dating

660 49 2
                                    

Clara melihat ke arah depan. Tangannya mengetuk-ngetuk pen pada dagu. Tangan Mark pula berada di atas kerusinya.

Mark meminta tukar tempat duduk dengan Merika dan Merika pun faham kenapa. Sempat lagi dia mengusik Clara sebelum berpindah ke tempat duduk Mark.

" Bosannya" gumam Clara.

Mark tiba-tiba angkat tangan menyebabkan perhatian Madam Murliy teralih ke arahnya.

" Ye Mark?" Clara menoleh ke arah Mark dengan kening ternaik sebelah.

" Clara sakit perut. Saya nak bawak dia pergi ke bilik rawatan" Clara mengerutkan dahi.

" Betul ke Clara?" Teragak-agak Clara ingin menggeleng atau mengangguk.

" Ye cikgu" terusClara mengiakan apabila lengannya dicubit Clara.

" Baiklah" terus lengan Clara ditarik Mark.

Clara hanya diam sambil mengikut Mark dari belakang tanpa bersuara.

" Nak pergi mana ni?" Tanya Clara keliru apabila Mark membuka pintu kereta.

" Keluar" tubuh Clara ditolak masuk ke dalam.

Setelah itu, Mark masuk ke dalam tempat pemandu.

" Nak ke mana ni?" Tanya Pak guard yang bertugas.

" Nak pergi buat kajian dekat luar" Pak guard itu mengangguk membenarkan.

Mark tersenyum sinis apabila melihat kelembapan Pak guard tersebut.

" Kita nak ke mana sebenarnya ni?" Clara menggoyangkan sedikit lengan Mark.

" Sabar, nanti kau tahu juga" Clara terus menutup mulut.

Dia menoleh ke arah luar tingkap sebelum menoleh ke arah Mark dengan tanda tanya.

" Buat apa dekat sini?" Tanya Clara.

" Buat anak"

Pukk

" Aku gurau jelah. Kau nampakkan ni taman, kita jalan-jalan lah. Kau nak kita buat apa lagi?" Mark mengusap kepalanya yang dipukul Clara.

" Jom" Mark dan Clara keluar daripada kereta serentak.

Mark menuju ke arah Clara lalu tangan Clara dimasukkan ke dalam genggamannya.

Mereka berjalan sepanjang laluan yang disediakan. Mereka berdua melihat telatah kebanyakkan yang datang. Maklumlah hari ini hari Ahad tetapi mereka semua tuisyen pada hari ini.

" Kau tunggu aku dekat sini" badan Clara didudukkan pada sebuah bangku batu.

" Tunggu ye" Clara mengangguk patuh.

Mark terus berlalu pergi meninggalkan Clara. Clara melemparkan pandangannya pada tasik di hadapan sebelum berpaling ke arah suara tangisan yang berdekatan nya.

" Kenapa dik?" Tanya Clara.

" I lost my parents. Sister, can you help me search them?" Budak itu memandang Clara dengan penuh harapan.

Clara sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang ke arah bangku yang didudukinya tadi sebelum beralih pula ke budak kecil yang berada di hadapannya.

" Meh akak dukung awak" budak tu berlari-lari masuk ke dalam pelukan Clara.

Clara tergeleng melihat sikap cepat percaya budak itu. Kalau kena culik tak tahulah.

" What's your name?"

" My name is Rizq Daniel. You sister?" Budak itu menyoal kembali.

" My name Clara Aden Adriana but you can call me Sis Aden" budak kecil menganggukkan kepalanya dengan comel.

" Now you can see your parents?" Budak itu melihat sekelilingnya. Cuba mencari ahli keluarganya yang hilang dari jejak.

❇️✳️❇️

Mark mengeluh apabila melihat Clara sedang seronok bergelak ketawa dengan seorang wanita yang disampingnya terdapat seorang lelaki dan budka kecil.

Penat dia mencari satu taman kerana menyangka Clara pergi ke mana-mana rupanya jauh juga Clara pergi.

Mark melangkah ke arah Clara yang rancak berborak tanpa sedar kehadiran Mark.

" Kau pergi mana Clara?" Tegur Mark.

Clara pantas berpaling ke arah sebelahnya. Tersengih dia apabila melihat Mark. Tangan Mark ditarik agar berdiri betul-betul disebelahnya.

" Sorry tadi aku ada jumpa anak akak dan abang ni tengah merayau-rayau tak jumpa parents dia jadi aku tolonglah carikan" jelas Clara.

Mark hanya mengangguk faham. Dia melemparkan senyuman nipis buat kedua-dua pasangan tersebut.

" Miyra dan Roy, hes's my boyfriend. Mark" Mark bersalam dengan mereka berdua.

" Mark, mereka berdua niMira Dandria dan Roy Zaxciel. Yang si kecil ni pula Rizq Daniel" pipi Rizq ditarik Clara dengan geram.

Berusaha tangan kecil Rizq menghalang Clara daripada terus mencubit pipinya yang montel itu.

" Oklah, kami kena pergi dulu. Bye" mereka saling membalas lambaian sebelum hilang daripada penglihatan.

" Tadi kau pergi mana?" Tanya Clara.

" Aku beli ni" sebuah kotak kecil berbentuk love dikeluarkan dari poketnya.

Terdapat sebuah cincin belah rotan yang tertulis namanya berserta Mark dalam singkatan. CEE💟MAD.

" Wah cantiknya Mark. Terima kasih" tubuh Mark dipeluk erat.

Mark membalas pelukan sambil mengusap lembut rambut Clara yang dibiarkan lepas itu.

" Tengok aku pun ada" jari manis pada tangan kanannya ditunjukkan kepada Clara.

Terdapat sebentuk cincin seiras cincin yang berada di tangan Clara itu ada pada tangan Mark.

" Aku beli set untuk couple punya" Clara mengangguk.

" Kita nak pergi mana lagi ni?" Tanya Clara.

" Kita jalan-jalan dulu lepas tu baru tengok wayang"

" Ok"

Mereka berjalan disepanjang taman sambil berpegangan tangan. Mulut tidak pernah berhenti daripada bercakap menyebabkan tiada situasi janggal yang berlaku ketika mereka bersama.

" Aku nak kau tahu yang aku sayang kau" Mark menjongketkan keningnya.

" Ye aku tahu. Tapi kenapa tiba-tiba je ni" Clara menggeleng sambil tersenyum pahit.

" Aku nak kau jaga hati untuk orang yang kau sayang selepas aku"

" Hey" dagu Clara ditarik lembut.

" Aku tak akan sayang-sayang siapa-siapa selain kau. Kenapa ni hm?"

" Tak ada apa. Aku just emo sikit tadi"

" Jom. Kita pergi Sushi King" Mark hanya mengangguk walaupun hatinya sedikit hairan.

❇️✳️❇️
I will love you
And never forget our story
Where we love each other
Like nobody can't stop it
❇️✳️❇️


Vote 💖💖💖
Komen💖💖💖

Support💕💕💕

💖
💖💖
💖💖💖
💖💖💖💖
💖💖💖💖💖

[ Dark Silver ] ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora