BR 31

80 6 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

"Yeah!!"

Setelah 13 minit berusaha akhirnya ketiga-tiga telur itu berdiri teguh untuk sepuluh saat.

"Kak! Kalau dah habis boleh balikkan?"

"Boleh. Tapi pergi ambil makanan tengah hari korang dekat tempat kita berkumpul tadi ya."

"Okey. Terima kasih kak."

Mia mengiringi mereka dengan lambaian dan senyuman. Selesai sudah tugas Mia di check point-nya apabila kesemua sepuluh kumpulan telah hadir menjalankan misi.

Suasana yang riuh menjadi sunyi bila hanya tinggal Mia disitu. Biarpun matahari yang kian meninggi menebarkan cahayanya, Mia bernasib baik kerana kawasan pejalan kaki itu terdapat beberapa pokok yang agak besar dan rendang untuknya berteduh. Kalau tidak pasti bajunya lencun dek peluh.

Derapan tapak kaki menggangu Mia yang sedang berkemas-kemas. Mia menoleh ke arah bunyi derapan yang betul-betul berhenti di belakangnya.

"Oh, korang. Kenapa?" hairan pula Mia dengan kedatangan Raisya. Azura si pengikutnya pun ada. Sedangkan semasa aktiviti berlangsung, batang hidung Raisya pun dia tidak nampak. Walhal Raisya juga merupakan jurugambar seperti Emir.

"Kau ni memang dasar gedik dan tak tahu malu ya perempuan." Tiada lagi tapisan kata-kata yang dikeluarkan memandangkan kini hanya dia dan Mia sahaja di situ.

Isyarat diberikan kepada Azura agar bergerak memerhatikan keadaan sekeliling. Sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada orang melalui kawasan itu.

Mia hanya melepaskan keluhan. Menggaru kepalanya tidak gatal.

Apa yang merasuk si Raisya ini?

Kebelakangan ini makin kerap sahaja Raisya mencari pasal dengannya. Ada sahaja yang tidak kena dengannya pada pandangan mata Raisya.

Hairan sungguh.

'Memangnya aku ni menjengkelkan sangat ke? Gedik sangat ke?' benak Mia bersuara.

Kepenatan yang dirasakan mengurus aktiviti pagi ini membuatkan Mia tiada mood hendak melayan drama Raisya. Mia hanya mendiamkan diri sambil tangannya tangkas memasukkan barang-barang aktiviti ke dalam kotak. Malas Mia berlamaan di situ dengan Raisya yang terang-terangan hendak melancarkan perang dengannya.

"Eh, perempuan kau dengar tak apa aku cakap?"

Mia masih membatukan dirinya. Pura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan.

'Haish, apa yang dia tak puas hati ni? Rimaslah..'

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau jangan nak buat-buat pekak pula!" bengang diabaikan, Raisya merentap lengan Mia agar berpaling mengadapnya.

Kotak yang berada dipegangan Mia terlocot dan jatuh menyembah lantai pejalan kaki. Memuntahkan barang-barang yang baru sahaja disimpan oleh Mia. Habis pecah kesemua telur yang ada. Menghasilkan bau hanyir telur mentah. Garam dan gula juga berterabur.

"Apa masalah awak ni Raisya?" kendur sahaja suara Mia bertanya. Penat yang menguasai diri membuatkan Mia tiada tenaga hendak bertekak dengan Raisya. Sedangkan hatinya geram melihat barang yang sudah elok dikemasnya jatuh bersepah dan rosak.

"Kau memang suka-suka buat tak tahukan? Sengaja nak sakitkan hati aku!" Raisya merapati Mia yang menunduk memerhatikan barangnya yang bersepah. Bahu Mia ditunjal-tunjal Raisya yang sudah lama menahan rasa bencinya terhadap Mia.

"Apa bendanya ni? Cubalah straight to the point. Ini dok pusing sana... pusing sini... manalah aku nak faham apa yang kau nak cakap ni." Hilang rasa hormat Mia apabila sikap kurang ajar Raisya semakin melampau. Setapak demi setapak Mia melangkah kebelakang menjauhi Raisya. Rasa tidak enak mula menjalar ke lubuk hatinya dengan perilaku Raisya terhadapnya.

"Kau tahukan aku sukakan Emir! Asal kau gatal-gatal dekat dengan dia? Kau memang dasar perempuan gatalkan. Habis semua lelaki kau nak sapu!" Raisya memuntahkan apa yang terbuku didalam hatinya bagai lahar yang sedang terbakar. Hari ini dia mesti selesaikan ketidakpuasan hatinya dengan Mia.

