46

36.6K 2.9K 401
                                    

                        LEO melangkah masuk ke dalam syarikat korporatnya. Cermin mata hitam ditarik ke atas. Sesekali dia membetulkan beg tangan mahalnya daripada terjatuh ke bawah. Pekerja-pekerja tak kira lelaki atau pun wanita yang bertentangan jalan dengannya pasti akan menunduk hormat. Namun, Leo hanya buat-buat tak tahu sahaja. Dia memang tidak mesra bersama pekerja sendiri.

Pintu bilik pejabatnya dibuka. Riak wajah Leo bertukar terkejut apabila melihat seseorang duduk di tempat meja kerjanya.

"You buat apa dekat sini?" soal Leo, dingin. Kwan tersenyum. Dia memusingkan kerusi itu menghadap Leo yang masih lagi tercegat di pintu. Dia bangun lantas mengatur beberapa tapak mendekati Leo. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar.

"Saja. Wa rindu lu, Leo."

"Kwan... I tak ada masa nak layan cinta monyet you. Ini syarikat I dan I tak pernah alu-alukan kedatangan you ke sini! Keluar!" bentak Leo. Jari terlunjuknya menunding ke arah pintu keluar yang masih lagi terbuka luas. Kwan mengekek ketawa melihat wajah cemberut Leo. Dia menggeleng kepala. Entah apalah kesalahan yang dia telah lakukan sampai wanita cina ini sukar untuk menerima dirinya. Nak dibandingkan aku dengan Rayden, aku memang tak sekuat dia tapi aku lebih cekap daripada mamat tu!

"Leo... Wa tak tahu kenapa lu bencikan wa sangat-sangat sedangkan niat wa memang baik. Boleh tak kalau sehari lu bagi wa masa untuk jumpa dengan lu?"

Leo menjeling. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh. Dia berpaling memandang ke arah lain. Menyampah betul lihat muka si Kwan ini. Kalau boleh sehari pun dia tidak mahu berjumpa dengan dia. Elok aku mahu memulakan kerja dengan senang, terus mood hilang.

"Wa ada benda penting nak bagitahu fasal Rayden." ujar Kwan.

Leo mengeluh kecil. Anak mata dijulingkan ke atas. "Kwan, tolonglah... "

"Dia jumpa bekas isteri dia semula. " cantas Kwan laju. Ada senyuman sinis dibibirnya. Sejak perangai lelaki itu berubah dia sudah dapat menghidu sesuatu yang kurang enak. Tak sangka, lelaki yang disanjung tinggi oleh Uncle Kwan dan Leo boleh menyembunyikan sesuatu yang mereka perlu tahu. Lelaki seperti Rayden memang tak guna. Sanggup berpaling daripada keluarga sendiri gara-gara seorang wanita sahaja.

"You merepek apa ni, Kwan? You jangan sampai I suruh guard halau you keluar daripada sini!"

"Wa langsung tak kisah kalau lu nak halau wa, Leo. Wa bagitahu sebab wa cintakan lu. Wa tak nak lu sakit tunggu orang yang tikam belakang keluarga sendiri! Tengok!" surat khabar dicampakkan ke atas meja kerja. Leo tergamam sejenak saat memerhatikan muka hadapan surat khabar yang memaparkan gambar Rayden sedang memeluk seorang wanita bertudung dan wajah itu... wajah itu memang dia kenal. Hancur hatinya sekarang seolah-olah ditikam buat kali kedua.

Leo menelan air liur.

Dia menggeleng kepala. Sukar dia untuk percaya apa yang ditunjukkan sebentar tadi. Tak! Rayden tak mungkin kembali kepada isteri lama dia. Perempuan tu dah banyak rosakkan hidup Rayden.

"Mungkin itu perempuan lain... "

"Perempuan lain apa lagi, Leo? Wa belum tua lagi untuk lupa muka perempuan tak guna tu. Disebabkan perempuan ni juga, Rayden tinggalkan lu... dan nampaknya sekarang dia akan tinggalkan lu buat kali kedua."

"No! I kenal Rayden! Dia takkan sesekali kembali pada orang yang dah buat hati dia hancur, Kwan! Rayden tu belum bodoh lagi untuk bagi peluang pada perempuan tak guna tu! Lagipun, Rayden yang sekarang mana ada sama seperti dulu. Dia dah tak suka dekat dengan perempuan! You just nak rosakkan pemikiran I kan, Kwan?"

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now