

MALAM itu, Firash rasa tidak senang duduk selagi dia tak jumpa Iman. Sudahlah petang tadi pun tak jumpa Iman. Rasa tak boleh nak duduk apabila Iman tiada di depan mata. Sah! Firash angau.

Firash pulas tombol pintu bilik Iman. Tak berkunci rupanya. Kepala Firash jengul sedikit ke dalam bilik Iman mahu melihat di mana Iman. Firash kembali tutup pintu apabila sedar bahawa di telah ceroboh masuk bilik anak dara orang. Bukan muhrim tau.

Untuk lebih sopan. Ceh, pandai pula Firash nak bersopan. Padahal nak kacau Iman je. Pintu bilik Iman diketuk beberapa kali. Padahal, dia dah menjamu mata memandang rambut panjang Iman yang separas pinggang. Kali ini masuk kali kedua Firash dah lihat rambut Iman. Mujur, Iman masih tebal di dada untuk tahan godaan syaitan.

Iman kalut sarung tudung di kepala apabila mendengar pintu biliknya diketuk. Bukan apa, itu sebagai langkah berjaga-jaga sebab dia di rumah orang. Bukan main terkejut dia apabila Firash di hadapannya sekarang ni. Firash sengih sebelum tolak pintu bilik Iman menyebabkan Iman terdorong ke belakang.

Pintu bilik kembali ditutup rapat siap kunci lagi. Iman mula terlongo sebelum menjauhkan diri dari Firash. Apa Firash nak ni?

"Kenapa kau kunci pintu? Kau buka balik! "Iman mula arahkan Firash. Senyuman senget Firash, buat Iman rasa takut. Rasa gugup.

"Aku kata buka, Firash! "

"Relax lah kau. Aku nak sembang dengan kau je, "dengan selamba Firash tarik kerusi di meja belajar Iman sebelum melabuhkan punggungnya.

Iman ketara bengang ketika ini. Memang ini rumah Firash tapi apa hak Firash yang perlu berdua-duaan dengan dia dalam bilik ni.

"Sembang apanya, Ash? Keluarlah.. Kau kenapa suka kacau sangat hah? Aku tau aku dah susahkan kau, tumpang rumah kau macam ni. Sampai masa nanti aku akan keluar dari sini, "

Firash buat muka bosan.

"Aku tak cakap apa pun soal tu. Yang kau nak emo sangat ni, kenapa? "Firash jongket kedua keningnya ke atas. Pandangan penuh di hala kepada Iman yang ketara bengang dengan sikap Firash.

"Habis, kau masuk bilik aku ni kenapa? Tak eloklah Ash, "tegur Iman. Memanglah tak elok, dia perempuan dan Firash lelaki. Duduk dalam satu bilik yang berkunci pula tu. Boleh timbul fitnah kalau macam ni.

"Bukan ada yang nampak pun, aku masuk bilik kau, "Firash cebikkan bibirnya.

Terngadah Iman dibuatnya.

"Memang orang tak nampak, tapi Allah nampak apa kau buat. Boleh keluar sekarang, encik Firash? "Iman halakan tangannya ke arah pintu. Firash kecilkan sedikit matanya memandang Iman. Iman gerakkab sedikit kepalanya kepada Firash tanda dia benar-benar mahu Firash keluar dari sini.

Firash bangun berdiri dan mendengus sedikit. Susah dengan Iman yang degil ni. Memang susah tapi, Firash yang buat bagi susah apabila ganggu anak dara orang di malam hari macam ni.

Iman tersenyum senang sebaik sahaja Firash keluar dari biliknya. Keluar sahaja Firash dari bilik Iman, telinganya ditarik sehingga berkerut wajah Firash yang tertunduk.

Datin Saniyyah kacip giginya kuat. Geram benar dengan perangai anak terunanya ini.

"Apa Ash buat dalam bilik Iman? "Tanya Datin Saniyyah secara tegas. Anaknya ini perlu diajar. Kalau Iman tu lelaki tak pelah. Ini perempuan, berlainan jantina pula tu. Bahaya bila berduaan macam tu.

"Buat apa? "

"Amboi... Tanya mama Ash buat apa?! Kenapa Ash masuk bilik, Iman hah?! "Datin Saniyyah mulalah nak menyinga kalau macam ni perangai si anak.

Cinta Si Troublemaker✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang