BAB 64😬SOMETHING

3.7K 280 59
                                    

KIRI kanan Atikah pandang si ibu dan ayahnya. Kedua orang tuanya terdiam seribu bahasa. Tak diam macam mana kalau mata Atikah sekarang jelas kelihatan marah dengan mereka.

"Kenapa mak terima pinangan diorang? "Tanya Atikah kepada ibunya. Sesuka hati ibunya sahaja mahu menentukan jodohnya. Kadang kalau pilihan ibu pun adalah pilihan yang terbaik untuk kita tapi untuk situasi ini Atikah langsung tak bersedia untuk berkahwin. Entah siapa yang dia tunggu pun dia tak tahu. Dalam keadaan sunyi sepi itu,Atikah menyuarakan rasa hatinya.

Puan Kalsom terus siku sedikit lengan Encik Ahmad.Encik Ahmad berdehem kecil."Kami ingat kakak dah kenal lama dengan lelaki tu.Itu yang kami terima,"

Berdesing telinga Atikah.Dah kenal lama?Kenal pun tidak apatah lagi kenal.Atikah tersandar lemah di atas kerusi rotan di rumahnya.Rasa kecewa pun ada apabila ibu dan ayahnya memandai sendiri terima pinangan tersebut.Nak batalkan pun malu pula ibu dan ayahnya.Atikah mengeluh lemah.

"Tapi,kenapa mak tak tanya kakak dulu?kenapa lepas mak terima baru mak bagitau kakak?sampai hati mak,"Atikah bangun berlalu ke biliknya.Dia kecewa sangat.Atikah kalau boleh nak kahwin dengan orang yang dia suka.Segarang-garang dia pun,dia masih ada hati dan perasaan.

Atikah terus tutup pintu dan biliknya.Langsung dikunci sebelum beg sandangnya diletakkan ke atas katil.Atikah duduk di tepi katil sambil lututnya dipeluk erat sebelum tangisan dihembuskan sekuat hati.Kepala disembamkan ke atas lutut.

Kenapa,kenapa dan kenapa?!orang buat dia macam ni?dia pun nak bahagia macam orang lain.Telefonnya berdering di dalam poket dikeluarkan.Nama Faiz yang tertera di skrin telefon dibiarkan sahaja.Langsung tiada mood mahu bercakap dengan lelaki itu.Padan muka lambat sangat bagitau dia kan dah melepas.

Sekali telefonnya berbunyi buat Atikah rasa sebal.Terus diangkat telefon yang berdering.

"Kau nak apa lagi Faiz?"laju Atikah sembur Faiz.Mood dia tengah tak baik sekarang ni.

"Aku just nak tahu jawapan je untuk soalan aku semalam,"

Atikah kemam bibir.Entah kenapa Atikah rasa sedih mahu menolak.Mungkin sebabnya selama ini lelaki itu yang paling banyak meluangkan masa bersamanya dan mungkin juga sebab lelaki itulah yang selalu buat dia rasa nak marah.

"Atikah"

"Kau mungkin dah tau kan apa jawapan aku?Aku dah nak kahwin.Aku harap kau faham,"

"Ouh...Jadi kau memang terima lelaki tu?"

"Kalau aku tak terima buat apa aku nak cakap dekat kau yang aku nak kahwin?"Atikah kembali soalan daripada Faiz.

"Dahlah Faiz stop kacau aku.Tak lama lagi aku dah nak kahwin,"Ujar Atikah sebelum terus mematikan telefonnya.

"MACAM mana?Atikah cakap apa?"Tanya Tan Sri Farizul ingin tahu.

"Rasanya dia belum tahu lagi siapa bakal suami dia tu..."

"Yuhoo bro,naik pelamin sekalilah kita tahun ni,"Sergah Asyraf yang entah datang dari ceruk mana. "yalah,mereka kan sepupu.Jadi,kadang-kadang Asyraf di sini dan kadang-kadang juga dia di sana.

"Orang happy kau murung dah kenapa?"

"Mana ada aku murunglah.Aku cuma tak tahu perasaan sebenar dia dekat aku je,"jelas Faiz.

"Kau rasa?"

"Aku rasa?"Faiz tuding dirinya sendiri.

Asyraf mengangguk.

"Aku rasa macam...nak je lempang kau sebab sibuk sangat,"

Asyraf langsung buat muka.Sikit nak angin.Tahulah stress.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now