BR 35

85 2 2
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Tuk Tuk

"Boleh mama masuk?"

"Masuklah mama pintu tak kunci." Tangan Mia lincah mengemas beg pakaiannya. Otak ligat menyenaraikan barang yang perlu dibawa.

"Kemas apa lagi tu?" Mama duduk dibirai katil memerhatikan tingkah laku Mia.

"Kemas barang-barang nak bawa la mama. Esokkan kita nak gerak pagi."

"Mia sini kejap sayang." Mendengar panggilan mama, Mia bangkit dan duduk di sebelah mama.

"Ada ap—" belum sempat Mia bertanya, mama terus memeluk erat tubuhnya.

"Mia sepanjang mama dengan papa takda dekat sini, tolong jaga diri baik-baik ya sayang."

Cuba mengawal rasa sebak yang bertandang di lubuk hati, "Haha... mama janganlah risau sangat. Mia okey je. Lagipun Bella sentiasa ada di sisi Mia tak kira masa. Jadi Mia rasa selamat sangat."

"Hurmm, mama tahu tapi hati mama tetap risau. Belum pernah lagi kita berjauhan macam ini."

"Kelakarlah mama ni, Mia dengan Bella dah besarlah mama. Kami boleh jaga diri. Kalau rindu kita video call ajelah."

"Haa jangan jemu pula nanti kalau mama asyik call kamu berdua." Puan Rosnani mengusap lembut ubun Mia.

"Takkan punya."

Mia dan Puan Rosnani tertawa kecil bersama.

Mia diam sejenak sebelum menutur kata. Merenung wajah lembut mama bagi menenangkan hatinya yang agak celaru. Mahu atau tidak dia perlukan kepastian. Atau lebih tepat kebenaran. Kebenaran yang disembunyikan oleh Bella.

"Mia kenapa pandang mama macam tu?" Laju sahaja tangan mama mengusap pipi Mia. Kelam pula muka Mia. Bagai ada sesuatu yang terbuku dihati, getus mama.

Sebelum menjawab pertanyaan mama, Mia mencapai telefon bimbitnya dan tekun mencari sesuatu di dalamnya.

Mama hanya diam memerhati tingkah Mia.

Setelah puas mencari gambar seseorang di dalam galeri telefonnya, Mia menyuakan telefonnya kepada mama.

"Mama kenal tak budak lelaki yang rambut perang ni? Mama pernah tengok dia tak? Atau ada tak kawan sekolah Mia yang muka macam dia ni tapi rambut hitam?"

Puan Rosnani begitu terkejut melihat seraut wajah yang ditunjukkan Mia. Mujur sahaja Puan Rosnani sempat mengawal riak wajahnya agar tidak keterlaluan biarpun degup jantungnya sudah mulai hilang rentak irama merdunya.

"Mama.." Sentuhan Mia mematikan lamunan Puan Rosnani yang jauh menerawang ke kamar memorinya.

"Mama kenal ke?" soal Mia dengan penuh pengharapan.

"Mama tak kenallah sayang." Puan Rosnani berdalih.

Punah harapan Mia untuk mendapatkan jawapan daripada mama.

"Betul ke mama? Cuba tengok betul-betul?"

Tanpa menjawab pertanyaan Mia, Puan Rosnani menyuarakan pula persoalan yang terus berlegar di ruang mindanya. "Kenapa kamu berkenan dengan dia ke? Kamu suka dia?"

"Mama ke situ pula!"

Bukan itu yang Mia rasakan sekarang mama, bukam Mia.

"Okey. Cuba bagitau mama apa masalahnya dan kenapa dengan budak lelaki tu?" Puan Rosnani kembali menenangkan dirinya.

"Mia pun sebenarnya tak tahulah mama kenapa dengan Mia sekarang. Mia keliru dengan diri Mia..... Memori Mia..... Mia rasa macam ada sesuatu yang Mia lupa tapi Mia tak tahu apa benda tu. Mia rasa budak lelaki ni yang selalu muncul dalam mimpi Mia sebelum ni. Masalahnya Mia baru je jumpa dia tapi dalam masa yang sama Mia rasa Mia dah lama kenal dia." petah Mia menyemburkan apa yang terbuku dalam mindanya kepada mama.

Puan Rosnani bagai cacing yang kepanasan setelah mendengar luahan Mia.

Sudah tiba masanya ke untuk Mia tahu akan kebenarannya?

Tapi!

Tidak! Tidak!

