24

38.4K 2.9K 543
                                    

                  TANGAN Rayden ditepis Hana. Rasa nak pengsan sekejap tadi. Ada ke patut dia letak stokin dekat mulut aku? Entah ke berapa tahun stokin tu dalam almari ni pun dia main tekup sahaja di mulut aku! Nasib aku tepis, kalau aku tahan alamatnya arwah aku hari ni. Lipas tu pun satu, waktu-waktu cemas begini jugalah pergi masuk baju!

"Apa awak ni? Busuklah!" herdik Hana, separuh berbisik.

"Habis? Kau nak aku cium kau, huh? Kau ingat kau seorang sahaja pelacur yang ada harga, aku pun ada hargalah. Kalau nak, bayar!" protes Rayden. Dia menggeleng kepala. Perasan yang aku nak cium dia. Aku pun tahulah mana baik mana buruk. Hana merengus geram. Dia memeluk tubuh sementara berada di dalam almari. Panas juga dekat dalam ni. Kolar baju dikibas-kibasnya.

"Mana Rayden?" suara Uncle Chong mula kedengaran. Pantas Rayden mengenggam tangan Hana yang mengibas baju. Dia takut perbuatan itu bakal mengantoikan mereka berdua di dalam almari. Jari terlunjuk dilekapkan pada bibir. Membuat isyarat untuk mendiamkan diri. Dia mengecilkan sedikit mata, mengintai di sebalik lubang kecil yang telah digigit tikus.

Ada Kwan dan Uncle Chong bersama anak-anak buah. Kenapa mereka datang ke sini secara tiba-tiba? Takkan Uncle dah tahu aku bawa Hana ke rumah?

"Err... Abang Rayden tak ada. Dia baru aje keluar tadi jumpa kawan." ujar Airen, berbohong. Bibir digigit menahan rasa ketakutan. Kedua belah terlapak tangannya sudah berpeluh. Harap-harap sangat Uncle percaya.

"Jumpa kawan atau jumpa teman perempuan? Hmm?" soal Kwan. Mata dikecilkan memandang Airen. Dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seperti... disembunyikan?

Airen sudah cuak. Dia tersengih menampakkan gigi saat Kwan mula menapak kaki ke arahnya. Air liur dipaksa telan. Gemuruh betul rasa!

"Cakap betul-betul dengan wa, Airen. Mana abang lu?" soal Kwan, serius. Anak mata tajam itu menikam tepat ke mata Airen dengan membawa maksud amaran. Lulut Airen sudah goyang. Dia buat-buat ketawa cuba untuk meredakan ketakutan sendiri. Sekilas dia menoleh ke belakang memandang bilik stor yang berada di hujung. Nampaknya mereka masih berada di situ. Kurang ajar punya abang! Aku juga yang nak kena tanggung semua ni. Kata nak bertanggubgjawab konon. Pigidah!

"Be... Betullah. Buat apa Ai nak tipu Kwan. Lu sendiri boleh tahu lei dia selalu keluar waktu lewat malam macam ni. Takkan wa mau tipu lu, Kwan."

"Dia keluar ke mana?"

Ah, sudah!
Lagi satu soalan yang aku tak tahu nak jawab apa. Airen menggaru keningnya sekejap. Wahai idea cepatlah muncul!

"Err... dia pergi... pergi..."

"Assalamualaikum!" kedengaran serentak suara itu memberi salam. Kening Airen berkerut pelik. Anak siapa pandai sangat bagi salam dekat rumah orang bukan islam ni? Airen menepuk dahi. Azim dan Kazam melangkah masuk ke dalam rumah tanpa sebarang keizinan. Mereka menayang senyuman lebar pada Kwan dan Uncle Chong.

"Lama betul tak jumpa Kwan dengan Uncle, buat apa dekat sini? Ada sambut hari jadi ke?" soal Azim. Kwan dan Uncle Chong dipandang silih berganti. Kwan menjeling. Salah satu anak buah yang paling malas aku nak hadap! Tak sangka hidup lagi budak dua ekor ni.

