prom night

683 51 2
                                    

" let it go
Let it go"

PAP

" Auch sakit siot" bahu yang dipukul dipegang.

" Kau bising" jawab Clara selamba.

" Ish biarlah. Sedap apa suara aku" Clara mencebik.

" Suara aku memang sedap macam suara katak panggil hijau. Ong Ong Ong" Clara menganjing.

Dia tersenyum sinis apabila melihat Merika seperti sedang menahan marah. Clara sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala hamburan Merika.

" Tak guna kau Clara" Merika mengejar Clara.

Clara pun mengambil kesempatan untuk lari memandangkan jaraknya dengan Merika sedikit jauh setelah dia bergerak secara perlahan tanpa Merika sedar.

Hampir satu sekolah mereka berlari. Rata-rata pelajar yang melihat mereka di abaikan asalkan seorang selamat dari amukan seseorang dan seseorang ingin membalas dendam.

" Stop stop" Yui memberhentikan mereka apabila mereka terserempak.

Kalau dia tidak hentikan masakan mereka akan berhenti. Penat juga nak cari diorang ni biar berhenti.

" Kau tengok Clara tu. Mulut dia nak makan penumbuk aku gamaknya" Yui cuba menghalang Merika daripada mendekati Clara.

Clara di belakang Yui sudah menjelirkan lidah sebelum dia dipukul di kepala.

Ryia tergeleng melihat sikap kebudak-budakkan Clara dan Merika yang tidak pernah berubah. Rapat tapi selalu bergaduh macam anjing dengan kucing.

" Kau tahu tak semua murid kena pergi dewan tadi" Clara dan Merika menggeleng serentak.

" Kenapa?" Tanya Clara.

" Nak cakap pasal School dinner" Clara dan Merika mengangguk faham.

Memang setiap tahun Jacklyn Diomand Highschool akan mengadakan makan malam khas buat sekolah mereka. Mereka akan memilih ikut tema yang telah dibincangkan. Semua pelajar wajib mengikut acara ini kecuali jikalau ada hal-hal kecemasan.

" Dah decide tema ke belum?" Clara bertanya.

" Mana aku tahu. Sekarang ni tengah bincang lah ni"

" Jom masuk dewan" tangan Yui dan Ryia ditarik Clara meninggalkan Merika di belakang.

" Oi tak guna. Tunggu akulah" Merika pantas mengejar mereka bertiga.

❇️✳️❇️

"Abang teman Clara jom" tangan Claiz ditarik bersama pujuk rayu.

" Nak pergi mana?" Tanya Claiz malas.

" Pergi butik"

" Malaslah" Clara mencebik sebelum dia mengetuk kepala Claiz dan bercekak pinggang.

" Jom pergi sekarang sebelum Clara rosakkan semua peralatan kesayangan dalam bilik tu" Clara mengugut.

Claiz mengeluh sebelum mengangguk. Bukan boleh dibuat main Clara. Kalau dia buat betul-betul seperti yang dikatakan macam mana.

" Yey, sayang abang" pipi Claiz dicium sebelum dia berlari anak tangga menuju ke tingkat atas.

" Nanti petang kita pergi" jerit Clara dari atas.

Claiz menggeleng sahaja sebelum dia kembali melihat MacBook ditangannya.

❇️✳️❇️

[ Dark Silver ] ✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora