22

38.7K 3K 903
                                    

                  “SAYA pilih Rayden. Maafkan Hana, bang." rayu Hana. Keputusannya muktamad kali ini setelah beberapa minit dia mendiamkan diri. Rasanya aku perlu perbetulkan kesilapan aku pada Rayden semula. Rayden tersenyum menang. Dah agak Hana akan memilih dia. Yalah, siapa yang nak duduk dengan suami yang asyik jadikan isteri anak ayam?

Ziat tergamam. Matanya membulat terkejut. Kedua-dua belah tangannya dikepal membentuk buku lima. Berani dia pilih jantan tu daripada aku? Perempuan ni memang nak kena!

"Sayang... Sayang biar betul? Abang masih cintakan Hana. Takkan Hana nak tinggalkan abang dalam keadaan macam ni? Lagipun dia bukan Islam, sayang. Mana boleh orang bukan islam kawin dengan kita."

"Aku akan masuk Islam semula. Tugas kau cuma pergi mahkamah dan bercerai di sana. Muktamad." ujar Rayden. Dia melemparkan senyuman sinis. Lengan Hana terus ditariknya keluar daripada halaman rumah milik Ziat. Ziat merengus geram.

"Hana!"

"Biarkan sahaja dia." cantas Puan Bariah. Ziat mengerut kening. Dia berpaling memandang Puan Bariah. Takkan aku nak biarkan Hana pergi dengan jantan tak guna tu?

"Mak... "

"Mak kata biarkan sahaja dia. Orang macam Hana tu tak layak dengan kamu. Cari sahaja yang lain." protes Puan Bariah. Dia menjeling lalu melangkah masuk ke dalam rumah semula. Puan Hajah mula tidak keruan. Lengan Ziat digenggamnya erat.

"Ziat... kamu nak ceraikan Hana ke? Tolonglah jangan ceraikan Hana. Jangan biar dia pergi pada bekas suami dia. Mak tak nak hidup dia sesat dengan jantan tak beragama tu. Tolonglah... " rayu Puan Hajah.

Ziat mengeluh. Dia menggeleng kepala. Kalau aku tak ceraikan Hana sekalipun, pasti mamat tu akan buat apa sahaja untuk dapatkan bekas isteri dia. Tak mengapa, kali ini aku lepaskan Hana pada dia. Cukup masa aku akan ambil Hana semula. Ziat tersenyum nipis.

"Tak apa, mak. Kita biarkan sahaja Hana kawin dengan Rayden. Mak lihat sajalah, Hana takkan boleh hidup tanpa Ziat. Dia pasti akan kembali pada Ziat nanti."

"Tapi... "

"Percayakan Ziat, mak. Penentu kebahagiaan Hana adalah Ziat seorang. Kalau dia kawin dengan seribu lelaki sekalipun, dia takkan boleh bina rumahtangga tanpa Ziat."










                         HANA menoleh memandang Rayden. Kelihatan lelaki itu sedang fokus memandu di sebelah. Dia kembali memandang ke hadapan. Bibit digigitnya. Betul ke keputusan yang aku buat ni? Duduk dengan Ziat rasa seperti duduk dalam kandang harimau, kalau dengan Rayden pula terasa seperti kandang singa. Lagipun, dia pernah cakap dia nak balas dendam atas apa yang aku buat pada dia dahulu. Agaknya dia nak kahwin dengan aku semula atas sebab dendam atau dia nak selamatkan aku daripada Ziat?

"Kau fikir apa sampai termenung macam itu?" celah Rayden. Sekilas dia menoleh memandang Hana yang mengelamun memikirkan sesuatu. Pantas Hana menggeleng kepala. Dia tersengih menampakkan gigi.

"Tak ada apa-apa." balas Hana, ringkas. Dia menunduk kepala ke bawah. Hujung baju T dipintal-pintalnya. Tak berani dia ingin menatap wajah Rayden sekarang.

"Errr... kalau saya nak tanya sesuatu boleh? Aw... Awak nak kahwin dengan saya sebab nak balas dendam ke sebab... awak nak selamatkan saya daripada Ziat?" soal Hana. Dia cuba memberanikan diri untuk bertanya. Air liur ditelannya sejenak. Dia beralih pandangan memandang Rayden.

"Dua-dua... " ucapnya acuh tak acuh.

"Awak masih belum maafkan saya?"

"Parut bukan senang untuk dihilangkan. Macam itu juga dengan perasaan." ujar Rayden tanpa memandang Hana. Hana mencebik bibir. Dia menggeleng kepala tidak setuju.

"Tapi... saya tak ingat awak. Jadi itu bukan salah saya. Mungkin waktu kejadian tu saya kemalangan ke? Atau... "

"Kau dah buat salah. Jadi mengaku sahaja salah. Tak perlu bagi alasan." cantas Rayden, dingin. Hana terdiam. Mungkin apa yang aku buat dulu terlampau melukakan hati dia sampai tak boleh dimaafkan. Tapi satu benda yang buat aku pelik, macam mana aku boleh lupa dia? Nak kata aku terlebih bahagia sampai lupakan bekas suami, tidak juga.

"Errr... Macam mana boleh awak jatuh cinta dengan saya? Yalah, awakkan jenis dingin. Sekejap baik sekejap jahat. Saya peliklah macam mana awak boleh terpikat dengan orang macam saya. Manalah tahu kalau awak cerita saya boleh ingat kenangan lama kita?"

"Kenangan lama aku dengan kau, adalah kenangan pahit. Jadi aku tak nak ingat."

"Alaa... sikit aje, bolehlah."

"Tak nak."

"Sikit aje. Kalau kenangan pahit, tak adalah awak masih simpan gambar saya, kan? Itu maknanya... awak masih sayang saya. Awak tak pernah lupakan tentang saya." ujar Hana.

Rayden tersenyum sinis. Dia berhentikan kereta dengan mengejut. Tubuh Hana terdorong sedikit ke hadapan. Dahinya terhantuk pada cermin kereta. Hana mengaduh sakit. Dia menggosok-gosok dahinya yang terasa pedih.

"Cinta aku pada kau dah lama mati sejak aku lafazkan talak pada kau. Jadi, kau tak payah nak perasan yang aku suka kau. Ingat, kau sekarang bukan perempuan yang suci macam dulu. Kau kotor. Kalau Ziat jaga kau macam hidup dalam neraka, aku akan jaga kau macam hidup dalam neraka Hawiyyah. Seksa dan penuh dengan sengsara." gertak Rayden, sengaja dia ingin  menakut-nakutkan wanita itu. Wajah Hana mula bertukar pucat. Hidup dalam jagaan syaitan ini memang tak lari daripada seksaan yang penuh menyeksakan. Ah, apa pula yang aku akan kena lepas ni.

"Dan lagi satu, aku nak kau tukar penampilan kau. Aku tak nak kau pakai macam hantu jepun tak jumpa sikat macam ni. Pakai tudung. Tak lama lagi kau akan jadi milik aku, jadi aurat kau hanya terhad untuk aku. Faham?"

Hana mengangguk. Dia hanya menurut sahaja apa yang lelaki itu inginkan. Benda baik takkan nak tolak pula?

"Sayang juga suruh aku tutup aurat..." desis Hana, perlahan. Cukup untuk dia sahaja yang mendengarnya. Bibir dikemamnya menahan tawa.

"Aku dengar,"

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now