6

52.4K 3.1K 400
                                    

SUIS lampu ditekannya sekali. Terus mematikan cahaya lampu restaurant sushi itu. Azim dan Kazam pula masih melipat kostum ikan jerung mereka lalu dimasukkan ke dalam beg sebelum digalas. Lekas mereka berlari anak keluar daripada restaurant yang sudah gelap itu, lalu pintu keluar itu dikuncinya daripada luar.

"Ini gaji untuk kau orang hari ni. Alang-alang dapat balik awal tu pergi singgah surau terus tunaikan solat isyak." ujar Shark, menghulurkan beberapa keping duit kertas bernilai lima ratus kepada dua orang lelaki itu. Azim mencebik bibir. Jam ditangan dipandang sekilas, sebelum dia kembali mendongak memandang Shark.

"Awal lagi ni bos, waktu isyakkan lama?"

"Solat tu bukan kira lama tak lama. Tak baik kita tangguh-tangguhkan waktu! Kalau solat awal waktu pun apa salahnya? Dengan Tuhan pun nak berkira?" bidas Shark, tegas.

Azim menunduk kepala memandang lantai. Bibir dimuncungnya panjang. Bos sejak-sejak dah berubah ni bukan sahaja dah jadi PU, tapi Tv Hijrah, Oasis! Naura! Semua berkaitan agama boleh disumbat pada lelaki jerung itu!

Kazam menggeleng kepala. Kepala Azim ditujahnya perlahan. "Apalah kau ni... bodoh!"

"Eh, kalau aku bodoh kau pun bodoh. Kita kan adik beradik kembar tak sama umur?"

"Tapi perangai aku better daripada kau."

"Alah, perangai aku macam ni pun ramai orang nak. Kau tak tengok ke tadi? Berapai ramai gadis yang melihat aku sedang menari sambil memakai maskot jerung ni? Ramai tahu!"

Kazam menjuling anak mata ke atas. Dia membuat mimik muka muak. Perasan! Dia tak sedar ke yang tengok dia tadi semuanya budak 9 tahun? Nak kata perempuan pandang, jeling pun tidak mahu! Setakat hero nemo macam kami ini siapa aje yang pandang?

Setakat mak cik berjoget dekat tiktok tu aje lah yang pandang pun...

"Haih, kau orang ni... cuba sehari jangan bergaduh. Nama aje adik beradik... "

"Alah, bos... Mana ada adik beradik yang tak bergaduh dalam dunia ni? Bos tak ada adik, mana bos tau. Kita orang aje yang faham perasaannya macam mana? Nanti kalau laga dah lahir dan dah ada bilis bos taulah." ujar Azim.

Kening Shark bertaut pelik. Laga? Bilis? Apa benda budak ni merepek sebenarnya?

"Apa benda kau cuba maksudkan ni? Siapa Laga? Siapa bilis?"

"Tuuu..." Azim memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Suraya yang lena tertidur didalam kereta. Shark terus memalingkan wajahnya ke arah yang ditunjuk. Lama juga dia cuba menghadam kata-kata Azim tadi. Tak sampai beberapa minit, dia sudah faham. Wajah Shark berubah tidak puas hati. Bibir ditekapnya geram.

Kurang ajar punya budak!

"Kau mengejek aku huh? Ke sini kau!" lengan baju Azim ditarik kasar ke arahnya. Dia mencekup leher lelaki itu lalu pinggang Azim digeleteknya sehingga Azim ketawa tak henti-henti. Bergerak-gerak tubuh lelaki itu tidak boleh duduk diam dengan rasa geli dipinggangnya. Sehinggakan sampai satu tahap dia penat untuk ketawa tetapi terpaksa juga ketawa.

Kazam pula menjadi penyokong ditepi. Makin Shark geletek adiknya, semakin disokong kuat. Dia pun memang dah lama geram dengan si Azim ni! Rasakan! Biar pengsan terus pun tak apa!

Ehem!

kedengaran ada seseorang berdehem mematikan suasana bahagia mereka sebentar tadi. Serentak Shark, Azim dan Kazam mendongak memandang Rayden yang berdiri lima tapak sahaja daripada mereka. Segera tubuh Azim dilepaskan. Shark membetulkan sedikit bajunya yang berkedut, sebelum berjalan menghampiri Rayden.

"Apa khabar, bro?" sapa Shark, melemparkan senyuman lebar kepada Rayden. Tubuh lelaki itu dipeluknya dalam beberapa minit. Rayden hanya tersenyum nipis. Dia mengangguk kepala tanda baik-baik sahaja. Sudah tiga hari mereka tidak berjumpa. Sejak kebelakangan ini pun Rayden seolah-olah sibuk dengan kerjanya.

