38

36.9K 2.6K 416
                                    

                SEKILAS pandangan dialihkan ke arah Hana yang membisu tanpa sepatah kata. Hampir 10 minit juga mereka di dalam kereta namun wanita itu langsung tidak bersuara. Rayden mengerut pelik. Dia kembali memandang ke hadapan, fokus pada pemanduannya di jalan raya.

"Suraya cerita apa dekat kau sampai kau membisu macam ni?" soal Rayden, memulakan bicara. Dia kembali memandang Hana dalam beberapa saat. Hana masih lagi mendiamkan diri. Hanya gelengan sahaja sebagai jawapan tanda tiada apa-apa. Dia menunduk ke bawah memandang jari-jemarinya yang saling mencubit antara satu sama lain. Entah mengapa jantung ini terasa berdebar lain macam. Rasa seperti nak terkeluar sahaja organ dalaman aku ni daripada badan.

"Cakap betul-betul dengan aku, Hana. Dia cakap apa dekat kau?"

"Dia... tak cakap apa-apa."

"Betul?"

Hana mengangguk kepala. Bibir digigitnya. Yalah tu tak cakap apa-apa, padahal disebabkan idea Kak Suraya tadilah aku jadi gelisah macam ni. Menyesal aku tanya dia macam mana nak pujuk hati lelaki!

"Senang sahaja nak pujuk hati lelaki. Kau harus 24 jam berkepit dengan dia. kalau dia lari, kau kejar dia sampai dapat, kau peluk dia kuat-kuat. Kalau dia tak nak juga, kau buat-buat merajuk. Confirm! Selepas itu dia akan datang pujuk kau balik dengan cara yang paaaaling romantik plus hot gitu!"

Kata-kata Suraya tadi kembali bermain difikirannya. Pantas Hana menggeleng kepala. Kalau boleh dia mahu lupuskan sahaja tips daripada Suraya tadi serta-merta. Namun, apakan daya ia nya sukar. Rayden mengerut kening. Pelik pula dia melihat Hana yang asyik menggeleng kepala daripada tadi. Kelihatan riak wajah Hana muka bertukar resah.

Lantas sebelah tangannya menggapai tangan Hana. Hana tersentak. Dia terus menunduk ke bawah memandang sebelah tangannya yang digenggam erat oleh lelaki itu.

GULP!

Hana telan air liur. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Rayden di sebelah.

"Apasal sejuk sangat tangan kau ni?" soal Rayden. Tangan Hana diusap-usap perlahan. Lagi berderau Hana dibuatnya. Degupan jantung semakin berdegup kencang. Nafas Hana mula tidak teratur. Ya Allah, mana pergi semua kekuatan aku ni?

"Are you okay?"

Hana mengangguk laju. Padahal dalam hati dah baca jampi serapah supaya lelaki itu melepaskan tangannya. Rayden tersenyum kecil. Dia mengucup lembut tangan Hana dalam beberapa saat sebelum kembali memandang ke hadapan. Hana terus kaku seperti patung yang tidak bernyawa. Luruh habis jantungnya, rasa seperti semuanya sudah meletop!

Hana terdiam tanpa sebarang suara. Tak berani dia memandang Rayden pada saat ini.

"I always do this to my mother when she feels nervous. Don't take it serious." ujar Rayden terlebih dahulu. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Hana wak tu itu. Pantas Hana menggeleng kepala.

"Tak... Saya... saya tak kisah." laju Hana menafikannya. Dia menunduk ke bawah memandang sebelah tangannya yang masih lagi digenggam suaminya. Kedua-dua belah pipi Hana mula bertukar kemerah-merahan.

"Then? You like it?" soal Rayden. Sengaja dia ingin menyakat.

"Huh?"

"Kau kata tak kisah, maknanya... kau memang naklah kan aku buat macam tu tadi?"

"Eh, ma... mana ada. Saya cakap tak kisah sebab awak suami saya. Jadi kalau awak nak buat apa yang awak nak, itu semuanya terpulang pada awak sebab saya milik awak sekarang. So, saya tak kisah... " ujar Hana. Menerangkan maksudnya yang sebenar. Takut pula jika lelaki itu salah faham. Hembusan nafas kecil dihelanya perlahan. Fuh! Gementar!

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum