BR 38

74 4 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Emir melepaskan helah setelah berhempas pulas membantu uminya mengadakan majlis tahlil yang dirancang tiga hari lepas, sebaik sahaja Puan Masyitah menjejakkan kaki ke bumi Terengganu. Bumi kelahirannya. Rindu Puan Masyitah akan arwah ibu bapa tidak dapat dibendung lagi biarpun Puan Masyitah sentiasa berulang-alik daripada Dubai ke Malaysia setiap tahun apabila berpeluang.

Sedang Emir hampir terlena tika bersantai di jendela rumah itu, bunyi pemberitahuan telefon bimbitnya menganggu kedamaian.

Tangan Emir mencapai malas telefon bimbitnya

'Siapalah yang WhatsApp aku ni?'

Bella CM

Assalamualaikum

Emir aku nak jumpa kau kejap

Dekat tepi pantai yang ada pondok tu

Waalaikumusalam

Why

After zhor

Got serious things to ask u

Be there

Okey

Entah keberapa kalinya Emir melepaskan keluh. Rasa gentar tiba-tiba menyelubungi dirinya. Bagaimana agaknya penerimaan mereka setelah mengetahui kebenaran terutamanya Mia?

'Dia dah ingat ke?'

"Why so serious? Bakpe ngan anok umi ni? Dari tadi umi tengok asyik mengeluh ja. Wanna share with me?" Puan Masyitah menghampiri anak terunanya setelah semua tetamu dan mereka yang terlibat mengadakan majlis pagi tadi telah pun pulang. Keruh diwajah anaknya itu mengundang rasa risau dihatinya.

"Takde apa umi. Cuma..." Emir tidak dapat meneruskan kata-katanya. Agak berat untuk dia meluahkannya. Sekali lagi Emir melepaskan keluh kesahnya.

"Cuma?" Puan Masyitah mencapai tangan Emir dan menggosok telapak tangan Emir perlahan-lahan. Itulah cara Puan Masyitah memujuk anak terunanya untuk bertenang dan membuka mulutnya yang berat itu.

"Umi taetaqid 'anani sa'akun bikhair? Am I do the right thing? Can I do what I want?" [Umi rasa saya akan okey ke?] Emir memandang Uminya meminta kepastian. Dia sendiri buntu dengan dirinya. Apa yang dia rasa sekarang.

"Pernah ke anak-anak umi dengar apa yang umi cakap? Takdekan. I told you that I'm totally against about you coming here but Emir tetap tinggalkan umi dan walid. Umi pun dok taulah Emir betol atau saloh tapi buatlah apa yang hati Emir percaya. Umi tetap akan sokong anak umi ni." Puan Masyitah membelai pipi Emir. Sayang terhadap anaknya bukan kepalang. Tidak sanggup lagi dia menghadapi perpisahan yang tidak dijangkakan seperti dahulu. Cukuplah sekali!

Emir terdiam tidak membalas mendengar kata uminya.

"Udahlah! Umi masok dulu. Azan zohor doh lama doh bunyi."

Emir hanya memandang uminya yang hilang ke dalam rumah. Dia pun perlu bersiap-siap tunaikan apa yang wajib sebelum ke tempat yang dijanjikan. Ada perkara yang perlu dia jelaskan.

Lebih kurang jam dua petang, Bella, Zafril, Johanna dan Bariyah sudah tercongok di bawah pondok yang dijanjikan itu. Pohon-pohon rendang yang tumbuh subur di sekitar situ meredupkan suasana sekeliling mereka.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now