manja

858 71 0
                                    

" Macam mana Clara boleh masuk hospital auntie?" Merika bertanya.

Sayu dia melihat keadaan Clara yang terbaring lemah bersama beberapa lebam yang berada di wajahnya.

" Kena buli agaknya" kata Puan Freden menyembunyikan kebenaran.

Mereka semua diam sambil melihat Clara yang terbaring lemah. Sedih hati mereka melihat Clara sebegitu.

" Clara" Puan Freden menerpa ke arah Clara apabila jari-jemari Clara bergerak.

Clara perlahan-lahan membuka matanya. Dikerlipkan seketika matanya apabila matanya silau.

" Mummy" serak suara Clara berkata.

" Biar daddy panggil doktor"

Puan Freden membantu Clara duduk dan gelas disuakan pada mulut Clara.

" Clara macam mana? Okay?" Tanya Puan Freden bertanya risau.

Clara mengangguk. Dia memerhatikan orang yang berada di dalam wad. Dia tersenyum apabila matanya bertembung dengan Dark Silver walaupun agak payah kerana bibirnya pecah.

" Clara, siapa yang buat kau macam ni? Kau bagitahu aku, biar aku belasah budak tu" kata Yui sayu.

Clara terdiam. Mark terus menerus melihat riak wajah Clara yang sedaya upaya menyembunyikan sesuatu daripada mereka.

" Aku... Aku tak ingat" bohong Clara.

Mereka semua mengeluh kecuali Puan Freden, Tuan Treze dan abang-abangnya.

" Tak apalah. Kau rehat baik-baik ok" Clara mengangguk.

" Hmm... Kalau macam tu kita orang balik dulu" Keluarga Clara semua mengangguk tanda perpisahan.

" Aku pergi dulu" Mark mengusap rambut Clara sebelum turut keluar.

" Ceh, sweet betul" Clark mengusik.

Clara menunjukkan penumbuk kecilnya ke muka Clark dengan mimik muka geram.

" Princess macam mana? Sakit lagi ke?" Tanya Puan Freden.

" Sakit sikit je ni"

Tiba-tiba pintu dibuka dan terlihat satu susuk tubuh yang memakai kot putih.

" Cik Clara" Clara menangguk.

Clara hanya diam dan menjawab apa yang ditanya oleh doktor yang memeriksanya.

" Anak puan tiada kecederaan yang serius. Mungkin mengambil masa untuk sembuh lebam dan luka-luka yang terdapat pada badan dia"

" Terima kasih doktor"

" Sama-sama" doktor tersebut berlalu keluar.

" Abang dah kenapa? Fall in love dengan doktor tu ke apa?" Pinggang Crise dicuit.

" Eh cantik betul doktor tu" keluarga Clara yang lain sudah melihat Crise lain macam.

Crise tersengih lalu menatap wajah Clara yang sedang tersengih. Seronok betul kenakan aku desis hati Crise.

" Nanti mummy jumpa family dia" usik Puan Freden.

" Eh mummy tak payah" kelam-kabut Crise menghalang Puan Freden yang berura-ura hendak berjumpa dengan doktor tadi.

" Alah, tak apa. Biar mummy kenalkan dengan kamu. Boleh mummy dapat menantu" Crise sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Tak payah lah mummy. Kalau Crise nak, nanti Crise cari jalan sendiri cara nak pikat. Ok?" Puan Freden mengangguk.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now