BR 34

78 4 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Angin pantai tika petang ini meniup lembut ke pesisiran Pantai Tok Jembal. Memberi nikmat nyaman kepada semua yang sedang bersantai di kawasan pantai. Ombak pantai juga masih setia menghempas benteng batu yang melindungi pantai yang kian terhakis itu.

Lima orang gadis sedang enak menjamu udang dan sotong celup tepung mereka di atas benteng batu itu sambil menikmati suasana pantai tenang itu.

"Seronoknya dah habis test. Stress!" ujar Bella sambil mendepakan tangan merelakan dirinya ditiup angin pantai.

"Itulah... Penat asyik perah otak baca nota." sokong Syahira yang tidak henti-henti mengunyah udang celup tepung kegemarannya.

"Halah halah halah dua orang ni, macam final exam gayanya. Baru test mid sem kot." perli Kaira.

"Aip itu lain.... Final banyak masa nak ulang kaji tapi kalau test busy dengan banyak menda. Mana sempat nak ulang kaji betul-betul."

"Eleh busy apa kalau layan drama korea dia je."

"Hahaha itu untuk hilangkan stress je."

"Emmm stresslah sangat. Hadap nota sejam.. cerita dua jam."

"Alah Mia kau takpelah gifted. Baca sekejap pun dah dapat." Syahira membela diri.

"Oh ye.... Cuti mid sem ni korang balik ke?" soal Bella memandangkan esok hari terakhir sebelum mulanya cuti pertengahan semester.

"Balik!" jawap Humaira, Kaira dan Syahira serentak. Teruja betul gayanya.

"Okey. Semua balik esok lepas kuliah ke?"

Ketiga-tiga itu menganggukkan kepala mereka.

"Mia kita nak naik bas ke nak papa ambil?"

"Entah..... terpulang. Calllah mama."

"Hurmm okey."

•••

"Mama tak cakap awal-awal pun." bentak Bella lalu meninggalkan telefon bimbit miliknya di atas katil.

Mia yang turut berpanggilan video dengan mama bersama Bella itu mati akal melihat Bella yang mengamuk setelah menerima perkhabaran daripada mama. Mujur sahaja Bella tidak membaling telefon bimbitnya. Mia mengambil semula telefon yang tertiarap di atas katil Bella itu.

"Mama....." Mia juga berasa sebak sehingga tidak tahu hendak berkata-kata.

"Sayang, mama pergi sekejap saje. Mama temankan papa outstation dekat UK sebulan sahaja. Nanti kami balik sini semula. Tak lamakan. Bella mana tu?" Datin Rosnani cuba memujuk.

"Bell lari bilik sebelah. Kenapa mama tak bagitau awal-awal?" sayu suara Mia bertanya. Sudahlah papa dan mama hendak pergi berangkat pada hari lusa, baru hari ini dikhabarkannya. Mahu tidak terkejut mereka berdua yang teruja hendak pulang ke rumah itu tiba-tiba sahaja hendak ditinggalkan pula.

"Bukan mama tak nak tapi papa tak bagi sebab tak nak kacau kamu berdua tengah test."

"Jadi sempat ke kami nak jumpa mama dengan papa ni?"

"Kalau kamu berdua nak balik esok papa belikan tiket flight pergi balik. Nak tak?" ucap Datuk Syakir yang tiba-tiba muncul disebelah mama.

Laju sahaja Mia mengangguk tanpa meminta pendapat Bella terlebih dahulu.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now