Kedatangan Nia

1K 79 0
                                    

" wei kau orang" tegur Ryia.

" Kenapa?" Soal Yui.

" Aku dengar ada budak baru minggu ni" jawab Ryia.

" Mana kau tahu?" Clara mengerutkan kening.

" Ada budak bagitahu kawan dia jadi aku terdengar sekali"

" Jadi apa kena mengena dia dengan kita?" Tanya Clara.

" Dan lagi satu, sejak bila kau suka curi dengar orang berbual. Pandai eh kau. Baru 1 bulan dekat sini dah buat perangai lama" Ryia tersengih mendengar kata Merika.

" Alah aku bukan sengaja"

" Ouh balik kepada topik budak baru tadi, budak tu dari London, satu kota dengan kita tapi aku tak tahu dari sekolah mana" jantung Clara sudah bergerak laju.

Dia risau kalau orang itu ialah Niazra Franz. Bukan boleh dibuat main gadis itu. Walaupun dia sudah menyuruh Druel memerhatikan gerak-geri gadis itu, tetap sahaja dia perlu berhati-hati.

" Dan dengar cerita yang dia satu kelas dengan kita" mereka bertiga mengangguk faham.

" Bila budak tu masuk?"

" Kan aku kata minggu ni tapi tak pasti hari apa" Yui mencebik bila dimarahi Ryia.

" Mana Dark? Dari tadi aku tak jumpa diorang" Clara mencari kelibat Dark.

" Sekejap lagi sampai lah tu diorang"

" Lambat lah diorang datang" Merika membelek melihat jam tangannya.

" Ha tu diorang. Tak sabar sangat nak jumpa pakwe masing-masing" Clara dan Merika menunjukkan penumbuk masing-masing.

" Kenapa lambat?" Tanya Clara apabila Dark berdiri di hadapan mereka.

" Aku kejutkan beruk-beruk yang tidur mampus ni macam orang gila kau tahu" Rayden menayangkan wajah tidak puas hati.

" Sorry sikit. Aku bangun sendiri" bantah Mark.

" Dah jom, lagi 5 minit loceng bunyi"

Mereka sembilan masuk ke dalam kelas sambil berbual. Kadang-kala gelak ketawa menghiasi saat-saat diorang bersama.

" Nanti rehat aku nak bawa korang pergi tempat lepak privasi aku" ujar Clara.

" Privasi?"

" Ya privasi. Aku seorang je tahu pasal tempat tu dengan pengetua"

" Macam mana kau tahu?" Soal Grez dengan tidak sabar.

" Aku yang paksa pengetua buat" wajah mereka memandang Clara seperti tidak percaya.

" Apa betullah. Kalau tak percaya pergi jumpa pengetua"

" Yelah"

❇️✳️❇️

" Dekat mana tempat lepak yang kau katakan tu?"

" Sekejap lah"

Usai mereka membeli makanan, mereka mengikut Clara yang menuju ke tempat privasi katanya.
Clara berdiri di satu dinding yang berdekatan dengan kolam ikan yang jarang dilalui pelajar dan guru. Kiranya dinding itu sebagai tanda pisahnya kawasan luar dan kawasan sekolah.

Clara menolak sesuatu sebelum sebuah pintu dibuka. Mereka masuk ke dalam pintu dan tebus keluar daripada kawasan sekolah dan lebih indahnya apabila kawasan itu cantik dan indah.

" Cantik gila tempat ni"

" Aku dengan pengetua dekat sekolah ni macam geng. Hobi kita orang sama sebab tu wujudnya tempat ni" jawab Clara.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now