"Aku dengan dia kawan coursemate je. Tak lebih pu—."

"Tak lebih kau cakap! Coursemate! Don't give me that bullshit! Kau pergi bercuti dengan dia dekat pulau tu apa? Kawan apa pergi pulau sama-sama? Aku ajak dia keluar makan pun dia tolak. Langsung dia tak pandang aku. Tapi kalau dengan engkau elok je dia bercakap. Senyum!" Jika tadi Raisya menunjal, kini dia terus menolak Mia sehingga belakang badan Mia berlanggaran dengan pokok besar di belakang mereka.

"Aduh!"

"Dasar fake!" perlahan sahaja Azura mencelah. Namun, cukup untuk Mia dengan kata-katanya. Meluat pula Azura melihat telatah Mia yang mengaduh bila ditolak Raisya.

Berlanggaran dengan pokok besar itu menyedarkan Mia bahawa dia semakin menghampiri kolam buatan di tepi kawasan pejalan kaki itu.

"Habis sekarang ini kau nak salahkan akulah bila Emir tu tak layan kau? Macam tu?" perli Mia. Sempat lagi hatinya terdetik 'Ish dia ni nak main tarik-tarik tudung ke apa?'

"Memang! Memang sebab kau yang mengatal. Acah-acah innocence depan lelaki supaya semua lelaki sukakan kau. Padahal dekat belakang..."

"Mulut jaga sikit ya Raisya!" mencerlung mata Mia menatap wajah Raisya. Perlakuan kasar Raisya sememangnya sudah dianggap melampaui batas kerana Mia langsung tidak menyentuhnya. Tetapi pertuduhan yang cuba dilontarkan oleh Raisya itu agak keterlaluan. Kesabaran Mia semakin menipis.

"Apa-apa?" Kini Raisya menarik baju dan menolak Mia dengan kuat sehingga jatuh terjepok Mia ke tebing kolam itu. Raisya semakin hilang kawalan dengan pandangan Mia yang seakan mahu melawannya. Tambahan pula, peristiwa dia diabaikan di hadapan Humaira oleh Emir menambahkan lagi pedih dihatinya yang sudah tersedia tercalar. Benci sungguh Raisya bila dia diperkotak-katikan oleh orang lain.

"Weh, Raisya! Kau cakap nak bagi warning je." Seram sejuk pula Azura lihat senario di hadapannya. Keadaan yang Azura bayangkan kini bertukar menjadi serius bila Raisya semakin galak mengasari Mia yang langsung tiada gaya hendak melawan balik. Sudahlah tempat yang mereka berada tika ini agak terbuka. Biarpun hari ini hari cuti dan tiada pelajar yang berada di sekitar kawasan bangunan universiti melainkan di perpustakaan tetapi kemungkinan untuk seseorang lalu kawasan itu tetap ada.

Teguran Azura Raisya abaikan.

"Arghh. Jangan nak pura-pura sucilah depan aku Mia. Aku tak tau kau dah buat apa dekat Emir sampai Emir buat bodoh je bila aku tegur dia. Tapi ini first and last warning aku bagi dekat kau! Jangan cuba-cuba nak rapat dengan Emir. Kalau aku dapat tahu kau gatal-gatal keluar dengan Emir lagi, siap kau!" debu tanah yang berada dekat di kakinya dicapai lalu dilemparkan kepada Mia.

"Weh, cukuplah tuh! Kau nak bunuh anak orang ke apa ni?" menangkap akan bunyi sesuatu, berlari Azura mendapatkan Raisya. Azura menarik lengan Raisya. Memaksanya menjauhi Mia yang terduduk di tepi tebing itu.

"Ish, aku tak habis lagi! Kau kenapa?" sakit pula hati Raisya bila ditegah.

"Kau gila! Aku rasa kita blah dululah. Macam ada orang?" cuak habis muka Azura. Mati mereka kena tindakan disiplin kalau ada yang melapor. Paling teruk kalau jadi kes polis. Ish, malu dia!

"Arghh! Kau ingat ya Mia.... Nahas kau, kalau aku nampak kau dekat-dekat dengan Emir lagi!"

Raisya dan Azura berpaling untuk lari meninggalkan Mia bersendirian di situ. Langkah kaki mereka mati dengan kemunculan Emir yang berdiri tegak beberapa langkah di hadapan mereka. Mata biru yang sentiasa kelihatan dingin itu kini merenung mereka dengan tajam.

Tbc

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now