BR 30

82 6 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Pagi yang selalunya riuh rendah dengan suara para ATM berkawad kini bertukar ganti dengan musik yang rancak melalui corong pembesar suara yang sedang diuji oleh Emir. Setelah memastikan segala persiapan selesai dilaksanakan, Emir menyerahkan mikrofon kepada Syukri dan berkumpul bersama-sama ajk lain yang telah selesai dengan tugasan mereka.

Hanya ajk pendaftaran sahaja yang masih sibuk dengan tugas mereka, iaitu mengambil kehadiran pelajar tahun satu. Mujur sahaja para pelajar tahun satu kali ini tidak banyak kerenah seperti mereka dahulu dan memberi kerjasama dalam menjayakan program kursus ini.

Program yang dirancang tidak sampai seminggu itu akhirnya memulakan agendanya dengan ucapan santai daripada Syukri selaku pengerusi program.

Emir memainkan lagu Dynamite oleh BTS daripada telefon bimbitnya setelah mendapat isyarat daripada Syukri yang mengetuai senaman ringan mereka. Sementara para ajk bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan dan bersiap siaga. Aktiviti program ini adalah seperti biasa iaitu, Explore Race namun berkonsepkan Biodiversiti dan UMT itu sendiri. Pemenang akan diambil kira daripada jumlah mata dikumpulkan yang terdiri daripada tujuh atau lapan ahli kumpulan.

PONN

Bunyi hon yang memekik tanda aktiviti mereka bermula. Setiap kumpulan membaca petunjuk yang diberikan dan mula bergerak ke check point mereka. Habisvsetiap kawasan dijelajahi oleh mereka. Mujur sahaja kawasan universiti mereka agak kecil jadi kawasan yang digunakan juga tidak begitu meluas dan jauh untuk mereka bergerak.

"Baiklah. Dekat check point sini korang kena lengkapkan maklumat taksonomi sepuluh spesis binatang dalam masa tiga minit. Clue korang boleh cari disekitar kawasan patung haiwan situ. Mudahkan?" Penerangan pendek daripada Kaira. Tanpa menunggu respon, Humaira mengagihkan sehelai setiap seorang dengan isi yang berbeza.

Suara-suara sumbang para peserta rancak berbunyi setelah melihat misi mereka kali ini.

"Boleh bincang tak kak?"

"Boleh."

"Dah sedia belum?" Tangan Kaira menanti respon daripada peserta untuk menekan jam randik ditangannya.

Para peserta itu mengangguk sambil memegang pen masing-masing. Kaki mereka turut dalam posisi mahu berlari.

"Mula!"

Bergema suara bergambung dengan hentakkan kaki mereka dalam menjalankan misi mereka.

Kaira dan Humaira duduk sementara menunggu para peserta selesaikan misi mereka dalam masa tiga minit.

"Manalah Taufiq ini? Tadi kata nak hantar air. Aku dah dahaga ni." Mencuka Humaira menanti air mineral untuk mereka yang sepatutnya dihantar oleh Taufiq tidak kunjung tiba.

"Kejap lagi sampailah dia. Cuba bersabar sikit boleh tak?"

"Ini kumpulan kita yang last ke?"

"Kejap." Kaira memeriksa senarai kumpulan yang telah berkunjung ke tempat mereka. "Tak. Ada lagi satu kumpulan. Kumpulan tiga."

"Yes. Lepas tu kita boleh rehat."

Jam yang sudah pun menginjak ke pukul 11.10 pagi itu membuatkan terik mentari semakin terasa. Peluh kian deras merembes keluar daripada liang roma.

"Ehemm!"

"Oi, mak kau." Melatah Kaira bila tiba-tiba sahaja ada suara menegur daripada belakang. Laju Kaira dan Humaira berpaling.

"Oh, awak Emir." ujar Humaira. Air mineral dua botol yang dihulurkan Emir itu diambilnya.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now