pertandingan

748 59 3
                                    

Hari ini ialah hari yang ditunggu-tunggu Clara. Hari untuk memanaskan badan.

Clara mengenakan seluar track suit sedikit ketat dan baju sukan sekolah berwarna hijau.

Baju itu berwarna hitam dan bergaris hijau pada lengannya secara menegak dan separuh daripada baju tu berwarna hijau.

Dia mengenakan sport shoes berwarna hijau putih. Setelah siap, dia menyandang beg kecil sandang belakang miliknya.

Dia turun menuju ke bahagian bawah. Seperti kebiasaan, keluarganya sedang duduk menunggu dia sampai di meja makan.

" Kau bawa apa dalam bag tu dik?" Tanya Clark ingin tahu.

Yelah, hari ni hari sukan sekolah dan ini bermakna sepanjang satu minggu di sekolah, tiada sesi pembelajaran yang akan dijalankan.

" Barang ak-adik je ni" pantas Clara menukar nama panggilannya apabila mendapat renungan tajam Crise.

" Siapa hantar?" Tanya Puan Freden.

" Daddy" jawab Clara.

" Yelah"

" Clara, nanti balik aku ambil kau" ujar Claiz.

" Tak payah. Nanti aku balik dengan Dark Silver" Claiz hanya mengangkat bahu sahaja.

" Dah jom, Clara. Daddy pun nak ke pejabat juga ni. Ada emergency meeting pula pagi-pagi ni" Clara berjalan mengikut langkah Tuan Treze dari belakang.

" Clara pergi dulu" Clara menjerit sebelum pintu rumah ditutup.

❇️✳️❇️

"Bye daddy" Clara melambaikan tangan pada Tuan Treze yang berada di dalam kereta.

Clara mula bergerak masuk ke dalam sekolah sejurus Tuan Treze mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

" Clara" jerit satu suara yang tidak dikenali Clara.

Clara memandang ke arah belakang. Keningnya dinaikkan sedikit. Tidak perna-pernah orang memanggilnya, kalau ada pun disebabkan guru-guru memanggilnya.

" Kenapa?" Tanya Clara.

" Abang Wen nak jumpa" Clara mengangguk seraya mengucapkan terima kasih.

Clara mula menuju ke bilik rumah sukan bagi forest. Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

" Nak apa panggil aku?" Tanya Clara.

" Ni nombor kau. Kau dah sihat ke nak masuk acara nanti?" Tanya Wenkai risau.

" Aku okey je" nombor miliknya diambil.

" Ni je ke?" Wenkai mengangguk.

Clara keluar daripada bilik rumah sukan forest. Dia mula menuju ke bangunan kelasnya yang berada 20 meter daripada blok itu.

" Kau pergi mana?" Tanya Merika sebaik sahaja Clara masuk ke dalam kelas.

" Aku ambil nombor"

" Risau aku" mereka berdua jalan menuju ke tempat masing-masing.

" Tak perlu kau nak risau" mereka duduk.

" Bila acara sukan start?" Tanya Mike.

" Nanti masa kedua. Selalunya masa pertama, cikgu ambil kehadiran dulu baru boleh masuk padang" Clara menjelaskan.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now