41

34.9K 2.6K 276
                                    

                          GINCU berwarna merah disapu pada bibir mungil Hana buat kali terakhir. Setelah siap, dia membetulkan sedikit selendang hitam yang dipakai Hana untuk memastikan ia kelihatan kemas dan cantik. Jurusolek itu tersenyum lebar. Dia memusingkan kerusi Hana menghadap cermin solek berlampu di belakang wanita itu.

Hana tergamam sejenak. Dia kaku melihat diri sendiri di dalam cermin. Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh kulit muka yang telah siap disolek. Macam tak percaya sahaja ini muka aku.

"Cantikkan?" soal jurusolek itu. Hana mengangguk laju. Dia tersenyum gembira.

"Macam mana? Dah siap ke?" Bainon mencelah. Dia berjalan menuju ke arah mereka berdua dengan membawa dua botol air mineral lalu diletakkan ke atas meja. Jurusolek itu mengangguk kepala. Terlopong mulut Bainon saat melihat wajah Hana yang kini lebih berseri dengan mengenakan solekan. Kedua-dua belah tangannya menekup mulut.

"You look so beautiful sister. Oh my gosh... "puji Bainon.

"Kan? Muka kakak you ni dah memang cantik, so I tak perlu nak guna make-up tebal-tebal sangat. Memang sesuai jadi model. Apa kata you kerja dengan kita orang aje? Lagipun Tuan Darren tu memang tengah cari pengganti model dia. Kalau you minta kerja confirm diterima, silap-silap bukan kerja sahaja yang you dapat malah tawaran jadi isteri pun termasuk package sekali." ujar jurusolek itu. Dia ketawa kecil, sambil lengan Hana ditamparnya perlahan. Hana hanya mampu tersengih. Tak tahu nak balas apa. Bainon pula sudah menggeleng kepala.

"Kau ni Jannah... kakak aku dah kahwinlah. Memang tidaklah Tuan Darren nak pikat sebab suami kakak aku tu kawan dia." ujar Bainon, menggelarkan wanita yang bekerja sebagai jurusolek itu adalah Jannah. Jannah berhenti ketawa. Dia terpenpam sejenak. Matanya berkedip memandang Bainon dan Hana silih berganti.

"Dah kahwin? Dengan kawan Tuan Darren? Tak silap aku kawan Tuan Darren yang paling rapat sekali... ermm... siapa ek nama dia? Aha! Rayden Lee Hwan! Yang selalu duduk dekat tempat VVIP tu, kan?"

Bainon mengangguk.  Jannah terkejut, sebelah tangannya menyentuh dada. Tak sangka tekaannya betul.

"You kahwin dengan mamat hot tu?! I baru ingat nak ngorat dia hari ni. But it's okay, Sekurang-kurangnya I masih ada Tuan Darren. Bila you berkahwin dengan dia?"

"Err... semalam."

"What?!" Lagi terkejut Jannah mendengarnya.

"Kiranya... pengantin barulah ni? Sempatlah I ucapkan selamat pengantin baru pada you. Semoga rumahtangga you and husband bahagia sampai ke anak cucu sebab yalah... zaman sekarang ni tak semua orang dapat kekalkan kebahagian dalam rumahtangga. Kadang-kadang salah diri sendiri juga tak pandai pilih bakal suami. Betul kata orang tua-tua, perempuan yang paling malang adalah yang dapat suami tak pandai bertanggungjawab. Sampaikan I ada tengok berita semalam, suami dia sanggup jual isteri dengan anak dia dekat tempat pelacuran. Bodoh betul mamat tu kan?" ujar Jannah, sempat lagi dia membuka topik tentang berita yang dilihatnya semalam di kaca televisyen. Bila teringatkan semula, rasa berderau sahaja darah ini dengan suami si mangsa itu. Ergh!

Hana terdiam tanpa sepatah kata. Riak wajahnya mula bertukar resah. Dia menunduk kepala ke bawah. Entah mengapa hatinya terasa seperti tertusuk dengan kata-kata Jannah. Pedih!

"Bukan suami dia sahaja yang bodoh, isteri dia tu pun sama! Dah tahu suami tu kaki judi, kaki duit kenapa tak buat report polis ke? Minta cerai ke? Ini boleh pula dia teruskan hidup dengan suami yang perangai syaitan macam tu!" sambung Jannah lagi.

"Ish, kau ni Jannah! Tak baiklah cakap macam tu. Kita tak ada dekat tempat dia orang, mana kita tahu perasaan dia orang macam mana waktu tu? Terdesak ke? Kena ugut ke? Yang kita tahu cuma nak kecam mereka. Kalau dia orang buat report polis, minta surat cerai daripada mahkamah kau ingat masih selamat ke huh? Belum tentu lelaki tu akan seratus peratus lepaskan perempuan tu tahu tak?"

Jannah mencebik bibir. "Aku cakap aje janganlah marah... "

"Bukan marah just nasihat. Sudahlah, jom kak kita pergi belakang pentas. Rasanya nak start dah majlis tu." ajak Bainon. Hana mengangguk kepala. Dia lantas bangun daripada kerusi. Kain yang terseret di atas lantai diangkatnya sedikit takut terpijak semasa berjalan. Tak sampai beberapa langkah, dia terhenti saat jalannya dihalang oleh seorang wanita berpakaian gaun emas yang terbelah kainnya disebelah kaki kiri sehingga menampakkan betis. Hana tergamam sejenak.

Rose tersenyum sinis. Kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh. "Look at this... tak sangka pelacur jalanan boleh jadi model untuk catwalk?"

"Hei, kau siapa tiba-tiba nak cakap kakak aku macam tu?" cantas Bainon, tidak puas hati. Dia mencerlung tajam ke arah Rose. Malah Rose hanya berdecik. Dia menggeleng kepala.

"Macam mana bos you boleh ambil orang macam ni jadi model? Ke... kakak you ada pakai benda-benda kurafat? Yalah, mula-mula dapat suami kaya selepas tu... jadi model untuk catwalk pula. Macam ada sesuatu yang tak kenalah." sinis Rose.

"Yang tak kena itu kau, bukan dia. Kau ni memang suka cari fasalkan? Tahulah model kita orang ni lagi cantik daripada kau!" celah Jannah. Dia turut membela Hana.

"Cantik? Celah mana cantik tu? Nak kata daripada segi tubuh dia rasanya... banyak 'bekas' lelaki sentuh sahaja?" sindir Rose. Dia memandang Hana daripada atas hingga ke bawah dengan pandangan mengejek. Hana terdiam. Bainon mengetap bibirnya geram. Menyirap pula dia mendengar sindiran daripada mulut lancang wanita itu. Rasa nak koyak-koyakkan sahaja!

"Hei, kau ni memang... "

"Maaf. Majlis dah nak mula. Para model sila ikut saya untuk susun tempat." celah petugas belakang pentas itu terus mematikan bicara Bainon. Rose tersenyum menang. Dia menjuling anak mata ke atas sebelum berjalan masuk ke atas pentas dan berdiri disebelah model yang lain.

"Akak pergi dulu ya Bainon." pamit Hana. Lantas mengatur langkah pergi daripada situ.

"Ish, geram betul aku dengan si Rose tu! Dia ingat dia siapa nak ejek kakak kau macam tu? Dah lah make up tebal! Sekali kena tampar, habis jerebu satu Malaysia!" sinis Jannah, tidak puas hati.

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now