BR 24

109 7 2
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Panggilan Naim membuatkan Mia cuba menggapai adiknya yang masih terperangkap di dalam rumah.

Boom

Bunyi letupan itu membuatkan telinga Mia berdesing. Deria pendengarannya hilang seketika. Mia dapat melihat dengan jelas wajah mamanya dan Naim yang tergapai-gapai menjerit meminta tolong sebelum tenggelam dalam marak api itu. Mia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia turut terpelanting ke dalam kolam renang di tepi rumahnya. Kolam renang yang sepatutnya dia, mama dan Naim terjun bersama.

Naim! Mama!

~~~

"Mia lari!"

"Tak! Saya takkan tinggalkan awak!"

Situasi yang gegak gempita dengan suara orang ramai berlari menyelamatkan diri keluar daripada kawasan pasaraya itu menyukarkan Mia mendekati seseorang. Mia cuba mendekatinya namun usahanya terhalang apabila dia diheret oleh seseorang.

Mia cuba kembali ke dalam untuk menyelamatkan si Dia yang masih terperangkap dalam pasaraya yang terbakar itu.

"Lepaskan saya. Kawan saya masih kat dalam!"

Boom!

"Tidakk!" tercungap-cungap Mia yang terjaga daripada mimpi ngerinya. Mata lantas memandang sekeliling. Rakan-rakannya masih nyenyak tidur.

Jam pada telefon bimbitnya ditelek.

03:30 a.m.

Mia meraup wajahnya.

Lagi?

Air mata yang masih tersisa itu dikesat perlahan. Mia berjeda dikatilnya. Mia bangun mendekati tingkap pula. Fikirannya menerawang kembali ke situasi mimpinya. Cuba mengingati apa yang telah berlaku.

Segala perasaan mula bergelora di lubuk hatinya. Matanya mula merembeskan air mata lagi. Jari-jemarinya lantas menyekat.

Mia berkira-kira hendak keluar daripada biliknya dan berniat turun ke pantai. Mendamaikan hati yang kacau.

"Eh, cik nok gi mane nih? Nok apa-apa ke?" tanya lelaki yang duduk di kuanter pendaftaran.

"Saya tak boleh tidur. Jadi nak ambil angin pantai kejap." kata Mia sambil mengelak daripada bertentang mata. Matanya agak bengkak sekarang akibat nangis daripada mimpi itu.

"Oh tapi jangang lama-lama ah. Malang nih. Gelap. Bahaye sensorang."

Mia mengangguk dan tersenyum.

Sampai di kawasan pantai, Mia memilih untuk bersandar pada batu besar yang berdekatan dengan tangga. Melayan perasaan yang sejuk dihembus bayu pantai yang dingin. Malam yang gelap itu kelihatan terang apabila sang bulan memunculkan diri. Jauh Mia membuang pandangannya ke laut luas itu.

Keadaan yang sunyi itu membuatkan air mata yang tertahan-tahan akhirnya melimpah keluar jua. Entah mengapa mimpi yang semakin menjadi-jadi belakangan ini semakin menyesakkan dadanya. Tidak tertanggung rasa sakit yang mencengkam jiwanya. Rasa yang Mia sendiri tidak dapat tafsirkan.

Tidak mungkin Mia merunsingkan perihal ini kepada Bella lagi. Cukup-cukuplah rasanya dia menyusahkan Bella dengan masalahnya. Mia perlu hadapinya sendiri kalau tidak, mungkin masalahnya tidak akan selesai. Sakitnya juga tidak akan sembuh.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now