berjaya

714 59 1
                                    


Seminggu kemudian

T-shirt lengan panjang berwarna hijau tertulis Forest dan seluar legging tersarung pada badan. Kepala dihiasi dengan topi berwarna hijau lumut.

Sesudah puas dengan penampilannya, Clara turun ke bawah.

Seperti kebiasaan sebelum ke sekolah, dia akan bersarapan bersama family tercinta.

" Mana abang Crise?" Soal Clara.

" Crise awal-awal dah keluar" Clara hanya menganggukkan kepala.

Selesai sarapan, Clara menarik kolar baju yang tersarung pada Clark dan Claiz. Hampir tercekik mereka berdua bila Clara berbuat demikian.

" Sakit bang**g" kata Claiz.

Clara hanya Beria selamba sebelum berdiri di hadapan kereta Audi TT milik Claiz.

" Let's go" Clara duduk di tempat pemandu setelah mencampak kedua-dua abangnya.

Clark dan Claiz sudah mencarut di belakang apabila Clara memandu serupa orang tak sayang nyawa.

Kereta ditempatkan diluar kawasan sekolah. Clara membetulkan sedikit topi dan baju sebelum turun bersama sebuah sling bag.

" Kau nak mati awal ke apa dik?" Soal Claiz geram sambil membetulkan rambutnya yang ditarik Clark.

" Bawa macam pelesit" kome Clark yang turut membetulkan rambutnya akibat tarikan Claiz.

Clara membuat muka meluat. Clara, Clark dan Claiz masuk dan sentiasa menjadi perhatian rata-rata pelajar Jacklyn Diomand Highschool.

" Sana kawan-kawan aku" Clara menunjukkan ke satu arah.

Mereka bertiga menuju ke arah Dark Silver yang sedang rancak berbual antara satu sama lain.

" Lambat datang" tegur Merika setelah terlihat kewujudan mereka bertiga.

Clara hanya diam. Sling bag dihulur kepada Claiz dan disambut dengan kasar.

Clara tak hiraukan. Dia membetulkan tali kasut yang dipakai dan juga ikatan pada rambut.

" Bila game kau start?" Tanya Merika.

" Sekejap lagi"

❇️✳️❇️

Para pelajar Jacklyn Diomand Highschool riuh dengan suara-suara yang sibuk berbual mengenai hari sukan ini.

Mereka kini dihimpunkan di bawah khemah atas rumput setelah habis perbarisan setiap rumah sukan membuat petunjukkan. Kini masanya untuk menentukan pemenang setelah seminggu bertungkus-lumus untuk meraih gelaran juara.

Para ibu bapa dan penjaga duduk di kerusi stadium yang berdekatan dengan tempat guru-guru berada.

" Baiklah, kita mempersilakan pengetua kita iaitu Jacklyn Andara untuk memberikan hadiah buat pemenang"

Acara tersebut berlangsung selama 45 minit. Clara mengutip sebanyak 6 pingat emas dan 2 Perak. Dia juga mendapat gelaran olahragawati untuk tahun itu seperti sebelum-sebelum ini. Rumah sukan Forest juga mendapat tempat pertama.

" Tahniah adik" rambut Clara diserabaikan Clark.

Clara pantas sahaja mencubit lengan Clark yang masih bermain dengan rambutnya.

" Tahniah Clara" ucap Dark Silver serentak kecuali Mark yang diam sambil memberikan senyuman tipis buat gadis comel itu tanda dia turut menumpang gembira.

[ Dark Silver ] ✔️Where stories live. Discover now