koma 2

664 61 2
                                    

Hari-hari mereka menjalani kehidupan dengan aman. Kini sudah hampir sebulan, Clara terlantar baring di atas tilam tanpa bergerak.

Setiap hari juga bilik Clara didatangi manusia. Mereka menghabiskan masa mereka dengan bercerita kepada Clara apa yang terjadi di hari-hari mereka.

" Bila kau nak sedar Clara?" Gumam Mark.

Tangannya setia memegang Clara yang tidak bergerak malah matanya hanya tertancap pada wajah Clara.

" Nanti dia sedarlah tu" kata Rayyan memberi semangat buat sahabatnya.

" Kau datang dari mana? Kenapa aku tak dengar kau masuk?" Tanya Mark. Terkejut dia apabila tiba-tiba Rayyan menegurnya.

" Kau sibuk tenung anak dara orang, macam mana nak dengar?" Perli Rayyan.

Dia berlalu ke sofa panjang. Badan direbahkan di atas sofa. Majalah yang berada di atas meja diambil.

" Kenapa kau datang?" Tanya Mark.

" Saja" Mark menjeling.

Suasana di dalam wad tersebut sepi. Tiada diantara mereka mahu memulakan perbualan.

" Mana yang lain?" Mark memecahkan suasana sepi.

" Tak tahu" jawab Rayyan selamba.

Hendak sahaja Mark menghempuk kepala jejaka seorang ni. Perangai macam setan bila ditanya.

Mark kembali menatap Clara. Rambut Clara yang menghalang muka Clara diselitkan di tepi telinga.

Dalam diam, perilaku Mark diperhatikan Rayyan. Dia mengeluh apabila melihat Mark.

" Kau nak makan apa-apa tak? Dah nak masuk waktu lunch" kata Rayyan. Dia sudah bersiap untuk keluar dari wad tersebut.

" Belikan jelah aku apa-apa" Rayyan mengangguk faham.

❇️✳️❇️

" Kesian aku tengok Mark tu. Murung mengalahkan uncle dengan auntie" kata Ryia.

" Biarlah dia. Kekasih hati dia sakit. Lagipun dia masih tak terima hakikat tentang apa yang terjadi" kata Yui sambil mengusap bahu Ryia.

" Betul tu. Surat yang bagi dekat kita tu pun Mark renyukkan lepas tu buang" Merika mengiakan.

" Aku rindu Clara" keluh Ryia.

" Aku pun" Yui turut bersetuju.

" Rindu aku kali ni melebihi dia tinggalkan kita selama ni" Merika berkata.

Mereka bertiga berada di kafe yang berdekatan dengan kawasan perumahan Merika. Menghabiskan masa bertiga untuk sepanjang hari ni.

" Esok kita melawat Clara nak?" Tanya Merika.

" Aku pun dah lama tak melawat Clara. Jomlah esok kita pergi" Yui hanya mengangguk setuju.

" Mesti Clara rindu dengan aku" kata Merika.

" Tak, Clara rindu dengan aku" balas Ryia.

" Tak, Clara rindu aku" ujar Merika tidak bersalah.

" Aku" begitu juga dengan Ryia.

" Aku"

" Aku"

" Sudah sudah. Clara rindukan kita bertiga, okey?" Yui meleraikan pergaduhan mereka.

[ Dark Silver ] ✔️Kde žijí příběhy. Začni objevovat