BR 42

55 5 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Jam menunjukkan pukul 9.10 malam. Cuaca malam itu agak berangin dan sejuk tanda hari mungkin akan hujan. Suasana di luar Surau Kampung Setiu itu meriah dengan bunyi deruman enjin motor dan kereta orang kampung yang hendak pulang ke rumah masing-masing setelah selesai menunaikan Solat Fardu Isyak.

Emir muncul di kalangan pak cik-pak cik yang keluar dari muka pintu utama masjid itu. Sebaik sahaja Emir menyarung seliparnya, dia terus berdiri di kawasan yang agak lengang untuk memudahkan uminya mencarinya.

"Emir pegang ni. Umi nak pergi toilet kejap." Puan Masyitah menyerahkan beg telekungnya dan terus berlalu ke tandas muslimah.

Emir hanya menggeleng melihat perilaku uminya. Emir berlegar-legar seketika di kawasan taman bunga surau itu bagi menghilangkan rasa janggal bersendirian di situ. Beberapa Bunga Mawar Merah yang tumbuh segar itu menarik perhatiannya.

"Nah"

Serpihan-serpihan memori yang sentiasa terpahat di hatinya tiba-tiba sahaja menjengah ke kamar mindanya. Wajah Mia yang kecil dan comel itu mula terbayang-bayang dimatanya. Senyuman terukir di bibir Emir tanpa dipinta.

"Hai, seronok sangat tengok bunga tu. Teringat kekasih hati ke?"

Emir menoleh ke belakang untuk melihat si gerangan gadis yang bertanya.

"Are you teasing me or wanna know the truth?" Emir menyoal kembali Bella yang berdiri di hadapannya. Mungkin baru keluar surau agaknya, telah hati Emir.

"Truth.... Maybe." balas Bella sambil menjongketkan bahunya. Awalnya, Bella hanya berniat untuk berseloroh dengan pertanyaannya namun alang-alang sudah menyeluk ke pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tak ke gitu!

"Well the answer is yes." jawab Emir. Wajah Mia dipandang sekilas sebelum menatap bunga mawar itu semula.

"Oh, dah berpunya rupanya." Senyuman Bella melebar tidak semena-mena. Mungkin ini bagus untuk mengelakkan Mia rapat dengan Emir, gumam hati Bella. Bella menoleh ke arah Mia untuk melihat reaksinya.

"......"

'Emm okey. Macam takda apa-apa efek. Hati beku perempuan ni.' Monolognya lagi.

Mendengar komen Bella, Emir tertawa.

Bella dan Mia berpandangan. Entah apa yang lucu agaknya si Emir ni. Tiba-tiba sahaja ketawa seorang diri.

"Berpunya? Like girlfriend?" soal Emir untuk kepastian.

"Yeah kekasih hati. Girlfriend. Bukan ke?"

"Kekasih hati but not my girlfriend. Just someone that I keep in my heart." ujar Emir sambil mengukir senyuman manis.

Terpegun Mia dan Bella melihat senyuman Emir yang begitu lembut itu untuk pertama kalinya sepanjang perkenalan mereka.

'Handsomenya'

Eh! Eh! Eh!

"Ops, maaf! One sided love ke atau... atau..." Bella menjadi ragu-ragu hendak meneruskan ayatnya.

"Passed away you meant? Hahaha! Nope. She still alive and yes it is one sided love cause she never know that I like her." Emir tertunduk. Tersenyum hambar bagai mengambarkan keadaan hatinya.

Bella dan Mia hanya berdiam diri sahaja. Tidak tahu hendak berkata apa. Jauh pulak perginya perbualan mereka ni. Tak sangka pula Emir akan menjawab pertanyaan itu dengan jujur.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now