jaga-jaga

588 53 1
                                    

Hye guys, i am back. Let's continue our reading....

Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia rasa seperti diperhatikan dari jarak jauh sehingga membuatkan hatinya digelodak rasa tidak tenang.

" Kau kenapa Clara?" Tanya Mark yang sedari tadi perasan dengan tindak-tanduk Clara yang seperti cacing kepanasan itu.

" Nothing" Clara cuba menutup rasa risaunya dengan senyuman agar Mark tidak perasan.

" Dah sambung buat" Clara mengangguk.

" Mana diorang? Lambat sangat ni" Clara menggumam sambil matanya melirik ke arah jam tangan.

" Sekejap lagi sampailah tu" Mark menjawab selamba.

Clara dan Mark fokus membuat kerja sekolah mereka sambil menanti tujuh sahabat mereka yang sedari tadi masih belum tiba.

" Weyh, sorry lambat" terkejut Clara apabila disergah Merika.

" Terkejut aku bangang" Clara menepuk kuat bahu Merika yang duduk di sebelahnya.

Kini meja itu sudah hampir penuh kerana diisi oleh mereka berlapan. Mereka bermuafakat pada petang itu untuk mengulang kaji bersama kerana peperiksaan sudah semakin dekat.

Clara kembali menoleh ke satu tempat yang sedikit gelap. Firasatnya mengatakan bahawa ada orang yang sedang memerhatikan mereka. Lantas kepalanya digelengkan sebelum kembali fokus menghadap buku latihan.

❇️✳️❇️

Jejaka itu tersenyum sinis melihat susuk sembilan orang yang sedang berbincang. Kepalanya disorokkan sedikit apabila Clara melihat ke arahnya.

" Semoga kita berjumpa lagi Clara Eden" jejaka itu berlalu pergi sambil jari telunjuk tangan kanannya ligat memusing-musingkan pistol.

Tanpa dia sedar, seorang lelaki juga turut tersenyum sinis melihat tindak-tanduk jejaka tadi.

" Cis, dasar pengkhianat!"

❇️✳️❇️

" Betul tekaan kau Druel" Druel yang sedang ralit menaip menghentikan kerjanya.

Dia kini lebih tertarik dengan apa yang cuba disampaikan Clark.

" Kenapa?"

" Budak yang kau hantar tu pengkhianat" beritahu Clark yang sedang mengilap pistol miliknya.

" Aku dah agak" Druel menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil memicit dahi.

" Kau try cari pengkhianat dalam kumpulan kau. Aku rasa ada lagi orang-orang dia dalam kumpulan kau" Druel mengeluh kasar.

" Nanti aku cari"

" Dah lah aku cau dulu. Budak psiko tu dah panggil"

" Take care"

Druel menekan mendail nombor seseorang. Seseorang yang menjadi orang kuatnya dan kini memerhatikan gerak-geri kumpulannya dari jauh sahaja.

" Kau datang sini. Ada pengkhianat dalam kumpulan kita" sejurus itu telefon dimatikan.

Druel tersenyum sinis. ' kau bermain dengan api budak. Aku akan pastikan nyawa kau melayang dahulu sebelum kau nak serang sepupu aku'

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now