Forever

674 54 6
                                    

Clara mengupas kulit epal dengan berhati-hati. Waktu ini tiada sesiapa yang akan melawatnya kerana hari ini merupakan hari selasa dan semua orang sibuk melakukan pekerjaan masing-masing.

Clara menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Membulat matanya apabila melihat Mark melangkah masuk.

" Kenapa kau ada dekat sini?" Tanya Clara.

" Ponteng" Mark duduk di atas katil.

" Kenapa kau ponteng?" Tanya Clara lagi sambil mengupas kulit epal.

Mark yang melihat terus merampas epal dari tangan Clara lalu menyambung mengupas.

" Nak lawat buah hati" jawab Mark.

Clara dalam diam menahan senyum sambil menggeleng.

" Macam lah lepas ni tak boleh nak melawat" bisik Clara sendiri.

" Sejak bila kau belajar ponteng sekolah?" Tanya Clara lagi.

Matanya setia memerhatikan Mark yang sedang tekun mengupas kulit epal untuknya.

" Sejak kau masuk hospital" Mark mengangkat bahu tidka pasti.

Epal yang sudah siap dikupas kulitnya diberikan kepada Clara. Clara menyambut dengan senang hati sebelum menggigit.

" Aku nak tidur sekejap" Clara mengangguk.

Mark berlalu keatas sofa. Beg sekolahnya hanya dibiarkan di atas kerusi yang didudukinya tadi.

Clara hanya menggeleng sebelum kembali fokus pada epal di tangannya.

Mark meletakkan tangannya di dahi. Dalam diam, dia asyik memerhatikan Clara sambil tersenyum.

" Aku sayang kau Clara" gumam Mark sebelum matanya mula memberat.

💗💗💗

Mark terbangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi bising. Dia menenyeh-nenyeh matanya sebelum terlihat tujuh orang yang sedang berbual dengan Clara.

Mark bangun sebelum berlalu ke dalam tandas. Wajahnya dibilas beberapa kali dan dilap dengan kain yang disediakan .

" Bila kau orang sampai?" Tanya Mark sebaik sahaja keluar daripada tandas.

" Dalam sepuluh minit" jawab Grez.

Mark mengangguk. Dia kembali duduk di sofa. Clara dilihat sedang gembira berbual bersama ahli Girl Dark Silver.

" Kau kenapa ponteng sekolah?" Tanya Raydan.

" Rindu buah hati" jawab Mark.

" Macam lepas balik sekolah tak boleh pergi tengok" Raydan mencebik.

" Aku tahu kau tak ada buah hati" perli Mark.

Raydan bungkam. Bahu Mark ditumbuk kasar. Keempat-empat jejaka Dark Silver ketawa melihat Raydan yang merajuk.

" Kau orang bertiga pun jangan lupa yang kau orang single" balas Raydan.

Tersentap terus Rayyan, Grez dan Mike bila ditegur sebegitu. Raydan sudah tersengih apabila dia berjaya mengenakan mereka bertiga kembali.

❇️✳️❇️

" Kau lain kali jangan buat macam tu lagi" Ryia menonjol perlahan kepala Clara.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now