30

40.1K 2.9K 331
                                    

                     “KAU ni malam-malam jugalah teringin nak makan satay kambing. Tak boleh ke usu lusa sahaja?" bebel Kazam. Dia menggeleng kepala. Mentang-mentang gaji baru masuk, si Azim laju sahaja ajak keluar makan. Kalau guna duit sendiri tak apalah juga, ini duit daripada hasil poket aku juga dikebasnya.

Azim menyengih gigi. "Alaa... bukannya selalu kita dapat keluar malam macam ni. Kau kan abang aku, kenalah layan adik kau elok-elok."

"Adik tak adik... kali ini sahaja aku belanja kau, tahu tak? Esok kau belanja aku pula! Faham?"

Azim hanya mengangguk sahaja sambil Anak matanya melilau memandang kawasan sekeliling tempat itu. Kedai-kedai yang dibina disepanjang jalan mereka kebanyakannya sudah tutup. Tetapi masih ramai lagi manusia yang berkeliaran di sini Semata-mata hendak menjamah satay di warung Cek Yah yang berada 1 kilometer sahaja daripada tempat mereka berjalan. Malas nak naik kereta, lagipun kedai Shushi milik Shark dan warung Cek Yah tidaklah jauh mana. Membazir minyak sahaja kalau mereka gunakan kereta. Sesekali bersenam dengan berjalan kaki diwaktu malam apa salahnya kan?

"Hei, lu ni mabuk ek? Keluarlah!" bentak suara wanita cina itu, kuat. Dia menolak tubuh tegap lelaki itu dengan menggunakan batang besi penarik gril. Terhuyung-hayang lelaki itu cuba untuk mengimbangi dirinya daripada jatuh terjelepok ke atas tanah. Dia tetap menggeleng kepala. Sekali lagi dia cuba untuk masuk ke dalam kedai itu.

"Haish, lu ni tak faham bahasa ke? Jangan masuklah! Nanti habis busuk kedai wa maa! Pergi!" herdik wanita itu, menghalau. Dia menolak lagi dada lelaki itu sehingga terenjak ke belakang.

Azim dan Kazam spontan menghentikan langkah mereka. Mereka mengecilkan sedikit mata cuba untuk melihat dengan lebih fokus wajah lelaki itu daripada jauh. Mata Azim dan Kazam membutang terkejut. Mereka memandang sesama sendiri.

"Rayden?" serentak mereka menyebut nama itu. Lekas mereka mengatur langkah laju ke arah kedai baju yang berada di sebelah kanan. Daripada jauh lagi mereka sudah dapat menghidu bau busuk arak. Segera lengan lelaki itu ditarik ke belakang saat dia cuba untuk mendekati wanita cina pemilik permis itu.

Tubuh Rayden terasa berat. Wajah lelaki itu jugak bertukar kemerahan-merahan pucat. Nampak sangat dia sedang mabuk sekarang. Kata dah berubah? Takkan masih minum arak lagi? Pasti dia sedang tertekan. Rayden kalau dah tertekan pasti akan ambil arak. Kenal sangat dengan perangai lama dia.

"Ni kawan lu ek? Boleh tak bawa dia pergi daripada dekat I? I mau tutup kedai maa. Lu punya kawan asyik ganggu wa daripada tadi. Suruh dia baliklah. Dah mabuk sangat tu."

"Maaf, Auntie. Mungkin dia nak shopping kut?"

"Shopping apa? Kedai wa jual baju perempuan sahaja, mana ada baju lelaki. Kenapa? Lu punya kawan sudah ubah jantina ke?"

"Ya, eh tak!" pantas sahaja Azim menafikannya. Dia menggeleng laju.

"Tak apalah, untie. Kami bawa dia balik dulu ya. Maaf sebab menyusahkan untie." rayu Kazam, meminta diri untuk pergi. Lengan kiri dan kanan Rayden sama-sama dipapah mereka pergi daripada situ. Tak sampai beberapa langkah, Rayden sudah menepis kasar. Dia mengangkat berat jari terlunjuk menunding ke arah baju cheongsam merah labuh berlengan panjang yang dipakai pada patung berada di dalam cermin kedai itu.

"I want that Cheongsam... please buy me that cheongsam for Hana." pinta Rayden dalam keadaan mabuk.

Dahi Azim berkerut pelik. "Kenapa nak beli baju Cheongsam pula untuk Hana? Haih, kau mabuk ni... jomlah balik."

"No!" bentak Rayden, dingin.

"Aku nak baju tu. Aku takkan beredar daripada sini selagi tak dapat beli baju tu. Cakap sahaja berapa harga dia, aku boleh bayarlah!"

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now