Tapi macam mana perkara ini boleh berlaku? Kenapa wajahnya begitu mirip? Tak mungkin dia masih hidup? Kenapa Bella langsung tidak memberitahunya mengenai hal ini?

Puan Rosnani berperang dalam diam dengan dirinya sendiri. Dia harus berbincang dahulu dengan suaminya dan Bella sebelum membuat apa-apa tindakan. Ini amat berbahaya kerana ianya melibatkan mental Mia.

"Emm mama pun tak pastilah sayang. Cuba tengok dalam album sekolah kamu. Manalah tahu kamu jumpa kawan yang mirip macam ni. Sebab mama tak ingatlah sayang." Sekali lagi Puan Rosnani berdalih.

Mia hanya berdiam diri sahaja kerana dia masih berada dijalan yang buntu.

Dapat merasakan kemendungan hati Mia, cepat-cepat Puan Rosnani memujuk. "Mia..... Mia tahukan bila kita tidur roh kita akan keluar daripada badan kita. Mungkin roh Mia ni kuat sangat merayap itu yang sampai terjumpa roh kawan Mia tu dalam tidur kot."

"Mama!" Boleh pula mama ni berseloroh dalam keadaan Mia tengah serius ni!

"Lagi satu Mia tahukan yang dulu Mia ada terlibat dalam suatu kebakaran di dalam mall dan terperangkap dengan seorang budak lelaki. Mungkin memori Mia keliru sebab masa tu Mia panikkan. Jadi doktor cakap sebab tu memori Mia samar-samar dan bercelaru sebab fobia Mia dengan api. Kan doktor pesan jangan stress-stress. Nanti lagi macam-macam yang Mia bayangkan. Mia jangan lupa makan ubat ya sayang."

Walaupun mama berkata sedemikian, hati Mia masih tidak berpuas hati tetapi cadangan mama mencelikkan hati Mia. Mungkin dia akan mendapat petunjuk dengan membelek semula album atau majalah sekolah lamanya.

Tidak guna juga Mia mendesak mama lebih-lebih walhal dia sendiri masih was-was dengan dirinya. Lagipun seeloknya Mia tidak mahu kusutkan fikiran sesiapa. Tambahan pula, mereka ada perjalanan jauh esok hari.

Melihat Mia seakan menerima kata-katanya, Puan Rosnani menarik nafas lega dalam diam. Walaupun begitu, hal ini akan dia panjangkan ke suaminya. Apa tindakan yang terbaik untuk Mia.

"Mia selesaikan apa yang patut. Lepas tu tidur ya sayang."

"Okey mama. Good night."

"Night." Satu kucupan sayang hidap di dahi Mia. Mia tersenyum girang.

Bahagia dan disayangi. Itulah yang dirasakan Mia. Biarpun hampir lapan tahun dia kehilangan segalanya, kasih sayang Papa Syakir, Mama Rosnani dan juga Bella adalah penyebab utama Mia dapat kekuatan untuk teruskan hidup. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja Mia mati. Lebih-lebih lagi bila dia sudah tiada tempat bergantung meskipun masih mempunyai dua waris di sebelah papanya, iaitu datuk dan Pak Su nya yang telah membuang papa, darah daging mereka sendiri kerana berkahwin dengan mama si yatim piatu. Tidak sedarjat kata mereka.

Kok Koo Kok Koo

Nyanyian daripada jam dinding bilik Mia menandakan hari telah mencecah jam 12 tengah malam. Kini Mia hanya mempunyai beberapa jam lagi sebelum dia meninggalkan bumi Kuala Lumpur. Segala persiapan untuk hari esok telah diselesaikan ala kadar sahaja.

Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu dilaksanakan dahulu.

Almari yang tersimpan album dan majalah sekolahnya dibuka. Helai demi helai diselak. Setiap gambar diperhatikan dengan teliti. Malangnya, wajah yang dicari tiada di antara gambar-gambar yang disimpan. Mana mungkin tidak ada satu pun gambar Si Dia jika mereka rakan sekolah sebelum ini. Album dan majalah dicampak ke tepi katil.

Mia menghempaskan badannya ke katil. Bengang pula hatinya apabila usahanya tidak berhasil.

Puan Rosnani yang sedari tadi tidak berganjak dibalik pintu bilik Mia yang terbuka, mula menarik nafas lega melihat Mia masih gagal mencari orang yang disebut-sebut itu.

Puan Rosnani segera kembali ke biliknya untuk bertanyakan perihal budak lelaki yang baru dikenali oleh Mia kepada Bella yang masih meluangkan masa dengan Datuk Syakir.

Tbc

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now