BR 19

107 6 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Pergerakan van yang berhenti itu membuatkan mata mereka memerhatikan sekeliling.

Terdapat sebuah rumah yang mempunyai perkarangan halaman yang agak luas boleh memuatkan beberapa buah kenderaan. Pagar yang dihiasi dengan pokok bunga serta berlatar belakangkan pantai. Amat nyaman dan mendamaikan untuk ditatap.

Orang terakhir geng mereka memunculkan diri membuatkan para lelaki turun daripada van untuk menyambut dan membantu menyusun beg.

"Weh dia kalau hak orang ni memang nampak mengiurkan eh?" bisik Syahira kepada Humaira.

"Maksud kau?" Masa-masa gini la nak loading pula.

"Emir lah.... Handsome-nya dia dress up."

"Oh okey-okey. I faham. Haah kan.... Untung Mia."

Niat Mia untuk memukul dua orang yang suka membawang itu terbatal apabila geng lelaki masuk ke dalam van.

Naufal duduk di kerusi bersebelahan Kaira apabila Emir mengambil tempatnya di baris hadapan. Perjalanan diteruskan ke Jeti Kuala Besut dengan suara riuh Huzir dan Maleeq yang berkaraoke mengikuti lagu yang dimainkan di corong radio.

Suasana di Jeti Kuala Besut agak sesak dengan para pengunjung yang mahu ke Pulau Perhentian. Mereka terpaksa menunggu sejam di jeti apabila kapal yang mereka bakal naiki akan muncul pada jam 09.30 pagi. Mereka menghabiskan masa dengan mengisi perut dengan bekal yang dibawa oleh geng perempuan. Char Kway Teow  Goreng dan sandwich serta air Teh Panas.

Melihat ketibaan sebuah kapal yang berlabuh di jeti, Emir bangun untuk memeriksa.

"Eh Syuk, Emir cakap dengan siapa tu?" soal Kaira.

"Oh, tah. Yang guide kita kot."

"Main kot-kot pulak. Bukan kau ke yang rancang. Takkan tak tau."

"Memang mula-mula aku yang rancang, tapi masa nak tempah tu, Emir yang nak take over. So, aku tak tau."

"Oh okey."

"Jom." Emir muncul kembali dan mengangkat beg pakaiannya.

"Kapal kita dah sampai ke?" Syahira teruja.

Emir mengangguk.

Membulat mata mereka apabila melihat kapal yang mereka bakal naiki. Betul ke ni?

"Aik bukan kita naik speed boat ke?" Huzir meluahkan rasa aneh yang  bermain difikiran mereka. Rasanya kalau pakej murah, mereka sepatutnya naik speed boat ataupun kapal kecil yang biasa. Tapi yang dihadapan mereka ini sudah macam kapal persiaran versi kecil. Besar dan selesa.

Pertanyaan Huzir dibiarkan sepi. Macam selalu susah dapat jawapan. Mereka hanya menurut pergerakkan Emir yang mendahului mereka.

"Weh seronoknya. Rasa macam naik cruise. Gempaklah Emir." Puji Kaira.

Kaira, Syahira dan Humaira tidak henti-henti menangkap gambar berlatarkan laut dan kapal itu.

Geng lelaki hanya mengelengkan kepala mereka sahaja melihat telatah tiga gadis sunti itu. Perempuan, kalau tidak bergambar tidak sah. Entah berapa puluh gambar mereka ambil di atas kapal itu.

Mereka yang lain menghabiskan banyak masa di kawasan deck kapal kecuali Mia dan Bella. Mia tidak dapat menikmati suasana perjalanan di atas kapal kerana sibuk menemani Bella yang mabuk laut.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now