8

46.6K 2.7K 273
                                    

DUIT kertas bernilai seringgit dimasukkan ke dalam bakul biru yang ditadah oleh perempuan tua berpakaian lusuh dihadapan bank. Rasa simpati terhadap kehidupan orang tua yang susah, pasti ada beberapa orang yang bakal mendermakan sedikit wang mereka padanya. Lagi-lagi apabila duduk dihadapan bank, memang tiada alasan jika tiada duit untuk didermakan walaupun sekeping duit syiling bernilai sepuluh sen.

Anak mata Puan Bariah ditebarkan kearah sekeliling kawasan. Tiada orang. Di dalam bank pun sudah kelihatan kosong. Dia lantas menarik topeng mulut yang dipakainya ke bawah dagu. Beberapa duit seringgit didalam bakul biru itu dikiranya. Lima puluh ringgit. Puan Bariah menjuling anak matanya keatas. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.

"Lima puluh ringgit aje? Dia orang ni memang miskin sangat ke bagi aku seringgit? Dasar kedekut tahi hidung masin! Kalau dah tahu tak ada duit, tak payah derma! Setakat duit lima puluh ringgit mana cukup aku nak shopping!" bebelnya separuh berbisik. Dia menggulung semua duit seringgit itu lalu dimasukkan ke dalam bajunya. Bakul biru tadi dipastikan kosong semula supaya ada yang bakal menderma lagi. Kalau banyak duit dalam tu Sah-sah orang tak nak bagi duit.

Baju lusuh yang dipakainya dikibas-kibas, kepanasan. Dia mendongak sekilas memandang keatas langit yang jelas terang menerang cahaya mataharinya. Fuh! Panas betul cuaca hari ini.

"Bariah!" seru Tuan Norman. Dia terus berpaling ke arah suaminya yang sedang melintasi jalan raya. Puan Bariah menjeling. Dia mengalihkan tubuhnya ke lain, tidak ingin memandang wajah Tuan Norman. Ini tak lain tak bukan mesti nak duit!

"Kau nak apa lagi?" soal Puan Bariah, dingin. Dia langsung tidak memusing memandang orang tua itu. Tuan Norman tersengih menampakkan giginya. Dia duduk mencangkum diatas tanah.

"Berapa kau dapat hari ni?"

"Lima puluh ringgit aje."

"Ha, bagus. Kalau macam tu kau bagi aku lima puluh ringgit tu. Aku nak lawan kad malam ni." rungut Tuan Norman. Puan Bariah mengeluh kecil. Dia menjuling anak matanya keatas. Tak padan dengan tua asyik nak lawan kad sahaja! Kalau menang tak apalah juga, ini asyik kalah sahaja memanjang!

"Kau ni memang tak reti nak serikkan? Aku nak guna duit ni untuk shopping. Kawan-kawan aku semua tunjuk yang diaorang tu ada beg baru, jadi aku nak beli beg juga! Nak harapkan kau beli, jangan haraplah... duit aku juga yang cari daripada muda lagi!"

"Alaa, kau ni Bariah... kejap lagi mesti ada orang derma lagi punya. Bagi ajelah lima puluh ringgit tu."

"Banyak tua muka kau?! Kau kalau nak duit sangat mintak dekat anak kau si Ziat tu! Dia itukan kaya, takkan tak boleh kongsi duit dengan bapak sendiri?"

"Aku tak nak menyusahkan Ziat, itu duit titik peluh dia... "

"Habis ini bukan titik peluh aku huh? Takda! Takda! Kalau kau nak duit juga kau minta pada Ziat. Tak pun kau minta nak pinjam Hana hari ni, lepastu kau juallah pada mana-mana lelaki berapa ringgit yang kau nak. Sudahlah, aku nak pergi cari tempat lain pula. Jangan ikut aku!" herdik Puan Bariah. Dia terus bangun daripada situ mengangkat kotak lama dan bakul biru itu pergi daripada kawasan bank. Tuan Norman mengeluh kecil. Dia meraut wajah buat seketika. Dompet kulit dibukanya, kosong tiada satu sen pun. Nak tak nak dia terpaksa pinjam isteri Ziat malam ini. Agak-agak Ziat bagi ke tak ek? Aku bapak dia, tak mungkin dia tak bagi.








TIGA batang dupa dicapainya. Dia duduk melutut dihadapan altar gambar seorang dewa. Entah mengapa dia terasa perbuatannya seolah-olah kaku. Lidahnya juga seperti berat untuk diangkat mengucapkan doa kepercayaan bagi agamanya. Malah tiga batang dupa itu sudah bernyala mengeluarkan asap kecil berbau harum. Dia harus membaca doa sebelum asap itu habis tetapi mulutnya terasa dikunci.

Kedengaran tayar kerusi roda berpusing jelas kearahnya. Uncle Chong mengangkat sebelah tangan kanan, mengarahkan pengawal dibelakangnya itu untuk berhenti menolak kerusi roda. Dia tersenyum sinis memandang Rayden yang masih duduk melutut dihadapan altar. Batang dupa yang digenggam itu juga sudah semakin pendek.

"Kau dah kenapa huh?" soal Uncle Chong bernada serius. Dia tidak pernah lagi melihat Rayden menjadi keras seperti patung dihadapan altar itu. Malah Rayden hanya mampu membalasnya dengan gelengan. Dia pun tidak tahu apa sebenarnya yang jadi. Seluruh tubuhnya terasa seperti dikawal sesuatu.

"Tak ada apa-apa uncle. Aku nak keluar kejap cari angin." ujar Rayden. Dia meletakkan semula dupa itu ke dalam bekas merah bercorak naga sebelum bangun melangkah pergi meninggalkan altar itu.

"Cari angin atau cari Tuhan baru?" soal Uncle Chong secara tiba-tiba menghentikan langkah Rayden dipintu keluar. Terkulat-kulat Rayden mencari jawapan. Entah mengapa tangannya terketar-ketar sekarang. Lantas dia mengenggam tangannya sekuat yang mungkin cuba untuk menghentikan getaran itu.

"Ingat Ray... Uncle bela kau daripada kau kecil lagi dan aku nak satukan kau dengan Leo. Jangan pandai-pandai kau tukar agama! Leo tu pegang agama budha, jadi kau pun kena pegang agama budha!" bidas uncle Chong.

"Tolong jangan kecewakan aku... "

"Aku takkan kecewakan kau, jangan risau." cantas Rayden, laju. Uncle Chong tersenyum sinis.

"Baik. Aku percayakan kau. Tapi kalau kau berpaling daripada kongsi gelap ini dan agama... aku akan arahkan Kwan untuk lupuskan kau daripada bumi ni." ugut Uncle Chong memberi amaran yang jelas pada lelaki itu. Entah Rayden dengar ataupun tidak. Dia tidak pernah sesama sekali bermain dengan ugutan. Kalau itu yang dia kata, maka itulah yang bakal terjadi.

"Baik Uncle. Zàijiàn." ucap Rayden, meminta diri untuk pergi daripada situ. Kasut sport hitam disarungkan ke kakinya sebelum melangkah ke arah kereta BMW yang terparkir dihalaman rumah mereka. Uncle Chong tersenyum menyenget.

"Zhùyì tā xiǎng qù dì dìfāng." arah Uncle Chong, menyuruh pengawal itu untuk mengarahkan budak-budak surahannya memerhatikan gerak geri lelaki itu dalam senyap. Pengawal itu mengangguk kepala tanda dia menuruti arahan.

"Xíng," balasnya. Dia menunduk hormat sebelum melangkah pergi kearah ruang tamu.

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now