sakit

713 60 1
                                    

Clara berguling-guling di atas katil menahan sakit pada perutnya.

Aduh, period pain nya datang menyinggah pula hari ni. Clara menekan loceng yang khas di dalam biliknya.

Tiga minit kemudian, seorang maid masuk ke dalam biliknya.

" Ya cik muda?"

" Ambilkan saya Panadol dan air" maid itu mengangguk pantas keluar daripada bilik anak majikannya.

Clara bangun masuk ke dalam tandas. Tujuh minit kemudian, dia keluar daripada bilik air.

Terlihat di stand night miliknya sudah terdapat satu papan Panadol dan juga satu gelas air. Clara duduk di birai katil.

Panadol dicapai dan air diteguk. Laju sahaja air diteguk mengalir masuk ke dalam kerongkong Clara. Gelas yang sudah kosong diletakkan kembali ke tempatnya.

Clara baring kembali atas katilnya. Selimut ditarik selaras dengan dada Clara. Bantal peluk miliknya ditarik masuk ke dalam pelukan.

Dengan aircond yang berada di dalam keadaan yang sedikit sejuk. Clara terlelap.

❇️✳️❇️

Clara tersedar apabila ada satu tangan bermain dengan rambutnya. Dia mencelikkan mata sedikit dan terlihat Puan Freden yang mengusap rambutnya.

" Kenapa sayang?" Tanya Puan Freden.

" Period pain" jawab Clara.

" Ok, sayang tak payah pergi sekolah. Sambung tidur" selimut dibetulkan sehingga ke paras dada Clara.

" Mummy keluar dulu" Clara hanya mengangguk mengiakan.

Clara melihat jam dinding yang tergantung. Baru pukul 7.05 minit rupanya.

Tanpa sedar, Clara menyambung kembali tidurnya yang tergendala.

❇️✳️❇️

Mata Clara melihat sekeliling jikalau ada orang. Entah mengapa sejak dia turun tiada seorang pun yang dia nampak.

" Mummy" jerit Clara.

" Faerdel"

" Daddy"

" Crise"

" Clark"

" Claiz"

Sudah satu rumah dicari namun tidak jumpa, akhirnya dia duduk di ruang tamu melepaskan penat akibat mentawaf satu rumah.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai kertas yang terletak di atas meja kopi. Kertas itu pantas diambil.

Dear adik sengal,

Jumpa dekat taman pukul 5 nanti dekat pantai yang selalu kita pergi waktu kau mula-mula pindah sini dulu.

Dari kekanda mu yang kacak lagi kan bergaya,
Claiz

Clara tergeleng-geleng membaca nota yang ditinggalkan. Sempat lagi si Claiz itu mengangkat bakul sendiri.

Jam dikerling. Masa masih berbaki kira-kira 3 jam lagi. Lama sungguh dia tertidur tadi sehingga jam hampir menginjak ke angka dua.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now