7

47.4K 2.9K 404
                                    

                     DULANG berisi tiga gelas air oren diletakkan diatas meja lalu dia melabuh punggung disebelah Azim. Satu gelas air oren ditolak ke arah Rayden. Rayden tidak berkata apa-apa, dia terus mencapai gelas itu lalu meneguknya. Berlapis dahinya berkerut-kerut saat deria rasanya mengesan rasa masam.

PURGHH!

terhinjut bahu Azim dan Kazam dibuatnya terkejut apabila Rayden tiba-tiba sahaja menyembur air itu ke tepi. Gelas air oren itu dihentaknya keatas meja. Pantas dia mencapai tisu yang tidak jauh daripada situ lalu mengelap bibirnya yang basah. Kazam mula tidak keruan. Dia memandang Azim dalam beberapa detik dan menoleh memandang Rayden pula. Aku salah letak gula ke?

"Kau buat air apa ni? Masam sangat!"

"Masam sangat ke? Ak... Aku tak letak benda lain pun. Aku cuma letak perisa oren dengan..." kata-kata Kazam terjeda disitu. Dia cuba teringatkan balik bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam air itu. Alamak! Kazam menggigit jari jemarinya. Dia baru teringat air gula yang dimasukkan tadi rupa-rupanya tertukar dengan cuka. Alahai, macam mana boleh tertukar ni? Itulah... Warna sama lagi!

"Dengan apa?" soal Rayden, dia masih lagi menantikan sambungan daripada Kazam. Malah lelaki itu hanya tersengih menampakkan gigi. Sebelah tangannya naik menggosok belakang kepalanya.

"Cuka... "

"Cuka?!" Rayden terkejut. Terbeliak biji matanya memandang Kazam. Kalau begini punya cuai, macam manalah boleh jadi pekerja restaurant? Haih, Shark pun satu... baik sangat dengan anak buah sewel dia ni! Rayden menggeleng kepala. Dia menolak air oren itu jauh daripadanya. Dia membuka jaket hoodie yang dipakai, lalu disangkut pada kerusi disebelah kiri.

Berkerut kening Azim saat dia melihat ada kesan luka dibahagian lengan kanan lelaki itu. Nampak macam baru lagi sahaja...

"Kau bergaduh dengan kongsi gelap mana?" soal Azim, anak matanya terus beralih memandang wajah Rayden dengan tanda tanya. Malah lelaki itu hanya tersenyum sinis. Jam rolex dibahagian pergelangan tangannya dibetulkan sedikit. Azim dan Kazam berpandangan sejenak. Tidak pasti maksud senyuman yang dilemparkan kearah mereka.

Seram sejuk pun ada!

"Bukan gaduh... tapi bunuh." jawab Rayden, selamba dengan muka bersahaja. Sedikit pun tiada riak takut ataupun curiga. Lagipun, kawasan restaurant ini sudah kosong. Tiada siapa yang bakal membocorkan rahsia ini pada pihak polis. Azim dan Kazam sudah telan air liur. Terus mereka melarikan anak mata ke lain, tidak berani ingin bertentangan mata dengan lelaki bermata garang itu. Kalau dipandang seolah-olah ada petanda burung hantu bakal menganggu kehidupan mereka.

"Kau... Kau datang sini nak tanya fasal apa?" soal Azim, gugup. Terus dia mengubah topik perbualan mereka. Rayden mengangguk kepala. Dia pun hampir lupa dia datang ke sini untuk bertanya sesuatu. Kerusi yang didudukinya digenjakkan sedikit ke hadapan.

"Aku nak tanya fasal... tanggungjawab suami."

"Tanggungjawab suami?" serentak Azim dan Kazam mengalihkan pandangan mereka ke arah Rayden semula. Berlapis-lapis dahi mereka memandang lelaki itu. Rayden pula hanya mengangguk perlahan. Kepala ditundukkan ke bawah. Jelas sekali wajahnya bertukar kemerahan saat bertanya tentang soalan itu. Dia pun sebenarnya malu, tetapi perasaan ingin tahu yang membuatkan dia tetap bertanya.

"Ooo... kau dah nak kawin ya?" Azim cuba meneka. Kalau dah tanya fasal tanggungjawab suami tak lain tak bukan pasti hendak mendirikan rumah tangga. Tak sangka betul seganas-ganas hati lelaki dihadapannya ini mempunyi perasaan cinta dan sayang. Ingatkan dah lama mati...

