BR 40

69 6 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Flashback

Dua orang kanak-kanak perempuan comel berumur lima tahun girang bermain di pesisir Pantai Setiu itu. Cuaca yang kian mendung tidak dihiraukan mereka. Tambahan pula, pondok yang baru dibina oleh Tok Wan Jaafar menaikkan semangat mereka untuk terus bermain di situ. Main pondok-pondok katanya!

Guruh mulai berdentum di dada langit. Kilat pula sabung-menyabung di hujung laut. Tanda hari bakal melanda hujan lebat.

"Bella jomlah kita balik. Mia takutlah. Kilat!" rengek Mia yang mula ketakutan melihat pancaran kilat berselang dengan guruh di langit. Usahanya untuk membina istana pasir juga terhenti.

"Hah nak balik dah ke? Tapi belum hujan lagi. Baru bunyi je. Kita main sikit lagilah." pujuk Bella yang masih tidak puas bermain.

"Tapi Mia takut." rengeknya lagi. Takut benar dia dengan bunyi guruh.

"Okey. Jomlah kita kemas." cebik Bella yang masih ingin meluangkan masa bersama Mia kerana ini kali pertama Mia ikutnya pulang ke kampung.

Angin ribut tiba-tiba bertiupan kencang menyerang mereka. Barang permainan mereka yang belum sempat dikemas terbang ditiup angin.

"Arghhh!!" Kedua-duanya menjerit bila merasakan diri mereka bagai ditolak-tolak oleh angin yang mengganas itu.

"Eh, bakul! Mia pegang ni!" jerit Bella lalu berlari mendapatkan bakul permainannya setelah memberikan barang-barang lain yang telah tersimpan elok di dalam baldi kepada Mia.

"Bella, jangan!" Mia semakin ketakutan melihat Bella berlari ke arah laut untuk mendapatkan bakul yang diterbangkan angin itu. Walhal, tok wan dan nek wan melarang sekeras-kerasnya kepada mereka untuk mendekati kawasan air pantai tanpa pengawasan sesiapa ataupun ketika hari ribut.

Bella tidak menghiraukan tegahan Mia malah terus berlari hingga ke dalam air pantai untuk mendapatkan baldi permainannya yang sedang hanyut dibawa air pantai.

"Mia, tolong!" Bella kehilangan imbangan apabila ditolak berkali-kali dengan ombak pantai sekaligus angin ribut yang melanda.

"Bella!" Baldi yang berada digenggam Mia terlepas dek terkejut melihat Bella yang tiba-tiba hanyut ditarik ombak pantai.

"Tolo-!" Bella semakin dibawa arus pantai. Air laut juga semakin banyak ditelannya, membuatkan suaranya putus-putus hendak meminta pertolongan.

"Bella!" Air mata bercucuran jatuh ke pipi Mia diiringi hujan yang mula turun ke bumi. Sungguh dia ketakutan melihat Bella yang semakin kelemasan. Hendak menyelamatkan Bella dia tidak berani kerana setiap kali dia cuba mendekati Bella kakinya pasti jerlus ke dalam pasir pantai.

Suara Mia menjerit meminta tolong tenggelam timbul dengan angin yang kuat. "Tolong! Tolong!" Mia berada di dalam dilema sama ada hendak pergi mencari bantuan ataupun tidak kerana dia takut akan kehilangan jejak Bella. Kedudukan mereka yang agak di hujung kampung itu membuatkan mereka agak jauh daripada kawasan rumah.

Jeritan meminta pertolongan yang tidak henti-henti daripada Mia menganggu seorang budak lelaki yang sememangnya berada di situ daripada tadi memerhatikan dua gadis comel itu bermain. Merasakan tiada bantuan daripada orang dewasa di saat ini memaksa dia memberanikan diri membantu dua gadis itu.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now