34

37.2K 2.7K 366
                                    

                      “KENAPA kita tak tidur dekat rumah sahaja?" soal Hana, sekadar ingin tahu. Sekilas pandangan dialihkan ke arah pintu kaca yang menampakkan dua orang pengawal lelaki sedang menjaga kawasan hotel bertaraf lima bintang. Dia kembali memandang Rayden dikaunter pembayaran. Kelihatan lelaki itu sedang mengira duit sebelum diserahkan pada pekerja wanita di hadapannya.

Soalan Hana tadi seolah-olah sengaja tidak dijawab. Dia kembali mengambil huluran baki bersama kad bilik. Senyuman nipis dilemparkan pada pekerja wanita itu sebelum dia mengatur langkah ke arah lift yang berada di sebelah kanan mereka.

"Eh? Tunggulah!" pantas Hana melajukan langkahnya mengejar figura lelaki itu yang sudah jauh ke hadapan. Butang lift ditekan Rayden. Sementara menunggu pintu lift itu terbuka, dia menunduk memandang jam tangannya yang sudah menandakan pukul 10 malam. Rayden mengangguk perlahan.

"Berapa hari kita tidur sini?" soal Hana lagi setelah dia berdiri di sebelah Rayden.

"Just for one night." jawab Rayden, ringkas. Kening Hana bertaut pelik. Dia mendongak memandang wajah Rayden.

"Malam ni aje? Baik kita balik aje rumah Airen. Lagipun dah tak jauhkan jarak rumah Airen daripada sini? Membazir duit sajalah kalau nak  kita tidur untuk malam ni aje." rungut Hana. Dia mencebik bibir. Entah mengapa dia pula yang terasa membazir, walhal yang keluarkan duit Rayden.

"Saja. Aku tak nak dia diganggu dengan gangguan halus nanti." ujar Rayden, selamba. Muncul senyuman sinis dibibir lelaki itu. Kening Hana berkerut. Kotak fikirannya cuba untuk mencerna ayat Rayden tadi.

"Gangguan halus?"

Ting!

Pintu lift terbuka. Rayden terus melangkah masuk ke dalam lift itu. Manakala Hana pula masih lagi tercegat di luar. Masih lagi cuba menghadam kata-kata lelaki itu. Rayden mengeluh kecil. Dia menekan butang untuk menahan pintu itu daripada tertutup.

"Hoi, berapa lama lagi kau nak aku tahan benda ni?" soal Rayden, dingin. Dalam masa yang sama dia menyindir. Hana pantas menggeleng kepala mematikan lamunannya tadi. Dia tersengih menampakkan gigi putih. Tanpa menunggu masa lagi dia terus masuk ke dalam lift itu.

Butang bernombor 30 ditekan. Pintu lift tertutup secara automatik. Tak sampai beberapa minit, Hana baru teringat sesuatu. Anak matanya melilau memandang sekeliling.

"Kau cari apa?"

"Beg. Kita tak bawa baju ke? Esok nak pakai baju apa?"

"Pakai ajelah baju yang sama. Kenapa? Ada masalah ke kalau pakai baju yang sama? Lagipun kita duduk semalaman aje dekat sini, bukan dua hari." ujar Rayden.

"Tak adalah... kalau baju ni terkena air liur ke? Peluh ke? Tak ke busuk nanti? Saya tanya aje, saya tak kisah pun kalau pakai baju yang sama." balas Hana semula. Dia menayang senyuman kecil di bibir. Malah Rayden hanya menjeling.

"Dalam bilik tu ada bathrobe. Nanti waktu kau nak tidur, pakailah."

"Bath... Bathrobe?" Hana terpempan sejenak. Tak berkedip matanya mendengar perkataan itu. Kedua-dua belah pipinya mula bertukar merah. Hana menunduk malu. Gila! Takkan mamat ni suruh aku pakai bathrobe sahaja masa tidur nanti?

Rayden tersenyum sinis saat melihat reaksi wanita itu. "Yang kau tiba-tiba blushing kenapa? Takut aku... "

"Tak adalah! Mana ada, sa... saya cuma yalah... Err... tak biasa. Ki... Kita tidur katil yang berbeza, kan?"

"Tak biasa? Kau dah kerja jadi pelacur pun takkan tak biasa? Mungkin kau ni pelacur baru nak up kot, kan? Kita tidur katil yang sama sahaja. Malas aku nak tempah bilik yang ada dua katil. Mahal pun mahal... "

Hana mengangguk perlahan. Dia pun tidak tahu mengapa debaran jantung ini seakan-akan gemuruh. Air liur ditelan kesat. Dahinya sudah berpeluh-peluh, ketakutan. Setelah tiga minit mereka di dalam lift, akhirnya pintu itu terbuka. Rayden terus berjalan keluar, sambil anak matanya melilau mencari bilik yang bernombor 1169 yang tertulis pada kad itu. Hana pula hanya mengekor daripada belakang.

