35

37.2K 2.7K 270
                                    

                    SEUSAI sahaja dia membersihkan diri, dia berjalan ke arah meja solek. Bathrobe masih kekal ditubuhnya. Pakaian yang telah dipakainya tadi disangkut ke dalam almari. Cukup dia hanya mengenakan seluar panjang berwarna hitam. Pantulan wajahnya di dalam cermin ditatap lama. Setelah itu, anak matanya beralih pula ke arah Hana yang sudah tertidur di atas katil. Muncul senyuman kecil dibibir lelaki itu.

Rambutnya yang masih lembab dan serabai dibiarkan sahaja. Dia mengatur langkah ke arah birai katil, lantas melabuh punggung di sebelah Hana. Wajah polos wanita itu jelas menunjukkan keletihan. Dia tersenyum kecil. Perlahan-lahan tangan Rayden naik menyentuh wajah Hana. Jari-jemarinya bergerak mengusap pipi wanita itu, selepas itu beralih pula ke hidung mancung Hana dan akhirnya turun ke bibir mungil wanita itu. Lama jarinya berhenti di situ.

Entah mengapa hatinya tiba-tiba sahaja terasa sebak saat ini. Riak wajah Rayden juga turut bertukar kecewa. Kotak fikirannya mula memainkan semula memori lama yang pernah terlakar suatu ketika dahulu.

"xin gan (jantung hatiku), will you leave me one day?" soal Hana. Dia melabuhkan kepalanya pada bahu kanan lelaki itu. Lengan Rayden juga dipautnya erat. Dia mendongak sedikit kepala menatap wajah suaminya. Tumpuan Rayden pada buku panduan solat terus terhenti. Keningnya berkerut, pelik. Dia menutup buku itu sebelum mengalih pandangan memandang Hana.

"Kenapa tanya soalan macam tu? You know I hate that question, right?" soal Rayden. Bunyinya agak dingin sedikit diakhir ayat. Rayden menjeling. Dia berpaling wajah ke arah lain. Buku panduan solat itu diletakkan ke tepi. Hana mencebik bibir. Dalam masa yang sama dia menahan tawa. Entah mengapa dalam banyak-banyak reaksi wajah Rayden, dia paling suka jika lelaki itu membuat mimik muka merajuk.

"Ish, saya cuma tanya aje... janganlah marah." rungut Hana, manja. Dia menarik dagu Rayden memandang ke arahnya. Malah Rayden menepis perlahan.

"Banyak soalan lagi yang boleh tanya, kenapa perlu soalan seperti itu? Kenapa? Kau nak tinggalkan aku?" soal Rayden, dingin. Ha, mulalah tu! Kalau mood Rayden sudah bertukar seperti singa jantan, habis hilang segala romantik tahap potong kaki dia tu! Tapi apa aku kisah? Mood singa ke, anak kucing sekalipun dia tetap comel.

"Xin gan... "

"kau tahukan aku sayang kau? Buat apa aku nak tinggalkan kau? Apa gunanya aku kahwin dengan kau, kalau suatu hari nanti aku nak lepaskan kau pada orang lain? Aku tahu aku belum perfect, sebab itu perlukan kau. Kalau kau hilang, siapa nak jadi tongkat untuk aku berdiri?" ujar Rayden. Walaupun bunyinya agak tegas di situ tetapi ia tetap kedengaran sweet di telinga Hana. Hana tersenyum bahagia.

"you are so sweet..."

"Aku takkan cari perempuan lain, Hana. Kalau kau dah ditakdirkan kau berpenyakit sekalipun, aku takkan pernah jijik dengan kau sebab kau isteri aku. Hanya suami yang bodoh sahaja, akan buang isteri dia sewaktu dia memerlukan bantuan dan aku bukan tergolong dalam suami bodoh tu. Im your husband and i will always protect you." sambung Rayden lagi. Lantas ubu-ubun Hana dikucupnya lama. Sekali lagi Hana tersenyum.

