" CLARAAAA" Clara ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengerjakan Merika." Woi, kau buka pili air tu" Merika keluar daripada bilik air dengan berbalut tuala pada tubuhnya.
" Tak nak" Clara menjelirkan lidah.
Merika melangkah menuju ke pili air. Clara pantas berlari dan masuk ke dalam bilik.
" Tak guna kau Clara" jerit Merika dari luar bilik air.
" Kau lama sangatlah guna tandas. Aku nak guna tandas ni sekejap je pun" balas Clara.
" Macam tandas lain tak ada" balas Merika.
" Ada tapi tandas ni paling berat"
" Dah belum?" Tanya Merika.
" Sekejap"
Clara membuka pintu bilik air. Pipi Merika dicubit dan rambut Merika yang bersabun dilap pada wajah Merika sebelum mencicit lari.
" CLARAAAA" Clara ketawa gembira lagi.
Tangannya dibasuh sebelum duduk di ruang tamu sementara menunggu Merika bersiap.
" Merika, kau lama lagi ke?" Jerit Clara dengan lantang.
" Sekejap" balas Merika kembali.
" Ok, jom" Clara bangun dari duduknya.
Bekas-bekas yang berisi makanan ringan dan gula-gula ditutup rapat.
❇️✳️❇️
" Kita nak ke mana ni?" Tanya Grez.
" Aku dengan Mark nak ke tempat lain. Bye" Clara menarik lengan Mark.
" Untunglah dah ada boyfriend" kata Merika.
" Aku jadi boyfriend kau nak?" Usik Rayyan.
" Ouh, please. Aku lebih sanggup dengan bigfoot daripada dengan kau" sejurus itu Merika berlalu pergi.
" Eh, sayang. Kenapa bandingkan i dengan bigfoot? Tak ada binatang lain yang lebih handsome ke?" Rayyan berlalu mengejar Merika dengan usikan yang tidak pernah berhenti.
" Jom" tanpa sebarang kata, Rayden menarik tangan Ryia dan membuatkan Ryia terpinga-pinga.
" Kita bertiga?" Tanya Mike.
Grez dan Yui mengangguk serentak. Mike mengangguk faham.
❇️✳️❇️
" Mark, aku nak gula-gula kapas tu" pinta Clara dengan manja.
" Tak boleh" Mark menggeleng.
" Ala bolehlah" Clara menggoyangkan tangan Mark namun Mark tetap menggeleng.
" Please" Clara membuat muka comel.
Mark mengeluh. Akhirnya kedai yang menjual gula-gula kapas itu menjadi destinasi mereka dua.
Selesai membeli gula-gula kapas, mereka berdua mula berjalan kembali.
" Nak pergi mana lagi?" Tanya Mark.
Hampir ke semua permainan di mini fun-fair mereka telah main bersama Dark Silver yang lain.
YOU ARE READING
[ Dark Silver ] ✔️
Teen FictionClara Eden Edryana × Mark Ariel Danieyl °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia misteri Wajahnya sering menjadi tanda tanya Tiada siapa pernah nampak rupa dia Dia pendiam Jarang sekali mahu mendengar s...