BAB 67😟PENGSAN

4K 274 49
                                    

WAJAH kacak Faiz yang sudah sebulan Atikah tidak lihat, dipandang dengan penuh tanda tanya. Atikah tunggu Faiz dulu yang buka mulut. Selepas Atikah tahu yang Faiz lah tunangnya Atikah hanya buat tidak tahu jika lelaki itu ada mesejnya sesuatu.

Walaupun dalam masa sebulan selepas Atikah tahu siapa tunangnya, Faiz masih lagi belagak seperti Atikah tidak tahu apa-apa. Atikah nak tengok siapa lagi ego kali ni. Kalau nak diam je terus macam ni pun Atikah tak kisah. Sejak bila Faiz jadi pengecut begini.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? "Akhirnya setelah sekian lama mereka berdiam di restoran tersebut, Faiz buka juga mulutnya untuk berbicara akhirnya. Atikah tersenyum kemenangan dalam hati.

Atikah betulkan duduknya supaya tegak menghadap Faiz. Dia berdehem kecil. Senyuman paling ikhlas Atikah rasa dia layangkan pada 'encik tunang'nya. Hari ni Atikah perlu semua jawapan dari mulut Faiz sendiri. Walaupun dia sudah tahu apa jawapannya.

"Kenapa? Tak boleh ke aku pandang orang yang 'pandai' sangat simpan rahsia ni? Hmm? "Perkataan 'pandai' ditekan sedikit kepada Faiz supaya lelaki itu faham apa yang dia mahu tahu sebenarnya.

"Kau perli aku ke apa ni? "

"Kau rasa aku perli ke? "

Faiz buang pandang ke tepi dulu sebelum badannya digerakkan sedikit ke hadapan. Biar selesa duduk. Wajah ingin tahu Atikah dipandang sebelum senyuman senget terbit ke bibir.

"Apa yang kau nak tau? "Faiz bertanya. Buat apa nak simpan soalan tu kan? Baik tanya saja terus.

Atikah hela nafas dalam. Haih, banyak pula soalan antara mereka ketika ini. Sebenarnya Atikah tidak datang sendirian, Atikah datang bersama Syakirah ke sini tapi Syakirah juga sudah curi-curi jumpa Asyraf. Yelah, mereka punya orang tua langsung tak bagi jumpa. Kiranya dah langgar pantang keluarga lah ni.

"Aku rasa kau pun tau kenapa aku boleh setuju nak jumpa kau hari ni. Kau pun mesti ada benda yang kau nak jelaskan dekat aku kan? "

Faiz sedut jus oren melalui straw dari dalam gelas di hadapannya. Tiba-tiba rasa kering tekak. Atikah pula setia menanti untuk dengar sendiri dari mulut lelaki itu. Lagi satu, Atikah pun tak nak lah kahwin dengan lelaki yang tidak cintakannya. Jadi, Atikah mahu dengar sendiri apa yang Faiz mahu kata.

"Aku sendiri tak tau yang kau tunang aku pada awalnya, "mula Faiz.

Atikah diam tidak menyampuk. Hanya mahu terus mendengar.

"Pada hari aku dengar kau cakap di telefon soal kahwin tu, aku memang dah ada niat nak ajak kau kahwin tapi bukan dengan cara ni, "

"Aku tak tau yang hari tu juga papa, mama pergi pinang kau untuk aku. Papa, mama aku tau that... I am trully in love with you, "

Tangan yang berada di atas riba Atikah genggam kemas. Tak tau nak bereaksi bagaimana. Sekasar-kasar Atikah dia masih perempuan. Punya hati lembut. Bibir Atikah ketap rapat. Mahu terus membiarkan apa yang Faiz akan cakap lagi.

"Aku dah lama sukakan kau. Lepas aku tak nak rebut lagi Syakirah dari Asyraf. I don't know why this feelings comes too fast that time. Aku suka cari gaduh dengan kau. Aku suka segala-galanya tentang kau. Aku tau macam tak logik bila aku cakap aku suka, aku cintakan kau, "terang Faiz panjang lebar.

"Kenapa baru sekarang kau cakap yang kau cintakan aku? "Tanya Atikah. Kenapa selama ini Faiz selalu saja di sisinya ternyata inilah sebabnya.

"Sebab aku takut cinta aku bertepuk sebelah tangan. Aku tak nak kecewa. Aku tolak tawaran belajar luar negara sebab aku nak selalu ada dengan kau. Maaf kalau cara aku keterlaluan atau nampak macam aku ni psycho. Aku just... Betul-betul cintakan kau, "

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now