Sampai sahaja di bilik 1169, dia terus meletakkan kad itu pada skrin canggih yang berada di tepi pintu. Automatik kunci pada pintu itu terbuka. Rayden terus memulas tombol pintu itu, lantas melangkah masuk ke dalam. Begitu juga dengan Hana.

Wau! Mulut Hana terlopong luas. Dia tidak sangka bilik mereka bakal seluas ini. Ada balkoni yang menampakkan bangunan-bangunan yang dibina disekitar hotel itu. Tak hairanlah kalau Rayden cuma memilih untuk semalaman sahaja di sini. Daripada segi kekemasan dan kemewahan bilik ini sudah boleh agak berapa harganya untuk satu malam. Pasti beratus lebih!

"Cantiknya bilik ni. Nak tidur pun sampai kena keluarkan duit beratus ringgit untuk tempat macam ni."

"Biasalah. Kalau tak... tak bestlah 'malam' kita." bisik Rayden dengan nada menggoda. Hana tergamam. Anak matanya terus beralih ke arah Rayden. Lelaki itu tersenyum nakal.

Ini kali pertama aku melihat dia tersenyum begitu. Oh my Allah! Seram dia lain maciamm!

"Aku mandi dulu ek. Kau buatlah apa kau nak buat dalam bilik ni. Sementara aku dalam bilik air... bolehlah kau tukar baju. Kalau kau lapar, kejap lagi kita keluar pergi cari makanan segera." ujar Rayden. Hana hanya mengangguk sahaja. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar daripada mulutnya. Terasa seperti terkunci sudah mulut ini.

Rayden tersenyum sinis. Dia membuka butang baju kemejanya bermula daripada atas. Hana sudah tidak keruan. Dia pantas menutup kedua-dua belah matanya dengan tangan. Entah mengapa dia terasa janggal kali ini. Padahal, bukan tak biasa dia melihat lelaki membuka baju di hadapan mata.

Kening Rayden bertaut pelik.

"Dah kenapa kau ni?"

"Sa... Saya trauma." ujar Hana, tergagap-gagap. Dia masih lagi menutup mata.

"Trauma apa? Aku bukannya nak buat apa-apa pun, aku nak mandi. Dah layan beribu lelaki pun masih lagi tak biasa ke? Pelik betul perempuan macam kau ni... " sinis Rayden. Dia terus menyarung bathrobe ke tubuhnya, menutup dada bidangnya yang terdedah. Kedua-dua belah tali diikat pada pinggang, menguatkan lagi bathrobe itu daripada terlonggar. Rayden menggeleng kepala. Tanpa menunggu masa, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air.

Perlahan-lahan Hana menurunkan tangannya ke bawah saat air pancuran kedengaran halus ditelingannya. Mungkin lelaki tu dah masuk bilik air? Hana menghembus nafas lega. Sebelah tangannya menyentuh dada. Dapat dia rasakan debaran pada jantungnya yang begitu pantas.

"Apa kena dengan aku ni? Dah macam tak biasa pula... mungkin sebab aku dah lama tak buat kerja-kerja macam ni kot? Hmm... I think so. Tapi kenapa perangai dia lain malam ni ek? Kejap dia okay, kejap dia tak okay. Takkan lelaki pun ada period? Nampaknya aku kena berguru dengan kak Suraya. Dia kata suami dia dulu pun keras kepala, mungkin kalau aku ikut cara dia... Rayden boleh terima aku semula?"  ujar Hana, bermonolog sendirian. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia teringat tentang wanita bernama Suraya di rumah Shark tempoh hari lepas. Suami dia pun kelihatan ambil berat tentang isteri dia. Waktu Suraya hendak bersalin pun, dia sudah menggelabah seperti orang gila. Jarang nak dapat suami yang caring dan sweet seperti suami wanita itu. Mungkin kalau aku cuba tektik Suraya, bakal menjadi?

Hana tersenyum bermakna. Eh? Dia kembali menggeleng laju.

"Haish! Apa aku merepek ni? Kalau aku cuba tektik kak Suraya, bukan kasih sayang yang aku dapat... malah nyawa melayang yang aku dapat nanti!"







Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Kde žijí příběhy. Začni objevovat