BAB 66😜SYAKIRAH?!

4K 291 49
                                    

ATIKAH baring sahaja di atas katil malam ini. Rasa malas mahu makan atau buat apa-apa. Selama dua bulan bergelar tunangan kepada lelaki yang dia tidak kenali, langsung Atikah tidak minta gambar lelaki itu daripada ibunya. Puan Kalsom ada bagi nombor telefon dan Atikah sudah simpannya sebagai Mr. Stranger sebab profile whatsaps lelaki itu juga tiada gambar.

Apa yang Atikah tahu hanya nama Aryan. Kenapa kebetulan sangat nama Aryan tu sama sebiji dengan nama belakang Faiz Aryan. Berhentilah fikir pasal Faiz tu Atikah. Kau tak suka dia pun. Faiz juga selepas melamar Atikah di hospital hari tu, terus berhenti kerja macam itu sahaja. Agak sunyi juga bila lelaki itu sudah tiada di sisinya. Dengar cerita juga Faiz ke Johor untuk mengambil alih Syarikat papanya.

Biarlah dia. Semoga Faiz juga jumpa kebahagiaan dia even Atikah sudah tahu yang Faiz ada menaruh perasaan padanya. Rasa lucu pula bila setiap hari mereka tidak pernah cakap baik-baik tapi Faiz boleh pula terjatuh hati kepadanya.

Tapi... Faiz bising-bising macam tu.. Kacak juga kan? Haish, apa kau merapu ni Atikah. Stoplah fikir pasal dia. Kau dah ada tunang kan?!

Bantal di sebelah Atikah ambil menekup kepala sendiri. Bunyi dentingan telefonnya buat Atikah berhenti dari terus menekup mukanya sendiri. Telefon dicapai.

Mr. Stranger.

Terus Atikah buka aplikasi Whatsapp melihat apa yang lelaki itu mahukan. Atikah juling mata ke atas dahulu sebelum mesej dari lelaki itu dibuka.

+Esok awak cuti kan? Mama saya nak ambil awak fitting baju dengan bakal sepupu saya.

Atikah mengambil masa beberapa minit untuk balas mesej tersebut. Kalau ikutkan hati dia tak nak pun buat semua ni. Plus bakal sepupu Si Aryan tu pun haraplah baik-baik je. Mahunya yang jenos diva je lebih Atikah tak suka.

-okey.

Hanya balasan pendek dibalas. Atikah harap juga yang bakal suaminya ini sedap mata memandang. Atikah pun ada juga angan-angan mahu suami kacak dan yang paling penting mampu untuk bimbing dia yang serba kekurangan ni.

Arghh.. Malas fikir lagi. Nak tidur!

FIRASH sembunyi senyum melihat Iman yang pulas tidur di sebelahnya. Lihat Iman tidur dalam keadaan tidak berselimut buat Firash bangun tarik selimut sehingga ke paras dada Iman. Dahi Iman dikucup.

Selesai menyelimuti tubuh Iman, Firash keluar untuk mengambil angin di luar. Saat kaki Firash melangkah keluar dari rumah, agak terkejut apabila abangnya tengah termenung di pondok hadapan kolam ikan rumah mereka.

Apa kena dengan abangnya itu pun dia tidak tahu.

"Kau buat apa dekat sini, bang? "Tegur Firash kepada Faiq. Faiq toleh sedikit kepalanya kepada Firash.

"Saja hirup udara luar, "balas Faiq ringkas.

Dahi Firash berkerut melihat perangai abangnya yang seakan pelik sedikit. Seperti memikirkan sesuatu.

"Kau ada masalah ke abang? "

"Tak delah. Aku just... "

"Kalau abang ada masalah, cer kau cerita dekat aku. Aku ni adik kau. Kita lelaki sesama lelaki so, aku cuba faham kau, bang, "potong Firash. Ke, Faiq tidak selesa dia dan Iman di sini?

"Ke kau tak selesa adik kau ni dekat sini? "Firash jongket kening kanannya kepada Faiq.

"Ish tak de lah. Aku suka cuma... Entahlah aku just terfikir soal isteri, "

"Isteri? "

"Mama lah.. Kadang, dia asyik je sebut soal isteri, isteri, isteri. Aku macam penat juga dengar soal isteri ni. Aku ni tak lah tua lagi baru je masuk 26 tahun but mama always make me like this, "dia cerita dekat Firash pun sebab Firash memang selagi dengan dia.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now