with Mark

1.1K 96 7
                                    

Clara memeluk tubuh Mark erat sambil kepalanya dibaringkan pada peha jejaka itu.

" Kenapa Clara?" Kepala Clara diusap.

" Clara ngantuk. Tapi ada beruk hutan dalam bilik Clara"

Ha sudah keluar perangai manja Clara yang sememangnya pada sebab-sebab tertentu sama ada besar atau kecil.

" Clara tidur sini ye. Mark tolong dodoikan" bahu Clara ditepuk perlahan sambil menyanyi kecil.

Ketika itu hanya dia sahaja yang berada di ruang tamu kerana yang lain sudah tidur di rumah keluarga Clara.

" Good night sweetie" dahi Clara dicium sekilas.

Mark mendukung Clara menuju ke bilik yang dihuninya malam ini. Perlahan-lahan Clara dibaringkan di atas tilam sebelum dia juga turut berbaring di sebelah Clara.

Akibat ngantuk yang mulai menguasai diri, dia tidak sedar yang dia tertidur dengan Clara.

❇️✳️❇️

Merah sahaja wajah Clara pada pagi itu sambil menunduk. Makan pun menunduk manakala Mark tersengih sumbing.

" Kau dah kenapa Clara?" Tanya Grez.

" Tak ada apa" jawab Clara pantas.

" Kau pula Mark. Kenapa dari tadi tersengih tu?" Lengan Mark disiku-siku Mike.

" Adalah" jawab Mark.

Mark membetulkan suaranya laku riak wajahnya kembali seperti biasa. Mereka diam menikmati sarapan.

" Hari ni korang ada rancang apa-apa tak?" Tanya Clara.

Pantas kelapan-lapan mereka menggelengkan kepala. Sememangnya hari ni mereka tiada sebarang aktiviti untuk dilakukan.

" Tak ada" jawab Mike.

" Jom kita picnic" masing-masing sudah tersenyum lebar manakala Mark hanya tersenyum nipis.

" Oh yeah" sorak Grez kuat.

" Dekat mana?" Tanya Ryia.

" Mestilah dekat pantai" Clara tersengih apabila mendapat jelingan Ryia.

" Nanti kau orang tahulah" Clara sudah tersenyum gembira.

Sudah lama dia tidak ber-picnic dengan kawan-kawannya. Last pun sebelum mendiang Adel mati.

❇️✳️❇️

" Cantiknya" Yui dan Merika berjalan anak menuju ke pantai.

Rayden dan Rayyan masing-masing membawa tikar manakala Grez dan Mike membawa makanan. Yang lain hanya jalan lengang-kangkung sahaja.

" Kita pergi dekat sanalah" Clara menunjukkan kearah satu kawasan di bawah pokok yang sedikit rendang.

Para jejaka hanya mengenakan seluar pendek ketat kecuali Mark yang memakai baju t-shirt dan seluar jeans. Para gadis pula memakai sport bra dan seluar ketat paras buku lali kecuali Clara yang memakai baju blaus dan seluar jeans putih.

" Sedapnya sandwich ni. Siapa yang buat?" Tanya Mike.

" Aku" jawab Rika berbangga diri.

" Ceh" Mike berdecit.

" Rayden ambilkan aku sosej tu"

[ Dark Silver ] ✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora