BAB 63😬ASH!

3.9K 296 31
                                    

SELEPAS kejadian Iman tertumbuk hidung Firash hari tu, baru hari ini pula Firash mahu kembali menyakat Iman sebab takut Iman tertumbuk lagi sekali hidung mancungnya itu. Kalau tak habislah saham dia. Firash senyum senget apabila ternampak kelibat Iman di dalam dapur yang sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk mereka. Hari ni hujung minggu jadi, Firash hanya berada di rumah.

Segera kakinya melangkah ke arah Iman yang tengah cuci pinggan sekarang ni. Semakin lebar senyuman Firash ketika ini mahu menyakat Iman.

Perlahan-lahan Firash peluk pinggang Iman dari belakang. Iman yang baru saja mahu meletakkan pinggan di rak pinggan terlepas pegangan pada pinggan akibat terkejut. Pecah pinggan tersebut sebaik sahaja terhempas ke lantai.

"Ash! "Terjerit Iman kerana terkejut. Bukan marah tapi terkejut. Yelah, tengah sunyi-sunyi tiba-tiba ada makhluk yang memeluk pinggangnya. Mahunya tak terlepas pinggan.

Baru sahaja Iman mahu menunduk mengutip pinggan yang pecah, Firash tahan.

"Ash.. Saya nak kutip serpihan kaca ni, "sekali lagi Iman mahu menunduk mengutip serpihan kaca tersebut. Kalau dia tak kutip siapa lagi yang akan kutip. Kang terpijak tak pasal-pasal kaki sendiri pula yang luka.

"Biar saya yang kutip, "tegah Firash. Dia yang buat Iman terkejut jadi dialah yang patut kutip. Lengan Iman ditarik dan memaksa Iman duduk di atas kerusi.

"Ash... "

Tertutup mulut Iman apabila jari telunjuk dan jari tengah Firash selamat berada di mulut Iman. Kemudian, pipi Iman pula menjadi sasaran ciuman hangat Firash.

"Mulut tu kalau bunyi lagi faham-faham jelah macam mana saya nak diamkan, okey? "Mata kiri Firash kenyit kepada Iman. Terkedu Iman. Berdebar jantung Iman sekarang ni. Janganlah jahat sangat, Ash. Jangan biar saya terus-terusan jatuh cinta pada awak. Gumam Iman dalam hati.

Iman hanya perhati gerak-geri Firash yang berhati-hati mengutip serpihan kaca di atas lantai. Iman tersenyum kecil. Firash yang dulu dan sekarang banyak bezanya. Kalau dulu Firash terlampaulah annoying sampai Iman rasa macam nak je hempuk kepala Firash dekat dinding. Tapi sekarang.. Firash nakal tu masih ada tapi kalau Firash tak nakal Iman rasa sunyi pula hidupnya.

Jauh Iman termenung sehingga tidak sedar yang Firash sudahpun berada di hadapannya kini. Tersengih-sengih lelaki itu di hadapan Iman.

"Handsome sangat ke saya ni, sampai awak tenung macam nak makan tu? But kalau betul awak nak makan saya... Saya dah lama ready, "sengih Firash.

Iman terus tolak dada Firash lembut. Ada pula cakap macam tu.

"Eee... Gatal awak ni cik abang oi, "terus Iman kembali mahu menyediakan bihun goreng.

"Apa awak panggil saya tadi? "Soal Firash lagi sekali. Abang?

"Panggil apa? "Tanya Iman semula. Kening dijongket ke atas. Apa benda si Firash ni? Nak masak pun tak senang kalau macam ni.

"Panggil... Abang? "Bisik Firash halus di telinga Iman. Iman telan liur kesat. Meremang bulu roma dia bila Firash macam ni. Sudahlah empat tahun sudah tidak bersua. Jadi kekok, malu semua bercampur. Sejak berbaik ni, Iman faham gerak geri Firash tapi... Iman masih belum bersedia ke arah itu.

"Err.. Duduk sana Ash. Saya nak masak ni. Kang kebulur pula awak tak dapat nak breakfast, " dalih Iman.

Firash pandang Iman sejenak sebelum mengalah supaya Iman memasak dengan tenang. Kesian Iman kalau dia terus terusan menganggu. Namun dia masih di atas kerusi meja makan dan merenung setiap langkah Iman yang lincah memasak.

Kalau dulu.. Dia selalu ganggu Iman sebab dia suka tengok Iman marah-marah. Tapi, sekarang dia suka ganggu Iman pun atas sebab yang sama. Pelik kan dia? Tapi itulah Firash. Cuma sekarang ni Firash kurangkan perangai kanak-kanak dia tu.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now