49

34.9K 2.5K 404
                                    

                        “ASSALAMUALAIKUM!”  salam Tuan Zamri saat dia melangkah masuk ke dalam rumah. Topi jerami dibawanya turun, lalu dia mengibas tubuhnya yang terasa hangat. Sehari suntuk di sawah padi dan kebun getah rasa nak pitam pun ada. Kulit yang dulunya sawo matang kini sudah bertukar gelap kerana cahaya matahari. Tapi apakan daya, itu sahajalah hasil rezeki yang dia boleh peroleh. Dia sudah bersyukur dengan apa yang Tuhan telah kurniakan. Di luar sana lebih banyak lagi penganggur yang tidak dapat bekerja.

Dia melabuh punggung di atas sofa. Belakang tubuh disandarkan ke belakang. Dia mengambur nafas penat di situ.

"Lambat balik bang? Pergi mana?" sampuk Puan Hajah daripada belakang. Dia datang menuju ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang berehat buat beberapa minit di situ. Tuan Zamri tersenyum kecil.

"Biasalah... kalau dah rezeki banyak, mestilah lambat balik. Kalau rezeki sikit, awallah abang balik. Kenapa?"

"Tak ada apa. Ingatkan abang dating dengan janda hujung kampung sana tu... " sindir Puan Hajah. Dia menjeling. Ruang kosong di sebelah Tuan Zamri menjadi tempat dia melabuh punggung. Tuan Zamri mengerut kening. Dia mengalihkan wajah memandang isterinya.

"Awak ni pun... agak-agaklah. Saya pergi bekerja, cari nafkah untuk awak, untuk anak kita. Saya dah tiada masa untuk buat macam tu. Suka sangat fikir bukan-bukan."

"Saya bukan fikir bukan-bukan tapi orang kampunglah ni lah asyik nampak abang jumpa si janda tu. Kalau abang dah muak sangat tengok muka saya, rasanya abang tak perlu kot buat macam tu?"

"Ya Allah, awak cakap apa ni?" soal Tuan Zamri dingin. Makin pelik pula dia dengan perangai Puan Hajah. Baru balik kerja dah kena tuduh bukan-bukan. Kalau dia hidangkan air tak apalah juga, ini satu cawan pun tiada di atas meja. Penat bercampur rasa amarah memang meletoplah jadinya.

Malah Puan Hajah tetap kelihatan selamba seolah-olah apa yang dikatakan tadi itu benar. Lelaki kalau buat salah mana nak mengaku, kan? Lebih-lebih lagi kalau ada perempuan lain. Jangan harap nak berterus-terang!

"Tak payah nak terkejut sangatlah, bang. Saya ni memang dah tua, tapi mata dan pendengaran saya masih lagi okay. Kenapa ek? Abang tak boleh ke jadi macam suami orang lain? Setia dengan isteri dia. Kenapa perlu cari perempuan lain juga untuk jadi peneman hidup?"

"Bila masa abang cari perempuan lain? Yang awak percayakan kata-kata orang kampung kenapa? Saya cuma tolong janda tu salah ke? Bukan dia seorang sahaja saya tolong, ramai lagi orang susah saya tolong. Janda Ani tu dia ada anak lima orang. Anak dia tu semuanya kecil-kecil perlu bersekolah. Si Ani tu pula kerja jual goreng pisang sahaja, awak ingat mampu ke dia nak tanggung?"

"Habis saya ni? Abang ada tanggung ke? Kalau tanggungjawab abang pada saya belum selesai tak payah nak menggatal beri tanggungjawab pada orang lain! Abang ni harap aje ada ilmu agama, kan? Tapi bab jaga hati isteri... lemah!"

"HAJAH!" keras Tuan Zamri. Spontan dia bangun daripada sofa memandang isterinya dengan cerlungan tajam. Malah Puan Hajah hanya menjuling anak mata ke atas dengan membuat mimik muka muak.

"Awak sedar tak awak cakap apa sekarang ni? Apa tanggungjawab yang saya tak pernah beri pada awak huh? Rumah, kereta, harta! Semuanya saya dah bagi. Awak nak apa lagi?!"

"Saya nak layanan abang!" bentak Puan Hajah. Dia juga turut bangun daripada sofa. Tuan Zamri terdiam.

"Kita dah kahwin berpuluh tahun bang, tapi sikit pun layanan abang pada saya tak pernah cukup! Asyik pentingkan kerja daripada saya. Apa? Abang ingat saya ni harapkan sangat duit abang ke?!"

"Saya kerja untuk tanggung awak. Kita ni bukannya orang senang! Kalau saya ni ada bangunan sendiri, kerjaya sendiri yang gajinya berpuluh ribu saya takkan duduk pun lah dekat sawah padi tu daripada pagi hingga ke petang! Awak tu... tak kerja. Saya seorang sahaja yang tanggung seorang diri! Cuba awak tengok anak kita si Hana tu. Dulu dia bahagia dengan suami lama dia Rayden sebab apa? Sebab sama-sama cari duit, kan? Sama-sama bersusah payah untuk bina rumahtangga yang bahagia. Awak pula? Apa yang awak buat untuk saya?" soal Tuan Zamri, suaranya mula meninggi. Puan Hajah membisu tanpa sebarang kata-kata. Dia menggigit bibir.

Tuan Zamri mengeluh kecil. Dia meraut wajah untuk seketika. Ya Allah, tabahkan aku untuk tempuh dugaan rumahtangga ini omelnya di dalam hati. Dia mencekak pinggang. Anak mata Tuan Zamri mula melilau ke sekeliling ruang. Baru dia perasan kelibat Bainon tidak muncul daripada tadi. Selalunya Bainon akan duduk di ruang tamu sambil menjahit baju.

"Anak kita mana? Kenapa saya tak nampak batang hidung Bainon hari ni?" soal Tuan Zamri. Dia mula mengubah topik.

"Saya dah halau dia."

"Huh?!" Tuan Zamri terkejut. Membuntang matanya mendengar apa yang Puan Hajah katakan tadi.

"Aw... Awak halau anak kita? Ya Allah, kenapa pula ni? Dulu awak halau Hana, sekarang Bainon pula. Apa yang tak kena sebenarnya?"

"Sebab dia orang langsung tak nak ikut cakap saya. Gelaran mak macam sampah sahaja bagi dia orang. Jadi lebih baik saya halau keturunan saya sendiri, daripada menanggung orang yang tak pernah hargai jasa saya. Saya yang besarkan dia orang dengan titik peluh sendiri, tapi mereka lebih agongkan jantan baru belajar agama."

"Astaghfirullah hal azim, Hajah... tak salah pun kalau mereka tu baru belajar agama. Kalau awak nak tahu, orang yang baru belajar agamalah lagi bersungguh-sungguh daripada orang yang dah lama belajar agama. Awak jangan nak hina orang. Nanti kalau terkena dekat batang hidung sendiri, baru awak nak menyesal!"

"Abang tak payah nak ajar sayalah. Saya mak... saya tahu masa depan anak-anak saya. Tunggu berapa hari nanti, tengoklah... Hana dengan Rayden pasti akan bergaduh besar. Sebab apa? Sebab dia dah derhaka pada saya." sinis Puan Hajah. Dia terus berlalu masuk ke dalam bilik. Tuan Zamri sudah menggeleng kepala. Kenapalah isteri aku jadi seperti ini? Dulu tak macam ni pun... haih. Besar betul dugaan.

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now