"Bila masa aku nak kawin? Aku tanya sebab... "

"Eleh, malu-malu kucing pula dia. Apa salahnya kalau kau dah jatuh cinta sekalipun? Mendirikan masjid itukan bagus? Betul tak, Zim?" ujar Kazam, Azim mengangguk laju tanda dia menyokong. Lebih baik berkahwin daripada terus berhubungan tanpa hala tuju. Karang kalau  asyik I love you, you love me, I mengandung, you lari kan susah?

"Kau orang merepek apa ni? Aku tak ada masalah nak jatuh cinta! Aku nak tanya sebab..."

"Eleh, tak ada masa konon. Kita orang tengok muka kau pun dah tahulah. Bab-bab cinta mencintai ni kita orang memang A tau? Atau... kau sebenarnya baru nak belajar cintakan perempuan tu?"

"Cintakan perempuan mana? Aku tak nak tahu punlah fasal benda tu, yang aku nak tahu sekarang ni tanggungjawab suami bagi orang islam macam kau orang!"

"Alahai, tak nak mengaku pula. Malu-malu Raysha pula si Rayden ni... " sindir Azim. Mereka ketawa. Rayden mengeluh kecil. Tangannya naik menepuk dahi. Inilah sebab dia malas nak bertanya pada dua ekor ikan nemo ini, lain yang ditanya lain yang dijawab!

"Cinta tu bukannya susah pun. Nak pikat perempuan ni memang senang sangat Ray. Kau dah ada rupa, lagi on lah jawabnya." ujar Azim.

"Tapi..."

"Senang cerita cinta tu boleh diumpakan seperti seekor kumbang yang ingin menghinggap pada sekuntum bunga." cantas Kazam pula.  Azim menggeleng kepala tidak setuju. Dia tidak rasa cinta itu boleh diumpakan pada kumbang dan bunga. Jari terlunjuk digoyangnya sambil kepala digelengkan serentak.

"Habis? Cinta tu macam mana?" soal Kazam, dia mengalihkan pandangannya ke arah Azim. Azim tersenyum sinis. Ibu jari dipetiknya kasar. Dia mengetuk meja dihadapannya seperti gegendang yang mengeluarkan irama. Rayden sudah menggeleng kepala. Dia menepuk dahinya sekali lagi. Ya Tuhan... Kenapalah aku setuju nak tanya pada dua orang gila ni? Nak tak nak, kenalah layan juga.

"Cinta itu... boleh diumpakan bagai makan sambal belacan. Walau pedas hingga mengalir air mata, masih mau dimakan jua..." ujar Azim, menyanyikan lagu Cinta itu daripada Alleycats.

"Oh lagu tu? Aku sambung!  Cinta jangan dibuat macam goreng pisang, sungguh enak bila makan panas-panas, bila ia sejuk, jadi kurang enak..."

"Diamlah!" bentak Rayden, geram. Suaranya mula meninggi. Sepasang mata garangnya dicerlung kearah Azim dan Kazam. Kedua belah tangannya menghentak meja dengan kuat sehingga gelas-gelas diatas meja itu bergoyang hendak jatuh. Spontan dia terbangun daripada kerusi. Azim dan Kazam terdiam sekelip mata. Berkedip mata mereka memandang Rayden yang bertukar menjadi harimau bintang.

"Aku bukan nak tanya fasal cinta! Aku nak tanya fasal tanggungjawab suami! Sekarang ni... aku nak kauorang jawab soalan aku betul-betul. Isteri perlu ikut cakap suami sepenuhnya ke? Jawab! Kalau kau orang main-main dengan soalan aku, aku tak teragak-agak nak belah kepala kauorang keluarkan otak sewel kau orang berdua tu!" herdik Rayden, tegas.

Azim dan Kazam menelan air liur. Mereka menggeleng kepala sebagai jawapan. Tak berani untuk mengeluarkan sebarang suara sekarang. Rayden mengangguk faham.

"Jadi maknanya aku betul, perempuan tu yang salah. Kan?!"

Azim dan Kazam mengangguk laju. Mengiyakan sahaja apa yang Rayden katakan, walaupun mereka tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Rayden tersenyum menang. Jaket hoodie yang disangkut pada kerusi dicapainya lalu disarung semula ke tubuh. Dia terus melangkah pergi daripada situ tanpa berkata apa-apa. Azim dan Kazam pula masih tercengang dikerusi.

"Tandas kat mana, Zam?"



Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon