BR 15

111 5 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

"Syuk, next presentation kau lead okey."

"Ye la.. Ye laa.. No hal punya."

"So, ke mana korang lepas ni?"

"Kita orang nak gi lepak pantai kejap kot. Pastu balik."

"Okey. Jumpa nanti. Terima kasih. Aku cao lu."

Kelima-lima mata itu mengiringi gerak-geri Syukri yang bergerak beredar daripada situ. Mereka juga mula berkemas dan menuju ke destinasi seterusnya untuk menenangkan fikiran mereka setelah selesai berbincang mengenai tugasan kumpulan mereka.

Deruman ombak dan angin pantai menjadi santapan mereka petang itu. Pantai Tok Jembal sentiasa menjadi tempat kegemaran kebanyakan pelajar daripada UMT dan UNISZA untuk melepaskan tekanan dan mengisi masa lapang. Hal ini disebabkan bumi Terengganu yang tidak mempunyai banyak tempat hiburan seperti di Kuala Lumpur.

"Mia apa citerrr pagi tadi kat library?"

Mendengar pertanyaan Kaira, laju sahaja yang lain memandang Mia menagih jawapan.

'Haish, tak menyempat nak tau Kaira ni. Saje je.'

"Takde apa."

"Awww Mia. Come on la. Cerita la cepat."

"Pasal Emir kan? Kan. Kan. Betul tak Kaira?"

Berebut-rebut Syahira dan Humaira meminta penjelasan. Kaira mengangguk dengan penuh minat. Sengaja mengusik kawan-kawannya.

"Kaira. Saje je kan. Takde apalah. Aku cuma ucap terima kasih je."

"Takkan takde borak-borak. Si Azura becok ada kan. Mesti dia ade tanya macam-macam." Syahira cuma mengorek.

Kalau dah si Syahira yang memaksa, mahu tak mahu Mia terpaksa juga bercerita perihal yang dia dengar pagi tadi. Kalau tidak Syahira akan terus menempel dengannya untuk mendapatkan cerita. Huh, tak sanggup!

Kaira, Syahira, Humaira dan Bella seakan tidak percaya dengan gosip yang disampaikan Mia. Siapa sangka jejaka berambut perang, bermata biru dan kerap berbahasa Inggeris itu adalah seorang jejaka yang berketurunan Inggeris-Arab celup sikit Melayu.

"No wonder-lah dia tu hensem sangat. Sejuk mata den memandang." Humaira berseloroh.

"Agak-agak kaya tak eh?" Kaira berteka-teki.

"Aip! Awakkan dah ade Naufal. Bagilah chance kat kita orang yang solo ni nak try."

"Sape cepat dia dapat." Syahira menjelirkan lidah kepada Humaira.

Kata-kata Syahira mendapat sambutan tawa daripada mereka berlima. Ada sahaja yang nak digaduhkan mereka.

"Perasankan korang ni. Macamlah Emir tu pandang geng kita ni." sangkal Bella setelah lama mendiamkan diri.

"Eh, kita cantik apa! Ada la rupa tuuu." Humaira bermegah. Tawa mengiringi kata-katanya.

"Kan Maira. Belom cube belom tahu. Lainlah kalau dia dah berpunya."

"Haah lah... Mia, dia ada makwe tak?"

Mia mengangkat bahu.

"Ah! Takpe. Takpe. Nanti kita korek lagi."

"Oh, ya! Sebelum aku terlupa tadi Syuk cari geng gi pulau. Jomlah weii.. Aku da lama giler teringin nak gi pulau."

"Kau nih Kaira. Dari sem lepas lagi asyik nak gi pulau je." bebel Bella.

Bayangan RinduNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