"Bertuahnya saya dapat suami macam awak. Promise me ek, xin gan takkan tinggalkan bao bei? (sayang)"

Rayden mengangguk kepala.

"Of course. Siapa aje yang nak tinggalkan isteri macam kau ni? Susah payah kau ngorat aku sehingga aku jatuh cinta, takkan nak tinggalkan sahaja usaha kau tu?"

"Hana yang ngorat? Excuse me?"

"Yalah, habis siapa lagi? Kau yang suka aku, aku tak suka kau dulu."

"Elehh, yalah tu. Kalau tak suka, tak adalah awak nak kahwin dengan saya!"

"Eh, aku kahwin pun sebab kau paksa tau? Awww!" Rayden mengaduh sakit saat lengannya di cubit Hana. Dia tertawa kecil.

"Apa dia? Cakap sekali lagi?"

"Okay, fine... aku yang nak kahwin dengan kau. Puas?" Hana mengangguk laju. Lengan sasa lelaki itu dipeluknya lagi kuat. Rayden menjerit sakit. Tak lama selepas itu mereka ketawa bersama.

Tett!

Kedengaran deringan telefon menyentakkan Rayden. Dia berhenti mengelamun. Tanpa sedar kedua belah pipinya sudah dibasahi dengan air mata. Dia pantas mengesat semula air mata itu dengan belakang tangannya sebelum telefon canggih yang masih berdering dicapainya. Dia berdehem beberapa kali sebelum panggilan itu diangkat.

"Hello?"

"Ha! Jawab pun. Abang pergi mana huh? Tadi Kak Leo datang sini cari abang tahu tak? Dia serahkan baju untuk abang ke majlis fashion untuk esok. Tiket VVIP pun dia dah bagi. Abang jangan lupa pula nak ke sana!" ujar Airen di dalam talian.

Rayden mengangguk. "Okay, nanti aku balik ambil baju tu. Buat malam ni aku bermalam dekat hotel dengan Hana. Aku takut Uncle cari aku. Nanti susah pula nak kena sorok Hana lagi sekali. Err... Airen. Kalau aku minta tolong kau sesuatu boleh?"

"Minta tolong apa?" laju sahaja Airen menyoal.

"Tolong tempah tiket VVIP satu lagi untuk Hana. Pastikan tempat duduk dia sebelah aku. Boleh?"

"Tiket VVIP? Abang gila ke apa? Tiket yang abang dapat itu pun Tuan Darren bagi free tahu tak?! Kalau nak beli memang mahal! Tak payahlah bawa dia ke sana sekali, Airen kan ada, Airen boleh jaga Kak Hana."

"Tak boleh, Airen. Aku tak rasa dia selamat bila ada dengan kau. Bila-bila masa Uncle boleh datang mengejut ke rumah kita. Bolehlah, Airen... aku akan transfer duit pada kau. Kerja kau cuma tempah tiket untuk Hana sahaja." ujar Rayden dengan nada lembut. Kalau bab memujuk lembut sahaja suara! Terpaksa juga si Airen mengalah. Kuat betul aura pujukan Rayden ni.

"Yalah... Yalah... nanti Airen tolong tempat tiket untuk dia. Erm... abang sewa bilik hotel dengan Kak Hana sebab takut Uncle Chong datang ke abang nak... "

Tut!

Panggilan suara itu terus dimatikan Rayden serta mereta. Airen tersentak. Terlopong luas mulutnya memandang skrin telefonnya yang gelap. Kurang ajar punya abang! Airen mengetap bibirnya geram. Telefon canggih miliknya digenggam sekuat-kuatnya. Ish, rasa nak hempuk sahaja!

"Nak minta tolong bukan main lagi, bila tanya cepat sahaja tutup! Eleh, macamlah aku nak kacau malam dia orang. Aku pun tak inginlah! Uwekk!"

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now