Yalah, diakan masih lagi bergelar mafia. Tak sahlah kalau tak ada kerja walaupun sehari.

"Kau baru nak tutup restaurant ke?" soal Rayden, mengerut kening memandang Shark. Dia memandang restaurant sushi yang sudah gelap sekejap dan kembali memandang lelaki itu. Shark mengangguk kepala. Memang restaurantnya setiap hari bakal tutup awal. Bukannya apa, dia kesian pada Suraya. Kalau berkerja sampai pukul 12 tengah malam takut tiada siapa pula yang sudi tengok-tengokkan isterinya.

Sudahlah si Suraya tu sedang berbadan dua. Buatnya nanti terberanak secara tiba-tiba ke macam mana? Nak harapkan si budak nemo belakang tu memang payah sekali! Lain yang disuruh lain yang dibuatnya!

"Aku tak tahu pula yang kau nak datang. Kalau aku tahu, boleh aku buka kedai lama sedikit."

"Eh, tak apalah. Aku datang ni pun sebab nak tanya sesuatu pada kau tapi bila tengok isteri kau dah tidur nyenyak dalam kereta tu... tak mengapalah. Kau balik aje lah." ujar Rayden. Dia tidak mahu menjadi pengganggu pula. Karang kalau Suraya terjaga, tak fasal-fasal kena maki. Biasalah, perempuan. Hal berkaitan gadis jadian itupun dia masih mengungkit!

"Kau nak tanya apa? Tanyalah, fasal Suraya kau jangan risaulah. Bukannya aku jawab soalan kau sampai sejam pun?"

"Err... aku... "

"Tak pun kau boleh tanya kita orang. Kita orang ni nampak sahaja kurang bijak tapi otak A plus." sampuk Azim, menjongket keningnya berkali-kali. Ibu jari ditegakkan.

Rayden terdiam sejenak. Tak tahu nak balas apa. Mungkin dia boleh beri kepercayaan pada dua orang lelaki itu? Rayden mengangguk.

"Tak apalah, bro. Aku pinjam kau punya anak buah kejaplah."

"Betul ni?" soal Shark sekadar untuk meyakinkan. Rayden mengangguk kepala. Senyuman lebar dilemparkan kearah Shark.

"Kalau macam tu... " segugus kunci dikeluarkan daripada kocek seluar jeansnya, lalu dibaling ke arah Azim. Tindakan refleks daripada Azim pantas melompat menangkap kunci itu daripada jauh. Dia tersenyum bangga. Bab tangkap menangkap ini memang kerja aku...

"Kau lepaklah dalam restaurant aku. Kalau nak air kau minta sahaja pada Kazam. Faham?"

Rayden mengangguk. Shark tersenyum nipis. Bahu Rayden ditepuknya beberapa kali sebelum dia melangkah kaki kearah kereta honda yang terparkir dibahu jalan. Azim dan Kazam laju sahaia melambai tangan mereka. Seolah-olah tidak akan berjumpa pula esok pagi. Padahal sekarang dah duduk berjiran.

"Hati-hati bos! Pagi-pagi makan gula melaka, jangan tidur masa bawa kereta!" jerit Azim, kuat dan jelas. Entah dengar ke tidak Shark di dalam kereta. Malah Shark hanya membalasnya dengan isyarat tangan berbentu ok. Sehari kalau tak dilayan perangai tak betul mereka itu memang tidak sah! Dah macam kawjipan pula nak kena hadap hari-hari.

Azim tersengih menampak giginya. Kereta Honda itu akhirnya bergerak pergi meninggalkan kawasan restaurant sushi itu. Suasana menjadi sepi buat seketika. Rayden pandang Azim, Azim pandang Kazam, Kazam pula tak tahu nak pandang siapa?

Krik. krik. krik.

"Kenapa pandang aku?" soal Rayden pelik. Berlapis dahinya berkerut memandang Azim.

"Tak ada apa. Moh ler kita masuk. Hati-hati, kat situ lincin sedikit. Malu kalau perempuan jatuh." ujar Azim, dalam masa yang sama dia menyindir. jari terlunjuknya menunjuk ke arah lantai yang berlopak kerana hujan petang tadi. Dia terus menusuk kunci itu ke dalam tombol pintu, lalu dikuaknya. Kecil sahaja pandangan Rayden kearah Azim. Nak sahaja dia cincang tubuh badan lelaki itu biar cacat!

Hampir semua manusia dalam dunia ini gentar apabila bersemuka dengan dirinya tetapi tidak bagi dua ekor ikan badut itu. Rayden menggeleng kepala.

"Nasib baik anak buah Shark aje, kalau anak buah aku memang dah lama kena lenyek dengan tayar lori balak."





Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now