16

40.8K 2.7K 157
                                    

                     “SUDAH-SUDAHLAH call isteri you tu. You bukan sayang dia pun kan Ziat?"  celah Rose. Daripada semalam sampai ke hari ini telefon itu tak lekang daripada tangan Ziat. Habis topup, isi balik topup. Kadang-kadang beli sampai 100 ringgit semata-mata untuk hubungi perempuan tak guna tu. Naik menyampah pula aku dibuatnya. Rose menjuling anak mata ke atas dengan membuat mimik muak muak. Air oren dikacau terlebih dahulu sebelum diminum.

"Memanglah I tak sayang dia tapi siapa yang nak carikan duit untuk I kalau bukan dia? You tahu tak berapa pelanggan I dah terlepas untuk satu hari ni? Lima orang! Kalau you nak tolong I tak apa juga... "

"Excuse me? I bukan perempuan murahan macam isteri you okay? Nak suruh I jadi GRO memang tidaklah! You gila? Tak fasal-fasal mama papa I tak mengaku anak!" protes Rose. Dia menggeleng kepala. Sehina-hina diri aku tak adalah sampai terfikir nak gadai maruah sendiri. Ziat tersenyum sinis. Tahu pun tak nak.

"Kalau tak nak... diam. I tengah serabut sekarang ni." sinis Ziat. Anak matanya kembali menatap skrin telefon. Sekali lagi nombor yang sama dihubunginya. Rose mengeluh. Dia memandang kawasan sekitar cafe itu. Kebanyakan pelanggan yang datang semuanya berpasangan. Aku ni ada pasangan tapi asyik menatap telefon. Sibuk sangat dengan isteri murah dia tu!

Tak sampai beberapa minit, fikirannya berubah pula kepada topik baharu. Baru dia teringat tak lama lagi dia bakal menyertai pertandingan Fashion Show Chinise new year untuk merebut gelaran reka baju tercantik di dunia. Lantas dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan Ziat. Lengan sasa lelaki itu dipeluknya. Dia meletakkan kepala pada bahu lelaki itu.

"Sayang... tak lama lagi I kena pergi Shah Alam untuk bertanding. You ikut I ek?"

"You pergilah sendiri... I sibuk."

"Alaa... bolehlah, sayang. I buat semua ni pun untuk butik I. Kalau I menang pertandingan tu I akan dapat bekerjasama dengan syarikat terkenal. I juga akan dapat 500,000 ringgit. Bolehlah sayang... I janji I akan kongsi duit tu dengan you." pujuk Rose. Mata dikedipnya beberapa kali. Ziat mengeluh kecil. Telefon canggih itu diletakkan ke atas meja. Dia kalah. Kalau fasal duit, cepat sahaja tumbang.

"Fine."

"Ha, macam nilah boyfriend I. Sekarang ni you lupakan aje fasal wife tak guna you tu. You ikut I buat baju."

"Ermmm... " gumam Ziat. Rose tersenyum bahagia. Dah agak tektik ini akan menjadi. Nak pujuk lelaki mata duitan bukannya susah mana pun. Bagi seringgit pun belum tentu akan tolak? Rose tersenyum menyenget. Beg tangan digalasnya, lalu lengan lelaki itu ditarik keluar daripada cafe.









                               “Nǐ zěnme bǎ zhège nǚrén dài huí jiā?" (Macam mana awak boleh bawa dia ke rumah?) soal Airen, sedikit menengking. Spontan dia terbangun daripada sofa, memandang Rayden yang hanya membuat rekasi wajah bersahaja. Senyuman sinis dicarik Rayden. Panas sahaja Airen melihatnya. Rasa seperti ingin cabut selipar jamban dikakinya dan dibaling ke arah wajah lelaki itu.

"Wǒ wèn nǐ, qǐng huídá!" (Saya tanya sekarang, jawablah!) sekali lagi Airen menengking. Rayden mengeluh kecil. Dia mengatup mata dalam beberapa saat sebelum bangun berdiri betul-betul di hadapan Airen. Kepala Airen sedikit terdongak. Ketinggian lelaki itu dengannya memang jauh beza. Namun Airen tetap tayang wajah tidak puas hati. Bibir diketapnya. Ingat aku takut ke?

"Zhè bùshì nǐ de wèntí." (Ini bukan masalah kau)

Semakin menyirap Airen mendengarnya. Kedua belah tangan dikepal-kepal, kuat. Sabar Airen, sabar... ini abang kau. Daripada dulu lagi hubungan mereka ini seperti anjing dengan kucing. Tak boleh ke kalau berbaik dalam masa sehari? Seperti Azim dan Kazam? Tapi kalau dah rapat sangat macam mereka jadi gila pula.

"Can you just tell me the truth? I kenal perempuan tu. Kenapa sampai bawa dia ke sini? Kalau uncle tahu abang bawa dia ke sini... mati kita berdua!"

"Sebab itu aku kata bukan urusan kau. Aku yang bawa dia ke rumah ini, jadi tanggungjawab biar aku yang pegang."

"Ish, masalah tahu tak dapat abang yang terlampau obses dengan kisah silam! Perempuan tu dah kawin. Nasib baik dia tak kenal abang siapa, kalau dia kenal... 5km dia pecut lari tahu tak? Agama kita lain, bang. Abang tak boleh bawa perempuan tu duduk serumah dengan orang macam kita. Tak manis!"

"Manis ke tak manis ke aku peduli apa? Aku bawa dia ke sini sebab dia tak layak duduk dengan suami dia. Walaupun aku bukan agama islam, tapi aku tahu batas agama diaorang macam mana? Aku cuma selamatkan dia. Salah ke?"

Airen mengeluh kecil. Dia tak salahkan semua itu tapi dia takut jika berlaku benda lain nanti. Bawa lari isteri orang dah satu masalah. Nak kena hadap Uncle Chong dah jadi dua masalah. Belum lagi termasuk dengan keluarga perempuan tu? Keluarga aku? Ah, pening!

"Abang... " Airen terjeda di situ. Pandangan mereka serentak teralih ke arah Hana yang sedang meletakkan dulang berisi dua cawan air milo ke atas meja. Rayden tersenyum nipis.

"Hana. Pergi bersiap sekarang."  arah Rayden. Hana tidak membalas apa-apa. Dia hanya mengangguk kepala tanda menurut lalu beredar pergi daripada situ.

"Abang nak bawa dia ke mana?" laju sahaja Airen menyoal. Wajahnya sudah bertukar cuak. Bukan boleh dibiarkan sangat perempuan tu ikut belakang Rayden 24 jam. Karang kalau terjadi apa-apa, aku juga yang terbabit sekali.

"Buat maksiat." balas Rayden menyindir. Dia mencapai satu gelas air milo lalu dihirupnya sehingga habis. Senyuman menyenget ditariknya. Kunci kereta yang berada di atas meja dicapai lantas dia berlalu pergi daripada situ. Airen terpempan sejenak. Matanya tidak berkedip.

Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now