BR 01

357 12 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Kelas yang berlangsung sekadar berbasa-basi sahaja antara pensyarah dan para pelajar bagi mengenali antara satu sama lain dan subjek yang diajar. Jadi tidaklah pelajar canggung bila pensyarah masuk ke kuliah untuk memulakan pengajaran.

Mahu tidak semester tiga baru sahaja bermula, tentulah mood cuti masih tersisa dalam diri pelajar yang baru selesai menikmati cuti semester yang hanya lebih kurang tiga bulan. Malah ada sesetengah pensyarah yang memulakan kuliah pada minggu kedua semester.

Namun, tidak pula bagi pensyarah muda dan bersemangat seperti Dr. Ana yang merupakan pensyarah baru pemegang PhD dalam bidang Kimia Analisis dari University of Copenhagen.

"Okay, class that's all for today. We will meet again on Wednesday right?" ucap Dr. Ana, pensyarah subjek Kimia Analisis. Tangannya pantas mengemas barangan miliknya dan mengatur langkah keluar dari bilik kuliah.

"Yes." balas pelajar yang hadir di dalam kelasnya.

Riuh rendah suara para pelajar universiti setelah tamat sesi pembelajaran.

Masing-masing mulai berborak dan bergosip sesama sendiri.

Ada juga yang merancang aktiviti yang ingin dilakukan selepas kuliah. Ada juga yang mengemas barang dan berangkat pulang ke rumah sewa, hostel atau keluarga.

Ya, itulah tipikal pelajar dan rutin harian mereka setelah berhempas pulas di kampus memerah otak. Biasanya di minggu awal buka semester sememangnya mereka masih boleh berlenggang kangkung kerana tiada tugasan diberikan oleh para pensyarah. Jadi wajar dinikmati sebaiknya.

"Hei, Mia. Asal monyok je dari pagi tadi aku tengok." tegur Bella yang duduk bersebelahan Mia. Ya mereka berdua sahaja untuk hari ini bila Si Syahira tidak mahu bangun tidur untuk ke kuliah. Esok-esok barulah beramai sedikit.

"Hurm takde apa. Aku okey je ni." balas Mia ringkas.

"Helloo! Kau ingat aku ni budak-budak ke yang boleh kau kencing. Come on la." balas Bella yang kedengaran bengang dengan respon Mia yang acuh tak acuh itu. Dia ingat aku ni baru kenal dia ke apa.

"Bell sayang, aku okey. Betul ni." kata Mia sambil tersenyum hambar cuba menceriakan mukanya yang memang tak ceria itu.

"Mia, sekali aku cepuk kang. Baru kau tahu. Baik kau cakap." Bella cuba mendesak Mia agar dia buka mulut.

Bella tahu Mia seorang yang jarang berkongsi cerita kerana bagi Mia dia hanya membebankan orang lain sahaja dengan masalahnya.

'Alah, bukan aku baru sehari dua kenal kau, Mia. Tak nak cerita, aku korek sendiri', bisik Bella dalam hati.

Melihatkan keadaan Mia yang hanya termenung menatap buku notanya memaksa Bella mendesak Mia seperti biasa.

"Mia." Bella menyeru Mia untuk menarik perhatian Mia.

"Kau mimpikan dia lagi ke? Semalam?" teka Bella. Tekaannya itu memang tepat menyebabkan riak wajah Mia berubah daripada kosong kepada mendung. Bukan susah sangat sebenarnya nak baca fikiran Mia ni. Aku kenal kaulah Mia.

Tanpa Bella menyuruh, Mia mula bercerita tentang bagaimana dia bertemu dengan si dia di dalam ruangan yang kosong.

Namun apa yang mengganggu di fikiran Mia adalah kata-kata akhir daripada insan tersebut serta tindakan dia sendiri yang cuba mendakap insan itu juga.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now