BR 12

112 5 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Tik Tik Tik

Humaira sesekali melihat ke arah jam tangannya. Jenuh dia menanti jarum jam menunjukkan pukul empat petang kerana dia tidak sabar untuk menamatkan kuliah terakhir hari ini dan juga merupakan untuk minggu ini. Ya. Hari Khamis sentiasa dinantikan oleh mereka untuk lari dari kesibukan hari kuliah.

Tambahan pula sebagai pelajar tahun dua yang berada di semester ketiga, jadual mereka amat padat setiap hari kerana dipenuhi dengan sesi kuliah dan makmal. Hanya hari Khamis sahaja jadual mereka agak longgar.

Humaira menoleh pula ke arah rakan-rakannya pula, rata-rata sudah kekurangan tenaga dan fikiran entah melayang ke mana. Hanya beberapa ketul sahaja yang masih segar dan menunjukkan minat dengan apa yang Dr. Safura curahkan di hadapan sana. Mia disisinya sudah pun terlelap.

Dalam geng mereka berlima, hanya dia dan Mia yang kerap tertidur ketika kuliah berlangsung. Sementara, Bella, Syahira dan Kaira pula tekun mendengar dan sesekali mencatit apa-apa yang mereka dapat ke dalam buku nota atau nota kuliah yang disediakan.

Insan yang rajin, getus Humaira yang hanya memerhatikan gerak-geri rakannya sambil kepalanya diletakkan diatas meja.

Melihat Humaira yang seakan di awangan, Kaira menyiku lengan Humaira.

"Dah.. Dah bangun. Kejut Mia tu. Dokter nak bincang pasal tugasan kumpulan ni." geram betul Kaira dengan dua orang ini. Kuat tidur betul. Nak-nak yang duduk paling hujung dan tersorok itu. Nasib baik mereka duduk di barisan yang paling belakang. Kalau tidak memalukan sahaja. Haishh...

"Ummmm."

"Ish! Cepat la."

Mahu tak mahu, Humaira turutkan jua perintah Kaira.

"Mia. Oooooo..... Mia.. Bangun. Mak tiri suruh bangun. Dia cakap dokter nak cakap pasal kerja kumpulan tugasan kumpulan ni. Penting ni. Bangun laa.." bahu Mia digoncang-goncang. Mia hanya respon panggilan Humaira dengan geliat malas sahaja. Tiada tanda-tanda Mia mahu bangun.

"Memandangkan saya tengok ramai daripada kamu ni dah semakin menunduk ke meja. Jadi saya nak panggil beberapa daripada kamu supaya share sikit idea apa yang kamu nak buat untuk projek kumpulan ni." kata Dr. Safura yang mula ligat mencari mangsa untuk dipanggil ke hadapan kelas.

Mendengar kata-kata Dr. Safura, pelajar kelasnya mula ibarat cacing kepanasan. Masing-masing mula duduk dengan tegak untuk mengelak daripada dipanggil untuk berkongsi idea.

"Yang duduk kat hujung....sana tu. Awak mari sini. Cuba kongsi sikit idea awak dari mimpi indah awak tadi." Jari dan mata Dr. Safura lurus menunjuk ke arah Mia berada.

Mia yang masih mamai itu terkulat-kulat apabila disuruh ke hadapan.

Habis.

Mata rakan-rakan kelasnya yang lain tercacap ke arah Mia. Mereka menanti tindak-tanduk Mia yang seterusnya.

"Mia, dokter suruh kau pergi depan share idea. Cepatlah bangun. Orang tengok kita ni giler." desak Humaira apabila dia merasakan pergerakkan Mia seakan sloth.

Sempat lagi Mia meneguk air mineralnya untuk menyegarkan mata dan membasahkan tekaknya sebelum berlalu untuk ke hadapan kelas. Tangannya turut mencapai kertas A4 dari atas mejanya.

"Cepat!" jerkahan lembut Dr. Safura mendapat sambutan ketawa daripada seisi kelas itu apabila melihat gelagat Mia yang terkedek-kedek itu. Mia menutup separuh wajahnya dengan kertas A4 yang dilipat dua itu.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now