dark silver

1.4K 104 1
                                    

" Clara" Clara pantas berjalan.

" Clara wait" tangan Clara dicengkam

" Let me go Rika" Clara meronta minta dilepaskan.

" Kau tak rindu kita orang ke?" Tanya Yui sedih.

" Nah, i don't never know you guys" Tangan Merika ditepis

Ryia sudah mendengus geram melihat Clara. Orang sudahlah rindu dia. Hampir 2 tahun tidak berjumpa tetapi senang-senang sahaja dia menolak mereka.

" Biarlah dia tu" ujar Ryia.

" Aku rindu dengan geng kita yang dulu" Merika beriak sedih.

"Aku pun tapi nak buat macam mana orang tak sudi" jelas kedengaran suara Ryia menahan geram.

" Kenapa dia tinggalkan kita? Kenapa dia buat macam ni dekat kita?" Keluh Yui.

" Hmm... Nanti kita cari tahu sama-sama" mereka bertiga mengangguk.

❇️✳️❇️

Clara duduk di mejanya. Pandangan Dark Silver lelaki langsung tidak dihiraukan. Earbuds dipakai lalu memainkan lagu pada telefonnya. Kerudung hoodie dibetulkan sedikit. Clara meletakkan kepalanya di atas meja.

Beberapa minit kemudian, Clara kembali mengangkat kepala apabila terasa ada yang mengganggunya. Clara menoleh kearah Mike, Rayyan dan Grez yang sudah tersengih.

Dalam diam Clara tersenyum melihat telatah mereka bertiga. Tidak pernah lekang mengusik dirinya apabila mereka melihat dirinya. Namun dia cepat-cepat mengawal kembali riak wajahnya walaupun tiada siapa yang nampak.

Dia tak nak terlalu layankan perasaan yang rindu terhadap layanan rakan-rakannya. Dia tidak mahu sejarah berulang kembali menyebabkan diri dia dan yang lain terluka.

" Miss Morvia want meet you" Clara mengeluh.

Dia pantas berdiri menuju ke bilik Miss Morvia. Dark Silver lelaki hanya memandang ke arah Clara sehingga kelibat itu hilang disebalik dinding.

" Aku curious nak tahu kenapa dia jauhkan diri dia daripada kita?" Rungut Mike.

" Kan, aku rindu nak dengar bebelan dia bila kita kacau dia" Rayyan mengeluh.

" Kenapa dia berubah dan kenapa dia dah tak macam dulu?" Grez juga turut mengeluh.

" Ada lah sebab dia tu" malas Raydan bersahaja.

Mark hanya diam. Dia juga turut rindu akan Clara yang dulu. Dimana Clara yang suka mengusik mereka, kacau mereka, buat mereka marah, membebel pada mereka dan paling penting prank mereka namun semuanya berubah mendadak.

Apabila mereka terluka kerana kehilangan seorang sahabat, Clara pergi meninggalkan mereka. Tiada siapa tahu kenapa. Mereka hilang jejak Clara walaupun mereka sudah mengupah penyiasat sehingga mereka dipindah ke Jacklyn Diomand High School.

' aku harap kau jadi Clara yang dulu' Mark berharap.

Nampak sahaja dia dingin dan kurang bercakap tapi dia caring dengan sahabatnya yang selalu berada semasa dia susah dan senang.

❇️✳️❇️

Clara menutup locker miliknya setelah mengambil beberapa barang penting.

[ Dark Silver ] ✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin