peringatan

691 53 0
                                    


Clara dengan senang hati berjalan mengelilingi sekolah yang besar itu. Entah apa yang merasuk dia pagi-pagi ini.

Tapi bila dia nak keluar, Mark paksa dia berjalan dengan Mark. Takut nanti ada orang kacau katanya.

Jadi sekarang dia berada di bangku berdekatan dengan blok Gold. Dia sedang menunggu Mark yang sedang membeli air di mesin gedegang.

" Sa-sa-kit" tidak cukup nafas Clara apabila terasa ada sesuatu yang membelit di lehernya.

" Aku dah bagi warning dekat kau Clara. Kau jangan lupa yang masa masih berjalan untuk aku buat sesuatu yang kau tak akan jangka dek akal langsung" Clara terkedu. Sekarang ini Nia berada di belakangnya.

" Warning kali kedua untuk Clara. Tik tok Tik tok"

Clara terasa pernafasannya sudah kembali seperti biasa. Apabila dia mahu melihat kelibat Nia, tetapi apa yang dia dapati hanyalah suasana yang kosong seperti tiada siapa-siapa yang pernah datang. Kelibat Nia ghaib begitu sahaja.

" Kau cari apa Clara?" Terhinjut bahu Clara. Dada dia diusap perlahan bagi mengurangkan denyutan jantung yang bertambah laju.

" Tak-tak ada apa-apa" Clara menggeleng.

Mark sudah berada musykil melihat wajah Clara yang seperti terganggu dengan sesuatu. Clara menghadiahkan senyuman buat Mark apabila lelaki itu nampak seperti kurang yakin.

" Kau pergi mana tadi? Lambatnya beli air" rungut Clara. Air diteguk laju masuk ke dalam kerongkong.

"Tadi mesin buat hal. Itu yang terpaksa aku tunggu lama sikit" Mark duduk di sebelah Clara.

Suasana senyap diantara mereka. Clara hanya memandang ke depan melihat suasana taman bunga yang terhias manakala Mark melihat ke arah langit yang mulai cerah.

" Kau nak sambung ke penjelajahan kita ni?" Tanya Mark.

" Tak apalah. Tiba-tiba aku rasa macam tak sedap badan" Mark laju meletakkan belakang tapak tangan pada dahi Clara.

" Kau tak demam. Kau pening?" Clara mengangguk. Betul sekarang dia pening dan rasa nak muntah.

" Jom" Mark menarik lengan Clara.

❇️✳️❇️

"Nah ni air untuk kau" sebuah botol air mineral diletakkan pada meja Clara bersama dengan sebungkus makanan yang telah dia siap belikan.

Clara hanya melihat sekilas sebelum meletakkan kembali kepalanya pada lengan yang berada di atas meja.

Mark mengeluh. Bungkusan makanan tersebut dibuka lalu menghidangkan masakan ikan dan sotong.

" Clara" Clara mengangkat kepala.

Melihat Mark yang mahu menyuap dia pantas dia menggelengkan kepala. Namun apakah daya apabila dia terpaksa makan apabila Mark membesarkan matanya menandakan amaran.

" Kau tak sihat sebab jalan-jalan tadi ke?" Clara hanya mengangguk.

Benar, sebelum Nia datang mengacau dia. Badannya rasa tak sedap dan sentiasa sejuk. Kepala pula turut berpusing macam kipas.

" Kau tunggu sekejap. Aku nak beli Panadol" Clara mengangguk membenarkan Mark pergi.

Clara melelapkan mata. Beberapa minit kemudian, dia terasa seperti ada yang mengusap rambutnya.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now