"Hei, lu tak ada kena mengena dalam hal ni. Yang lu bagi salam dekat sini kenapa? Apa lu ingat ini masjid ke?"

"Astaghfirullah hal azim, assalamualaikum tu maksudnya selamat sejahtera ke atas kamu wahai kawan. Apa salahnya? Kami cuma doakan kesejahteraan pada keluarga ni."

"Betul!" ucap Kazam, menyokong.

"Tulah, dah tua-tua pun bodoh lagi. Lain kali ikut kita orang cuci tangan. Tak adalah bengap sangat. Bagi salam aje masjid, bagi salam aje untuk orang islam. Ish. Ish. Ish... " sindir Azim, selamba. Menyirap sahaja Kwan mendengarnya. Kedua belah tangan dikepal-kepal, geram. Rasa seperti nak tumbuk sahaja muka si Azim ni! Tetapi dia sabar. Kalau mereka dipukul sekali pun tak mungkin perangai mereka akan berubah. Malah, makin bertambah sikap bengap!

"Kau orang buat apa dekat sini sebenarnya?" Airen mencelah.

"Kita orang nak bagi makanan. Tadi bos ada buat majlis kecil-kecilan sempena anak dia orang. Ada makanan lebih, jadi dia suruh hantar ke sini." ujar Kazam. Dia menghulurkan mangkuk tingkat berisi lauk-pauk lebihan di majlis tadi. Lambat-lambat Airen mencapainya. Dalam detik cemas macam ini pun mereka boleh sedekah makanan lagi. Tak apalah, janji aku selamat daripada menjawab soalan Kwan tadi.

Uncle Chong mengeluh. Dia memandang sekeliling. Mungkin betul Rayden tiada di rumah. Kelibat batang hidung anak saudaranya itu langsung tidak muncul-muncul. Dia menggeleng kepala.

"Sudahlah, Kwan. Aku nak balik."

"Tapi Uncle... "

"Cukup! Aku tahu Rayden seorang yang macam mana? Aku yang besarkan dia dengan titik peluh aku! Kau sahaja yang cemburu dengan dia sebab dia lebih hebat daripada kau! Selepas ni, kalau kau tuduh Rayden bukan-bukan lagi aku akan keluarkan kau daripada ahli kongsi gelap aku. Kau tak layak pegang jawatan lebih tinggi!" bentak Uncle Chong, geram. Tongkat dihentaknya kuat ke lantai. Dia terus melangkah keluar daripada rumah itu dengan dipapah oleh beberapa pengawal bersuit hitam yang berada di kiri dan kanannya.

Kwan mengetap bibir. Dia merengus geram saat kelibat Uncle Chong menghilang daripada anak mata kasarnya. Dia pasti dan yakin ada sesuatu yang pelik berada di dalam rumah ini. Tak mengapa, kali ini Mungkin terlepas tapi bukan hari-hari yang akan datang! Jelingan tajam dicerlung ke arah Airen.

"Wa tahu Lu ada sorokkan sesuatu dari wa dan wa sendiri akan cuba untuk bongkarkan benda tu. Ingat, kalau Rayden timbulkan masalah. Lu pun wa akan heret masuk jadi kambing hitam! Faham?! " bentak Kwan, memberi amaran.

"Sedap tu kambing hitam. Kambing bakar, kan?" sampuk Azim. Kwan menjeling. Malas dia hendak melayan. Dia menggeleng kepala lantas melangkah pergi daripada kawasan rumah itu. Airen menghela nafas lega. Dada diurutnya perlahan. Nasib baik...

"terima kasih Azim, Kazam. Kalau kau orang tak ada tadi, aku tak tahu nak jawab apa pada Kwan dan Uncle Chong. Mujur kau orang muncul."

"Tak mengapalah, Airen. Untuk Airen ikan jerung pun kita orang sanggup hadap."

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now